KelabMama

TANGANI ALAHAN SEWAKTU HAMIL

Kebiasaannya, wanita yang mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan). Punca sebenar alahan masih kurang jelas sehingga kini. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan aras hormon kehamilan yang dikenali sebagai – human chorionic gonadotrophin’ (- hcG) yang meningkat. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang kerana aras hormon tersebut akan berkurangan selepas trimester pertama.

Sekiranya mengalami alahan berterusan selepas trimester pertama, anda dinasihatkan berjumpa doktor pakar untuk mencari punca lain yang menyebabkan alahan tersebut. Ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehinggalah bersalin walaupun tiada penyebab yang diketahui. Tahap alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik tidak pernah mengalami alahan langsung setiap kali hamil.

 

 

Sumber: Internet