KelabMama

Sikit-sikit Tantrum, Serabut Kepala Sis! 5 Cara Pujuk Anak Tanpa Guna Gajet

Kanak-kanak dan perangai tantrum mereka bukanlah isu remeh bagi kalangan ibu bapa. Kalau disebut mengenai hal ini, pasti rata-rata parents akui isu tantrum anak turut menyebabkan mereka ikut sama tertekan.

Masakan tidak? Melayani amukan si kecil ini boleh membuatkan Mama dan Papa juga hilang kewarasan lantaran perilaku mereka di hadapan orang ramai ketika itu amat menguji kesabaran.

Situasi 1: “Ya, anak saya selalu begini. Kadang-kala datang ke majlis orang, saya baru nak makan tapi sebab dia dah boring, mulalah dia buat perangai. Merengek nak minta game kat handphone, nak tidurlah, nak ajak pergi playground.

“Semua ni buat kita malu. Kita masih bersembang dengan kawan jadi hilang fokus sebab anak menangis-nangis nak balik kerana dia bosan jerr. Ish, geram sangat!”

Situasi 2:Setiap kali pergi Mall memang macam ni kalau nampak mainan best sikit. Sedangkan minggu lepas baru beli mainan, tu pun sebab dia dah menjerit-jerit depan kedai.

Habis tu takkan setiap kali keluar mesti kena beli mainan baru kan? Stress saya kalau bawa anak pergi mall.”

Jadi, apakah kaedah yang Mama dan Papa lakukan bagi menghentikan tantrum anak tanpa melayani keinginan mereka?

“Bagi jer lah handphone barulah anak tu diam.”

Mungkin untuk penyelesaian mudah, gajet sememangnya mampu ’mendiamkan’ perilaku anak yang sedang tantrum.

Namun, menjadikan gajet sebagai habuan setiap kali anak buat perangai bukanlah kaedah terbaik. Malah, Mama dan Papa sebenarnya menggalakkan mereka untuk menjadi kanak-kanak yang lebih agresif.

Tahukah anda, penggunaan gajet secara berlebihan pada kanak-kanak mengundang kepada perilaku kasar?

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan melalui laman web PenawaRacun oleh USM, beliau mengatakan ketagihan gajet dikalangan kanak-kanak adalah tak ubah seperti ketagihan seorang individu terhadap dadah.

Serious bukan bunyinya? Tapi itulah hakikatnya, Mama. Ini kerana kanak-kanak yang bermain permainan melalui gajet cenderung menjadi lebih agresif, pernafasan laju, kelenjar adrenalin dan dopamin meningkat, yang mana kesannya sama seperti ketagihan kokain.

Ketagihan gajet turut menyebabkan kerosakan otak kanak-kanak. Ini kerana pada usia dua hingga lima tahun adalah masa untuk pertumbuhan mereka, termasuk perkembangan psikososial.

Kerosakan otak pada kanak-kanak boleh mengakibatkan gejala emosi seperti kebimbangan, ketidakjujuran, perasaan bersalah dan kesunyian.

Memetik artikel sama katanya, penyelidikan yang dilakukan oleh ‘Smart Parenting’ menunjukkan juga bahawa ketagihan gajet boleh mengakibatkan pelbagai gejala fizikal, seperti insomnia, sakit belakang, peningkatan atau kehilangan berat badan, masalah penglihatan, sakit kepala, dan kekurangan nutrisi.

Justeru, menawarkan gajet bagi mengelakkan anak daripada terus mengamuk di tempat awam sebenarnya sebenarnya bukanlah tindakan tepat, namun ia lebih memburukkan keadaan.

Tak dinafikan masalah tantrum adalah perkara biasa yang akan dilakukan oleh hampir semua kanak-kanak di dunia.

Justeru, berbanding memberikan gajet, yang sebetulnya adalah parents harus dalami ilmu bagaimana mengatasi perilaku anak menjengkelkan ini.

Even it’s a normal behaviour, tapi ketika berdepan situasi ini, rasa nak pecah dada gara-gara menahan sabar dengan perangai anak kan?

OK, jom kita lihat tips yang mungkin membantu Mama dan Papa menangani situasi begini.

Mengapa Anak Tantrum?

Sebelum mengetahui kaedah terbaik menenagkan anak tantrum, adalah penting untuk Mama dan Papa memahami mengapa anak bersikap agresif sebegitu.

Ambil tahu punca anak tantrum. Ia mungkin disebabkan:

Cara Pujuk Anak Tantrum Tanpa Gajet

1. Slow talk sambil jentik emosi mereka

Pastikan ketika ini Mama dan Papa tarik nafas dalam-dalam agar kesabaran tahap maximum hadir.

Kanak-kanak selalunya mula meragam, mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak.

Jadi, bila anak-anak sudah mula ‘buat perangai’ dan menangis, ketika ini ambil peluang dan dekati mereka sambil tanyakan sebab mereka bertindak demikian.

Bila mereka jawab sebab nak main handphone, Mama dan Papa kena bijak untuk kendalikan situasi dan terangkan pada mereka mengapa tak boleh bagi handphone sewenang-wenangnya.

Cuba Mama dan Papa letakkan diri anda di tempat anak tadi dan agaknya apakah jawapan bernas yang anak boleh faham bahawa handphone tadi tak boleh diberikan?

Jawapan seperti “Youtube tu tak bagus, mata rosak,” atau “Mana boleh suka-suka mintak handphone Mama. Kita dekat luar ni,” tidak membantu mereka untuk memahami kerana usia yang masih kecil.

Ya, explain lebih lagi dengan detail termasuklah impaknya seperti “Mama kena respond bos tanya macam-macam tadi. Mama kena marah tau sebab salah buat kerja. Kalau lambat reply, lagi kena marah. Tak kesian kat Mama ke?”

Atau “Mama boleh bagi abang handphone tapi ada waktunya. Sekarang kan dekat luar, tak seronok ke jalan-jalan dengan Mama? Kalau abang tengok youtube, siapa nak teman berborak dengan Mama ni? Mama nak dengar cerita abang kat sekolah tadi tau. Okay, bagitahu Mama tadi dalam kelas seni abang lukis apa?”

Jika boleh, cuba jentik emosinya atau buat mereka yakin bahawa Mama sedang memerlukan mereka. Masa tu barulah anak rasa peranan dia sangat besar.

Hanya Mama dan Papa jerr kenal anak-anak anda, maka fikirkan cara memberikan jawapan yang bernas dan selamat tentang kenapa permintaannya tadi tak boleh dituruti.

2. Attract anak dengan sesuatu benda yang menarik

Sebenarnya, anak mengamuk mungkin sebab bosan. Itu yang kadang-kadang mereka saja nak tarik perhatian ibu bapa dengan buat sepah, menangis nak balik dan sebagainya.

Untuk elak mereka bosan, Mama boleh standby aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, melukis, menari dan membaca. Ia untuk bagi mereka ‘sibuk’ dengan sesuatu.

3. Alih perhatian mereka

Anak kecil cepat terpesona dan kagum dengan sesuatu. Mereka juga terbukti ada attention span yang lebih rendah sebab masih sedang membesar.

Maka, kalau mereka meragam dan mengamuk sebab Mama tak dapat beli apa barang permainan yang mereka nak, cuba alihkan perhatian dengan ke kawasan lain yang lebih menarik contohnya ke playground berhampiran.

Mama dan Papa kena fikir tenang apakah perhatian yang sesuai untuk diberikan yang terdapat di sekitar kawasan itu.

Misalnya, minta suami bawa anak dalam troli sambil buat perkara-perkara lucu atau apa-apa jer yang sesuai yang Mama rasa anak akan seronok.

Bak kata Mama Siti, anda jerr yang kenal anak sendiri.

4. Jangan layan tantrum anak tersebut

Ini paling penting. Kalau dah explain baik-baik pun masih nak mengamuk, apa kata biarkan saja sampai mereka penat.

Jangan bagi respon pada mereka. Biar saja. Jangan layan!

Meskipun Mama dan Papa akan berasa malu kerana diperhatikan orang sekeliling, namun pengajaran perlu diberikan pada si anak.

Lama-lama nanti mereka akan berhenti menangis sebab sudah penat atau bila tekak mereka dah sakit.

Melayani tantrum mereka akan menjadikan anak itu lebih agresif di kemudian hari.

5. Hukuman

Menghukum dengan kasar kanak-kanak kerana tantrum seperti menjerit atau memukul akan menyebabkan sikap itu menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan tingkah laku itu kekal untuk jangka masa panjang.

Tapi, kalau tak tegas, tantrum itu pula akan semakin memburuk bukan? Jadi pendapat Mama Siti, mungkin inilah masanya parents bersikap sedikit tegas iaitu menghukum dengan kaedah ‘time-out

Hukuman ini dah sesuai untuk anak berusia dua tahun ke atas yang mana Mama dan Papa asingkan mereka seorang diri sama di bilik atau di sudut dinding.

Anak-anak tidak boleh berganjak selagi waktu hukuman tadi belum tamat. Di negara Barat, kaedah ini dicadangkan untuk tempoh dua minit minimum bagi satu jenis kesalahan.

Maksudnya kalau banyak kesalahan yang dilakukan pada hari itu, maka lebih lama lah anak perlu diasingkan daripada semua orang.

Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka faham mengapa ia digunakan. Ini juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima sekaligus membentuk disiplin anak-anak.

Apabila kanak-kanak melakukan tantrum meskipun ketika di luar, Mama dan Papa boleh beri last warning dengan katakan pada anak sesi time out akan dibuat sebaik berada di rumah sekiranya mereka tak nak stop.

Jika anak kembali tenang, boleh abaikan sesi tersebut. Namun sekiranya masih sama, katakan pada mereka bahawa time out akan dibuat di rumah.

Dan setibanya di rumah, walaupun anak dah kembali behave, Mama dan Papa kena juga buat hukuman tersebut.

Ia sebagai pengajaran untuk anak mengetahui bahawa anda tak bergurau ketika memberikan last warning tadi.

Jika parents hanya katakan nak buat bila pulang nanti tapi setiba di rumah ia tak dilaksanakan, anak tidak akan takut dan terus-terusan tantrum di tempat awam.

Masa tu, kalau Mama dan Papa ugut untuk buat time out bila keluar lagi pun tak akan berhasil sebab mereka tahu jika keadaan kembali normal waktu tiba di rumah, hukuman tu tak akan dilaksanakan.

Kanak-kanak dan tantrum adalah suatu yang sukar dijangka dan dielak. Maka, sebaiknya parents perlu tenang dan bijak menangani situasi itu.

Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikannya. Parents perlu ajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaannya.

Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi mereka. Namun, jika tantrum berterusan, anak anda mungkin perlukan bantuan pakar.


Pelajari pelbagai panduan dan tips keibubapaan yang lain di SINI.