KelabMama

BAYI SELALU SEMBELIT & MUAK SUSU? MAMA BOLEH CUBA TEKNIK URUTAN NI

Bayi mama selalu alami muak susu (kolik) dan sembelut kerana masalah aliran susu atau saluran usus sekaligus menyebabkan bayi mama rasa tak selesa. KelabMama ada kongsikan cara urut bayi yang betul supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan ini.

Pada peringkat terakhir kolik, bayi mama akan menangis lebih dari tiga jam sehari atau setiap minggu. Sekaligus, ia menimbulkan tekanan dari pelbagai sudut sama ada kepada bayi atau mama papa.

Perhatikan tanda-tanda sembelit dahulu.

Sebelum urut bayi mama, perhatikan tanda-tanda sembelit seperti perut keras, menangis sebelum berak, kekeringan (najis keras) dan kurang membuang najis dalam seminggu.


12 cara urut bayi kolik dan sembelit, jom kita cuba!

Walaupun sembelit dan kolik sering mencetuskan rasa panik mama, namun ia adalah normal ye mama. Akan tetapi, apa yang boleh mama lakukan adalah dengan cuba cara urut bayi yang berkesan ini supaya bantu ketidakselesaan si kecil mama.

Cara urut bayi ini merupakan sesuatu yang baik kerana ia dapat melegakan gas perut dan membantu pergerakan najis bayi.

1. Letakkan bayi dalam posisi berbaring dengan tubuhnya menghadap mama.

2. Semasa mengurut, fikirkan perut bayi mama seperti jam dengan kedudukan 12 di atas bahagian perut dan jam 6 di pangkal paha serta jam 3 dan 9 di kiri kanan.

3. Gunakan hujung jari mama, dan perlahan-lahan lingkari kepala bayi. Kekalkan hubungan mata dan cari tanda atau isyarat bayi gembira untuk anda teruskan urutan.

4. Ambil sedikit minyak bayi dan letakkan sejumlah kecil di telapak tangan. Gosok tangan bersama minyak tersebut bagi menghasilkan haba terutama sekitar hujung jari.

5. Letak tangan kanan ke perut bayi dan perlahan-lahan licinkan tangan ke arah pangkal peha. Ulangi gerakan dengan tangan kiri sehingga mama dapat gerakan ‘roda air’.

6. Seterusnya, letak ibu jari di tengah perut bayi dan luncurkan tangan ke arah pinggang. Pastikan tindakan anda tegas tapi penuh kelembutan.

7. Mulakan dengan ‘gerakan matahari’ iaitu tangan kiri berada di kedudukan jam 7. Kemudian ratakan telapak tangan dan gosok bulatan di sekitar perut yang berakhir pada jam 7.

8. Bergerak ke ‘gerakan bulan sabit’ dengan tangan kanan bermula pada jam 12 dan gerak di sekitar perut dan berakhir pada jam 6.

9. Langkah seterusnya, gabungkan kedua-dua gerakan bulan dan sabit bulan dengan tangan kiri melakukan gerakan matahari, sementara tangan kanan lakukan bulan secara serentak.

10. Untuk legakan perut pada kes kolik, tahan pergelangan kaki bayi dan urut perlahan.

11. Seterusnya perlahan-lahan tekan lutut ke arah perut dan tahan kira-kira lima saat. Ulang beberapa kali.

12. Akhir sekali, letakkan kedua telapak tangan pada perut bayi selama beberapa saat. Selesai!

Cara urut bayi ini berkesan untuk memulihkan kolik dan sembelit si kecil mama. Tapi ia juga mewujudkan masa yang istimewa untuk mama dan bayi dengan penjagaan yang penuh kasih sayang.

Semoga perkongsian dan maklumat ini bermanfaat untuk mama.