KelabMama

TAHNIAH 8 PEMENANG PERADUAN ANAK MAMA SEIRAS!!

Peraduan Anak Mama Wajah Seiras Kelabmama diadakan bersempena Hari Ibu yang lalu. Ini sebagai simbolik meraikan insan bergelar MAMA, EMAK, IBU, BONDA, UMI kerana mempunyai parut kekal dibadan mereka untuk melahirkan anaknya!

Mereka yang mempunyai wajah seiras dengan ibu, atau anak kesayangan mempunyai wajah seiras dengan ibu meraka, kedua-duanya telah berpeluang menyertai Peraduan Anak Mama Seiras untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM5000 tajaan Gene Martino. Peraduani ni telah dibuka  kepada umum tidak kira umur dan jantina bermula 17 April 2017 yang lalu. Caranya mereka hanya perlu menghantar gambar ibu dan anak, kemudian perlu mendapatkan undian untuk melayakkan mereka merebut hadiah menarik. Setiap penyertaan yang berjaya didaftarkan mengikut terma dan syarat ditetapkan juga menerima Baucar sampingan bernilai RM20. Peserta boleh menggunakan baucar tersebut untuk mendapatkan pelbagai pilihan pakaian menarik diseluruh cawangan Gene Martino berdekatan.

Daripada hampir 2,000 penyertaaan akhir yang terpilih, hanya lapan (8) pemenang yang mempunyai wajah seiras ibu dan anak dipilih berdasarkan peratusan LIKE, SHARE, serta pilihan JURI yang tertinggi pada tarikh akhir 31 Mei 2017. 8 pemenang bertuah akan menerima wang tunai dan 2 pasang pakaian tajaan daripada Gene Martino.

 

|HADIAH TEMPAT PERTAMA|

Wang Tunai bernilai RM2000 + 2 Pasang Pakaian Gene Martino

|HADIAH TEMPAT KEDUA|

Wang Tunai bernilai RM1000 + 2 Pasang Pakaian Gene Martino

|HADIAH TEMPAT KETIGA|

Wang Tunai bernilai RM500 + 2 Pasang Pakaian Gene Martino

|5x HADIAH SAGUHATI |

Wang Tunai bernilai RM100 + 2 Pasang Pakaian Gene Martino

 

PEMENANG PERADUAN ANAK MAMA SEIRAS 2017. Tahniah!!