KelabMama

Tasha Manshahar Kongsi Usahanya Menangani Masalah Anaknya Lambat Bercakap + Tips Berguna Untuk Ibu Bapa Yang Senasib

Kredit gambar: Instagram Tasha Manshahar

Pertuturan amatlah penting dalam perkembangan anak-anak Mama. Ia adalah amat membimbangkan jika anak-anak mempunyai masalah dari segi percakapan. Terdapat pelbagai faktor seperti perubahan persekitaran, penggunaan gajet, pemakanan, dan macam-macam lagi. Sebab tu penting untuk Mama take note dalam perkembangan mereka dari segi percakapan terutamanya apabila anak Mama sudah mencapai usia setahun dan ke atas.

Selebriti dan penyanyi, Tasha Manshahar kongsikan kisah hidupnya menangani speech delay anaknya dan tips penting yang berguna buat Mama dan Papa lain jika anak dalam keadaan yang sama.

Jangan Putus Asa Jika Anak Lambat Bercakap

Kredit gambar: Instagram Tasha Manshahar

There was one time I sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikut guideline, Muammar kira lambat jugak bercakap.

Pernah masa pergi check up 1 year 6 months, doktor tanya perkataan apa je dia dah sebut. I kata, “takde”. Sebab memang takde. Dia buat bunyi, tapi takde perkataan bermakna. Apa maksud perkataan bermakna?

Maksud Perkataan Bermakna

Kredit gambar: Instagram Tasha Manshahar

Contoh anak sebut “mama” dan mama tu memang dia tujukan untuk ibu dia. Bukan semua benda mamamamamama. Tu tak dikira perkataan bermakna. Contoh lain, susu. Contoh dia sebut “shu” walaupun pelat, tapi dia sebut bila dia nak susu. Dan kita faham perkataan “shu” tu dia maksudkan susu. Tu dikira perkataan bermakna. Faham kan? Generally, 1 year 6 months anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna. Tapi Muammar langsung takde masa tu. Lagi pulak doktor tanya if kitorang nak dia buatkan referral letter ke therapist.

As first time mom, tipulah kalau tak risau. Tapi at the same time, tak adil untuk Muammar kalau I in denial. For me, if kita betul sayang anak kita, kita patut bagi peluang untuk dia dapatkan bantuan kalau dia memang perlukan. Itu hak dia. So I discuss dengan Raqib, then we decided untuk bagi masa sampai dia 2 tahun. Jadi dalam tempoh ni kitorang try macam-macam (I share dalam comment section).

Alhamdulillah, masa umur 2 tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kitorang continue lagi usaha, and seingat I masa dia nak masuk 2 years 6 months, dia dah boleh gabung 2 – 3 perkataan. Lambat sikit kan? Tapi ada progress Alhamdulillah. Ni dah nak masuk 3 tahun Jun 2022, masyaAllah tabarakAllah, dah boleh buat ayat lengkap, dah boleh buat kawan borak, dah pandai nyanyi.

Syukur Dengan Kemajuan Muammar

Kredit gambar: Instagram Tasha Manshahar

Alhamdulillah what makes me feel like sharing this is because yesterday I belikan dia nugget, sambil buka box nugget tu dia cakap,

“Asheh mami beyi naget” (terima kasih mommy beli nugget)

And this morning before Raqib left to work, Muammar tengah main toys baru dia, tiba-tiba dia cakap,

“Asheh dedi beyi ball” (terima kasih dedi beli ball).

Banyak ayat lain dia dah cakap tapi ayat atas ni sangat random terus I teringat masa I risau dia lambat cakap dulu. Setiap anak progress dia berbeza-beza. Don’t compare. Tapi as parents, do our best to help them, appreciate them sebab sesungguhnya anak-anak ni lah yang ajarkan kita banyak perkara. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Apa Yang Mama Boleh Usahakan?

Kredit gambar: Instagram Tasha Manshahar
  1. Kurangkan gajet.
  2. Mulakan dengan buat bunyi macam “waaaahhh”, “o’oooo”, “opsss”, “haaaaa” beserta ekspresi wajah.
  3. Gunakan ayat yang pendek-pendek je.
  4. Banyak repetition (ada masa I buat video demo).
  5. Kurangkan tanya soalan tapi banyakkan guna ayat penyata.
  6. Bagi dia minum guna straw, bagi dia mengunyah tekstur makanan berbeza (untuk train otot sekitar mulut).
  7. Boleh gajet sekali sekala tapi sebaiknya tengok bersama dia, berbual tentang apa yang dia tengok tu.
  8. Jangan push dia untuk repeat perkataan yang kita nak ajar.
  9. Elak guna baby language (pelat).
  10. Main dengan dia. Bukan longgokkan mainan, biar dia main sendiri.

Untuk baca dengan lebih lanjut, Mama boleh lihat post ini dengan lebih lanjut di pautan di bawah.

Harus diingatkan untuk ibu bapa menjadi prihatin tentang perkembangan anak-anak terutamanya perkembangan dari segi percakapan. Pastikan mereka mendapat rawatan yang betul serta tepat untuk membantu mereka sekiranya anak kecil Mama masih lambat bercakap.

Pesan Mama Siti:

Menyentuh hati betul dengan cerita Mama Tasha ini, memang perjalanan yang bukan mudah untuk first time mom yang masih belajar tentang dunia keibubapaan dan perkembangan anak-anak. Harap dengan perkongsian ini, Mama pun dapat menangani masalah yang sama antara Mama dan anak Mama.

Kredit: Instagram Tasha Manshahar