KelabMama

Khas Untuk Papa: Cara Tangani Fasa “The Terrible Twos” Si Kecil

Anak-anak mungkin mempunyai pelbagai fasa semasa perkembangan mereka. Oleh itu, Mama dan Papa harus membuat persediaan menghadapi tantrum mereka yang akan datang. Lambat-laun, Mama dan Papa juga akan surrender dan membuka segala kitab-kitab parenting yang ada untuk menangani masalah ini kan?

Ikuti perkongsian daripada Fhais Salim, Prenting Influencer tentang cara untuk menangani The Terrible Twos ni sebagai seorang bapa. Ya Papa ya, bukan Mama je okay!

Jom kita baca dengan lebih lanjut!

Petua Untuk Papa Menangani Fasa The Terrible Twos

Nak berkeras ke nak menyerah? Dilema mak ayah bila anak dah mula masuk fasa “The Teribble Twos” Ini la fasa di mana anak tak menerima kata “tidak” bila dia nak sesuatu.

Fasa paling dasyat dalam sejarah keibubapaan kerana ada satu tahap tu anak sampai boleh memukul, menendang, menyepak, menggigit, baling barang dan hempas badan untuk meluahkan protes bila tak dapat apa yang diminta.

Makin kita berkeras, makin menjadi pula tantrum dia. Bila kita menyerah, takut sampai di pijak kepala pula nanti. Aduh, dilema sungguh!

Baik, di sini ada beberapa tips tentang anak fasa The Teribble Twos ni.

Mengenai Fasa The Terrible Twos Dan Tipsnya

Formula 3R

Cara terbaik untuk handle masalah emosi anak adalah dengan formula 3R:

1 – Regulate (Tenangkan diri)
Fokus utama tenangkan emosi dan sensori anak dulu. Abaikan dulu walau apa pun anak dah buat.

2 – Relate (Bina connection)
Sebelum nak pujuk atau tegur dapatkan dulu connection.

“Ibu tahu adik sedang sedih” atau “kakak marahkan bila adik buat macam tu”

3 – Reason (Terangkan)
Terangkan kenapa dia tak boleh buat apa yang dia buat. Beri alternatif kepada tindakan yang lebih baik.

Kita bukan sahaja nak tenangkan tantrum anak tapi kita nak mendidik anak tentang Self-Regulation dan Self-Control.

Ini penting supaya masalah tantrum anak kita ni tak berterusan sampai ke tadika. Masa tu agak terlambat dah. Terlalu berkeras pun tak boleh. Terlalu lembut pun tak boleh juga. Kita kena duduk di tengah tengah.

Mak ayah kena kental dan tak terlalu ikut emosi. Boleh jadi tegas bila perlu, dan boleh jadi lembut jika mahu. Yang penting jangan emo bila anak tantrum.

Kalau nampak anak mengamuk tak tentu pasal tu bersabar la. Dia tak sengaja, dia budak baru belajar nak kawal emosi.

Ternyata ada panduan yang bagus untuk para Papa contohi, terima kasih Parenting Influencer, Fhais Salim! Semoga bermanfaat untuk Mama dan juga Papa. Selamat mencuba~

Pesan Mama Siti:

Jangan kita ikutkan sangat perasaan marah dan geram. Marah pun tak jadi apa, lebih baik kita educate anak-anak kita untuk menjadi orang yang berguna di masa hadapan kelak! Anak kecil memang ada masa-masa mereka tetapi mereka juga sedang belajar. Jangan harapkan mereka terus pandai ok! Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit~

Kredit: Mohd Fhais Salim


Dapatkan lebih banyak info tentang perkembangan anak-anak di SINI!