KelabMama

Tahun Baru Hijrah: Tak Perlu Jadi ‘Perfect Muslimah’, Cukup Mama Upgrade Sikit Demi Sikit

cara untuk berhijrah

Tahun Baru Hijrah sering kali jadi turning point untuk kita semua tak kira lah sesiapa pun. Waktu inilah akan mula tanamkan azam tahun baru, mula fikirkan tentang kehidupan dan cuba untuk perbaiki hubungan dengan Allah.

Tapi Mama Siti tahu, ada juga yang bila masuk tahun baru, rasa diri tak cukup baik. Rasa jauh. Rasa kotor. Rasa takut tak sempat berubah.

Mama Siti nak pesan satu je hari ni, tak perlu jadi perfect Muslim cukuplah kita upgrade sikit demi sikit untuk kebaikan diri kita tanpa ada rasa kepaksaan dan tipu pada diri sendiri.

5 Cara untuk Mama Upgrade Diri Sempena Tahun Baru Hijrah

1. Hijrah Bukan Tentang jadi Sempurna, tapi Tentang Jadi Lebih Baik

Bila bercakap pasal hijrah, tak semestinya kita kena berubah secara drastik sampai jadi ‘sempurna’ dalam sekelip mata. Apa yang lebih penting ialah perubahan kecil yang konsisten dan ikhlas dari hati.

Contohnya, kalau selama ni kita solat ikut sempat, cuba mula dengan jaga satu waktu dulu, macam Subuh. Kalau tak biasa baca Quran, mula saja dengan satu ayat sehari. Allah tak nilai siapa paling cepat berubah, tapi siapa yang tak putus asa untuk terus mencuba, walaupun perlahan.

Dalam dunia yang serba laju ni, memang mudah untuk rasa tertekan. Bila Mama tengok orang lain dah khatam Quran berkali-kali, solat sunat tak tinggal, tutup aurat sempurna Mama akan rasa kerdil. Tapi Mama, jangan biar perasaan tu buat kita berhenti berusaha.

Ingat, setiap orang ada titik mula mereka sendiri. Ada yang dibimbing sejak kecil, ada juga yang baru kenal agama selepas umur 40. Tiada siapa yang ‘terlambat’, asalkan kita masih mahu melangkah.

Cuba tengok perubahan ni sebagai contoh kecil yang boleh kita praktikkan:

Allah tak tengok hasil akhir kita, tapi Dia tengok usaha dan keikhlasan. Yang penting, Mama tak berhenti mencuba. Perlahan-lahan pun tak apa, janji kita terus bergerak ke arah yang lebih baik.

2. Perubahan yang Perlahan Lebih Baik Dari Perubahan Mendadak

Kadang-kadang kita terlalu ghairah bila tiba tahun baru, sampai buat senarai azam panjang berjela: nak solat tahajud tiap malam, nak baca satu juzuk sehari, nak puasa sunat tiap minggu.

Tapi seminggu je semangat, lepas tu burn out. Mama Siti nak ajak Mama semua berubah ikut kemampuan diri dan perubahan yang konsisten.

Tak perlu ubah semua sekaligus, Mama cuma perlu lakukan satu azam kecil sudah cukup tetapi berikan sepenuh hati:

Perubahan kecil ni lah yang akan jadi batu asas kepada perubahan yang lebih besar nanti.

3. Jangan Bandingkan Perjalanan Hijrah Kita dengan Orang Lain

Setiap orang punya perjalanan hijrah yang berbeza. Tak perlu bandingkan diri Mama dengan orang lain, walaupun mereka nampak lebih hebat atau cepat berubah. Setiap orang ada latar belakang, cabaran, dan tahap keimanan yang berbeza.

Mungkin ada yang sudah mula berhijrah sejak kecil, ada juga yang baru mengenal agama di usia yang lebih matang. Apa yang penting ialah niat Mama dan usaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.

Perjalanan hijrah ini bukan perlumbaan. Setiap langkah kecil yang Mama ambil adalah langkah yang penting, walaupun orang lain mungkin nampak lebih maju.

Jangan risaukan orang di sekeliling, fokus pada diri sendiri dan bagaimana untuk Mama menjadi versi yang lebih baik setiap hari.

Allah melihat usaha Mama, bukan perbandingan Mama dengan orang lain. Jadi, teruskan usaha dan jangan berhenti berjuang untuk perubahan yang lebih baik, walaupun perlahan.

4. Allah Suka Hamba yang Kembali Walaupun Berulang Kali

Sudah pasti kita semua akan ada masa kita akan rasa lemah dan putus asa untuk berubah. Tapi yang penting, Allah suka hamba-Nya yang sentiasa kembali kepada-Nya, walau berulang kali. Setiap kali kita terjatuh, itu bukan tanda kita gagal, tetapi peluang untuk kita bangkit dan menjadi lebih baik.

Allah bukan hanya menilai sekali gus, tetapi melihat usaha kita untuk terus mencari jalan kembali kepada-Nya, walaupun kita terjatuh berulang kali.

Mama jangan rasa malu atau putus asa bila kita rasa tak perfect. Allah suka kepada orang yang kembali dengan penuh kesungguhan. Yang penting, niat untuk berubah itu ada, dan setiap kali kita kembali, kita semakin dekat dengan-Nya.

Jadi, walaupun kita tergelincir beberapa kali, jangan berhenti mencuba. Setiap kali kita bangkit, itu adalah langkah menuju keberkatan.

5. Ajak Anak-anak Sama-sama Berubah Perlahan-lahan

Perubahan Mama juga akan berikan kesan yang besar kepada anak-anak. Bila mereka nampak Mama mula jaga solat, mula berzikir waktu masak, mula baca Quran lepas Isyak lama-lama mereka akan ikut melakukan perkara yang sama walaupun secara perlahan-lahan.

Jadikan rumah Mama sebagai tempat yang ada aura positif untuk berubah. Tak perlu paksa, tak perlu bebel panjang. Kadang satu perbuatan sudah cukup untuk buka hati mereka.

Contohnya:

InsyaAllah, perlahan-lahan hati anak-anak akan terisi. Dan perubahan Mama akan menjadi saham akhirat yang tak putus.

Tahun Baru Hijrah bukan tentang jadi orang baru yang perfect, tetapi tentang menjadi diri yang baru, yang lebih baik daripada semalam. Tak perlu mengejar kesempurnaan, kerana yang lebih penting adalah usaha kecil yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas.

Mama Siti nak ingatkan Mama semua (dan Mama Siti juga), Allah tak pernah minta kita jadi sempurna. Tapi, Dia sangat suka bila kita berusaha, walaupun perlahan. Tak ada yang salah dengan perubahan kecil yang dilakukan dengan tekad dan kesabaran.

Jadi, sempena Tahun Baru Hijrah ni, jom kita sama-sama upgrade diri sedikit demi sedikit. Tak perlu drastik, tak perlu berubah untuk orang lain. Cukup berubah kerana cinta kita pada Allah.

Ingat, perlahan-lahan pun tak apa, asalkan kita tak pernah berhenti berusaha. Setiap langkah, sekecil mana pun, tetap membawa kita lebih dekat kepada-Nya.


Dapatkan lebih banyak koleksi doa harian yang Mama boleh amalkan setiap hari di SINI.