KelabMama

Bukan Sembarangan Tau Mama. Fahami Syarat Sah Korban Bagi Haiwan dan Individu

ORANG LELAKI MENYEMBELIH LEMBU KORBAN

Korban diambil dari perkataan bahasa Arab ‘قَـرِبَ – يَـقْـرَبُ – قُـرْبَانًـا’ yang bermaksud dekat. Oleh itu, dari segi bahasa, istilah korban bermaksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Mari Mama Siti bawa Mama semua imbas kembali peristiwa Nabi Ibrahim AS dan anak baginda Nabi Ismail AS.

Asal Usul Disunatkan Ibadan Korban

Pada suatu masa dahulu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya sendiri. Sebagai seorang ibu bapa kita sendiri tidak sanggup jika melihat anak menghadapi kesakitan, inikan pula untuk menyembelih cahaya mata kesayangan. 

Kredit gambar: Popculture.id

Sebenarnya ini ialah salah satu ujian buat baginda berdua untuk menguji keimanan mereka.

Si Ayah iaitu Nabi Ibrahim dengan berat hati mengabarkan perkhabaran tersebut kepada anaknya, Nabi Ismail.

Anaknya itu menuruti perintah Allah dan berkata kepada Si Ayah,

“Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar” (Surah As-Saffat, ayat 102)

Lalu Nabi Ibrahim melakukan seperti mana yang diperintahkan Allah melalui mimpi yang telah diilhamkan kepada baginda.

Dari peristiwa tersebut, Allah telah mensyariatkan umat Islam hari ini untuk menjalankan ibadah korban bagi yang berkemampuan dengan syarat-syarat tertentu. 

Syarat Sah Ibadah Korban Bagi Individu

Kredit gambar: Harian Metro
  1. Beragama Islam dan masih hidup
  2. Seorang yang merdeka
  3. Baligh dan berakal
  4. Bermukim atau tinggal di suatu kawasan
  5. Berkemampuan iaitu mempunyai lebihan duit untuk diri dan tanggungannya

Selain daripada syarat sah di atas, Mama dan Papa harus ambil tahu mengenai jenis binatang untuk dikorbankan.

Jenis Binatang untuk Dikorbankan – Mana Yang Boleh, Mana Tak?

“Saya ada pelihara seekor kancil, rasa macam nak dibuat korban lah. Boleh kah?”

Kredit gambar: binatang.mewarnai gambar

Ada ciri penting yang perlu Mama ambil peduli sebelum melakukan korban. Antaranya dalam perkara binatang yang disembelih. Haiwan yang dikorbankan hanyalah binatang Al-An`am iaitu binatang jinak berkaki empat sama ada jantan atau betina. 

Binatang yang dibenarkan ialah:

Haiwan selain daripada yang dinyatakan ialah tidak sah untuk dibuat ibadah korban. Ayuh kita rujuk dalil naqli melalui firman Allah dalam Surah Al-Hajj, ayat 34;

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ

‘Wa likulli ummatin ja’alnaa mansakal liyazkurus mal laahi ‘alaa maa razaqahum mim baheematil an’am’

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.

Selain itu, ada riwayat hadis menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyembelih binatang korban.

Anas r.a di berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah menyembelih dua ekor kambing berwarna putih yang mempunyai dua tanduk. Saya melihat Baginda SAW meletakkan kambing itu di bawah dua kakinya dengan menyebut Allah dan bertakbir dan baginda menyembelih dengan tangannya” (Nailul Awtar jilid 5 129-130)

Kredit gambar: Freepik

Perkataan tanduk menunjukkan bahawa baginda menyembelih kambing yang sudah dewasa dan layak dijadikan korban. Bagi memudahkan lagi Mama memahami ciri-ciri haiwan yang boleh dibuat korban, Mama Siti senaraikan nya dibawah ya.

Kredit gambar: Facebook @Qurban4Syria

Syarat Sah Korban dari Segi Ciri-ciri Haiwan Yang Dibenarkan

Kini, kita telah jelas tentang siapa yang boleh melakukan ibadah korban dan haiwan apa yang layak disembelih. Mari kita ambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. 

Sesungguhnya hanya kepada Allah kita memberikan sepenuh keyakinan. Tiada pengorbanan yang sia-sia di sisi Allah. Semoga ibadah korban yang dilakukan diterima Allah SWT.