KelabMama

Kanak-kanak Ditemui Tangan Diikat, Beberapa Organ Dalaman Tidak Dijumpai

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu akhirnya terjawab. Mayat kanak-kanak perempuan terbabit, Siti Masyitah Ibrahim, 11, ditermui dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalaman dikeluarkan dari mayatnya. Allahu…

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Hilir, Pekan, pada 5 petang Sabtu lalu. Mangsa dilaporkan hilang pada 30 Januari yang lalu.

Difahamkan, mangsa dipercayai hilang ketika pergi ke kedai runcit kira-kira pukul 5 petang sebelum tidak pulang ke rumah, lapor Astro Awani.

Menurut ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, dia dimaklumkan berhubung penemuan anaknya selepas waktu Asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian.

Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

BACA: Dua Beradik Maut Kerana Peti Sejuk Meletup Akibat Minuman Bergas

Sumber: Berita Harian

Beberapa Organ Tidak Dijumpai

Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,

ujar Puan Zaleha.

Zaleha turut berkata bahawa beliau mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai mangsa sebelum dilaporkan hilang.

Menceritakan detik anaknya hilang, Zaleha berkata, dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera.

Usaha Mencarinya Dilakukan Setiap Hari

Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini,” katanya.

Luluhnya Hati Seorang Ibu

Zaleha menyifatkan Siti Masyitah yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu sebagai anak yang periang dan ceria.

Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?

Sementara itu, penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, 38, berkata, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan rakannya berhubung penemuan mayat Siti Masyitah. Kejadian pembunuhan kejam itu dikatakan yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun yang lalu.

Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan mayatnya di temui. Saya rasa dia dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini,

ujar Mohd Rosli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, mayat kanak-kanak malang itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk proses bedah siasat.

Kita akan menjalankan proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat,

Kejamnya hati seorang manusia. Sanggup memperlakukan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa hingga begitu. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Lebih menyayat hati apabila mayat Siti Masyitah Ibrahim yang dipercayai dibunuh itu ditemui dalam keadaan tangan terikat tanpa seluar kira-kira pukul 4 petang oleh penduduk kampung, tiga kilometer dari rumahnya.

Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan dipercayai hilang pada 30 Januari lalu ketika pergi ke kedai runcit kira-kira pukul 5 petang sebelum tidak pulang ke rumah. Katanya, ahli keluarga yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, mayat kanak-kanak malang itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk proses bedah siasat.

Kita akan menjalankan proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat,

Seorang Lelaki ditahan bagi Membantu Siasatan

Terkini, polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak perempuan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek yang mengesahkan penahanan itu, berkata suspek dipercayai merupakan individu terakhir dilihat bersama mangsa. Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu sehingga selesai proses bedah siasat ke atas mayat tersebut.

Setakat ini, saya hanya boleh mengesahkan suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen,

Kejamnya hati seorang manusia. Sanggup memperlakukan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa hingga begitu. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.


Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!