KelabMama

Perhatian Mommy! Takutkan Anak Macam Ni Akan Memberi Kesan Jangka Masa Yang Lama

Kadang-kadang solusi ibu bapa untuk bagi anak cepat tidur ke, kurangkan tantrum ke, mesti takut-takut kan mereka.

Kalau tak nak tidur, nanti hantu pocong datang!

Adakah Mama seperti ini? Jika tidak, syabas Mama! Jika ya… Mama Siti perlu beritahu something dekat Mama.

Taktik seperti ini, sangat membahayakan dari segi perkembangan dan kesihatan mereka yang sedang membesar. Memang kita geram dengan anak kita jika mereka buat perangai ke dan kita nak takut-takutkan mereka.

Ada yang sanggup menakutkan anak-anak dengan menggunakan taktik seperti paparkan gambar hantu ataupun lebih teruk lagi bunyi-bunyi hantu yang mengerikan.

Menurut Dr. Bess perunding psikiatri di The Medical City,

Ketakutan sedemikian mungkin menjadi punca masalah seperti gangguan tekanan selepas trauma, serangan panik dan gangguan kecemasan.

“Kesan psikologi yang biasa ialah tindak balas fobia kronik, yang mungkin berlanjutan hingga remaja dan seterusnya,” tambah Dr. Nina pakar psikiatri kanak-kanak di TMC.

Kedua-dua pakar psikiatri itu menjelaskan bahawa ketakutan seperti itu boleh menimbulkan imej makhluk menakutkan yang mengintai dalam gelap, boleh meninggalkan kesan negatif yang mendalam dalam minda dan boleh memberi kesan yang berkekalan pada kesihatan mental mereka sehingga dewasa.

Kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa mungkin mengalami beberapa simptom fizikal dan psikologi berikut:

Banyak kesan negatif pada kesihatan mereka jika diteruskan dengan menakutkan mereka ni. Ikuti perkongsian Encik Anuar Zamil yang menceritakan kisah ibu bapa yang takutkan anak-anak dengan bunyi pontianak untuk sekadar content di media sosial.

Jangan Takutkan Anak Macam Ni Mommy!

Kredit gambar: Facebook Anuar Zamil

Viral di TikTok content menakutkan anak dengan cara bukak bunyi “Pontianak Mengilai” dan kemudiannya lari dan menahan pintu, meninggalkan anak-anak dalam bilik sendirian.

Abam bukan lah professional yang tahu handle anak. Bukan juga yang terpaling power dalam menjaga anak dan terpaling parenting, tetapi trend ni sangat BODOH bagi abam sebab sengaja menakutkan anak-anak demi sebuah content.

Pernah teringat, abam pernah terbaca keburukan menakut-nakutkan anak ni sebab banyak sangat mudarat. Trend ni pulak bukan sekadar MENAKUTKAN namun juga MEMALUKAN. Yelah dah satu dunia lihat kan.

Kan whatever uploaded on Internet, will stay forever.

Allahuakbar.

Sebagai parents, kita adalah idola anak-anak. Bukan sekadar itu, kita juga adalah pelindung bagi anak-anak. Mereka akan mula hilang keyakinan diri bila selalu sangat menakutkan mereka dengan cara macamni.

Minda Anak Ibarat ‘Highway’

Kita yang menentukan jalan mana yang kita nak bawak. Kalau kita terapkan sangat ketakutan, itu saja lah yang dia akan nampak. Dan jangan lupa, highway tu mula akan bercabang-cabang. Walaupun kita hanya takutkan pasal hantu, tapi ketakutan dia boleh pergi ke tempat lain contoh:

Macam-macam lagilah.

Dan kalau korang nak tau, benda macamni juga boleh membuatkan mereka trauma sepanjang hidup. Which akan mengganggu proses tumbesaran diorang. Ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiety apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.

Kita Rasa Kelakar, Tapi Ianya Meninggalkan Luka Berterusan

Ubahlah cara bergurau. Jangan hanya demi content dan view semata-mata kita sanggup lukakan mereka dan serta merta memalukan diorang. Kita adalah contoh terbaik bagi mereka. Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat berharga.

“Aku gurau je. Apasal nak serius sangat. Aku dengan cara aku.

Abam mohon maaf segala ketelanjuran kata-kata. Feel free to disagree. Betul cara bergurau masing-masing berbeza. But I still stand on my view yang CONTENT NI CONTENT BODOH yang abam rasa kita perlu hentikan. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Maaf sekali lagi atas kekasaran bahasa.

Kesian anak-anak kita, tidak bersalah tetapi sampai macam tu sekali nak bergurau. Bergurau pun ada batasnya Mama. Jangan cuba-cuba trend semata-mata untuk views dan membahayakan mental dan fizikal anak-anak kita ya! Semoga maju jaya dan sentiasa berwaspada dengan kesihatan kita semua~

Kredit: Anuar Zamil