KelabMama

Mama, Tolong Elakkan! Kenali Tanda-tanda Ibu Bapa Sedang ‘Mendidik’ Anak-anak Menjadi Seorang Pembuli

Kredit gambar: Edureview

Sebagai ibu bapa, kita mungkin sudah menjadi yang terbaik untuk mereka dan kadang-kadang faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka menjadi seorang pembuli seperti persekitaran mereka.

Kes buli boleh meningkat dengan cepat. Oleh itu, kita harus latih anak-anak kita supaya menjadi individu yang beradab dan menerima kekurangan seseorang.

Seorang ibu dan penulis tentang keibubapaan, Puan Wawa Shauqi kongsikan tips-tips yang bermanfaat tentang cara-cara untuk mendidik agar tidak menjadi seorang pembuli, melalui akaun Facebook-nya.

Teruskan membaca nasihat dan tips daripada Puan Wawa yang disenaraikan di bawah.

Tapi untuk membenarkan buli, dan sengaja ajar anak jadi pembuli, tidak patut dijadikan pilihan!

Kredit gambar: Wikipedia

Jangan didik anak jadi pembuli.

Saya cukup takut nak cakap pasal ni. Sama sekali tak nak diuji anak dibuli atau jadi pembuli.

Saya sedar. Anak-anak saya tidaklah soleh mana. Sekali-sekala, terlepas juga kata-kata ejek. Ada juga tangannya terlepas hayun ke kawan.

Tapi untuk membenarkan buli, dan sengaja ajar anak jadi pembuli, tidak patut dijadikan pilihan!

Tak kiralah ianya dilakukan secara FIZIKAL, VERBAL, SOSIAL mahupun secara SIBER.

Saya sendiri pernah jadi mangsa buli waktu sekolah.

Disalat tahi hidung di tudung. Ditolak cawan waktu minum. Digantung basikal kat pagar sekolah. Disorok beg dalam tong.

Tak taulah kenapa budak skema ni selalu seronok dijadi bahan buli. Haih. Nasib baiklah saya naif. Kadang-kadang buat tak faham je orang buli saya. Agak-agak teruk sangat, saya nangis jelah.

Kisah saya ni kelakar juga bila dikenang. Tapi sepanjang melaluinya, mental saya koyak tau!

Jangan biar anak sesukati koyakkan mental dan emosi orang.

Terima Kekurangan Orang Lain

Kredit gambar: UNHCR

Kerana itu penting untuk kita ajar anak:

  1. Menegur dan menyapa kawan dengan cara dan bahasa yang baik.
  2. Terima rupa fizikal kawan-kawan yang berlainan dari orang lain. Walau unik mana pun rupa mereka. Walau ada tangan sebelah, bertongkat, tahi lalat besar di wajah, gigi tak rata, juling dan besar. Mereka layak dihormati dan mahu didampingi macam kita juga. Buatkan mereka rasa yang mereka sempurna dan cantik.
  3. Biasakan meminta maaf. Dan bertanggungjawab bila terbuat silap.

Paling penting, ingatkan.
Ingatkan.
Dan ingatkan.

Memang akan ada drama ‘tak nak kawan’. Berbalas pukul. Dan mengata-ngata.

Peranan kita untuk terus mengingat.

Jangan Normalisasikan Buli

Kredit gambar: Raising Children Network

At the end of the day, kids will always be kids. Kita yang parents ni lah berperanan untuk sentiasa ingatkan ‘It’s NOT OK to be bully‘.

Jangan normalisasikan buli.
Jangan mula dari dalam rumah lagi!

Kesan pada mangsa meninggalkan parut pada mangsa secara emosi.

Paling kita taknak, si pembuli membawa karektor membuli sampai ke besar. Masuk ke dalam organisasi. Dan sebarkan ia sebagai amalan yang cool untuk dicontohi.

Kadang-kadang kan, kita sendiri tak sedar pun yang kita mendidik anak jadi pembuli.

Jom kita cek, apa contoh perlakuan kebiasaan kita yang secara tak langsung, membina karektor Pembuli dalam diri anak. Dan apa nak buat, kalau anak jadi mangsa buli?

Tanda-tanda Ibu Bapa Sedang Mendidik Anak-anak Menjadi Pembuli

  1. Mengejek fizikal mereka dan mengajar mereka untuk mengejek fizikal orang lain termasuk individu di dalam TV.
  2. Mentertawakan kesilapan dan kelemahan anak.
  3. Merendahkan usaha dan impian anak.
  4. Anak-anak dijadikan kuli seperti hanya meletakkan tanggungjawab kepada seorang anak sahaja atau tidak mengajar anak-anak untuk berdisiplin.
  5. Mendera fizikal mereka dengan menjadikan tubuh badan mereka sebagai ‘tempat’ untuk melempiaskan nafsu amarah dan seksual.
  6. Meletakkan salah anak pada pihak lain dengan memenangkan anak walaupun hakikatnya anak yang buat silap.

Pesan Mama Siti:

Tiada perfect parenting ataupun formula parenting yang terbaik, tetapi kita boleh cuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan kata-kata yang kurang menyenangkan pada mereka supaya mereka tidak membawa perangai yang sama di sekolah dan apabila mereka dewasa.

Semoga perkongsian Puan Wawa dapat membantu Mama mendidik anak-anak dengan sempurna.

Kredit: Facebook Wawa Shauqi