KelabMama

10 Susu Formula Terbaik Untuk Tumbesaran Si Manja

Walaupun mama disarankan untuk menyusu badan kepada bayi selama yang mungkin, atau sekurang-kurangnya 6 bulan, tahap kemampuan dan keadaan individu berbeza-beza. Tambahan lagi, apabila si anak semakin membesar, keperluan vitamin dan mineral serta zat-zat lain juga akan bertambah untuk memenuhi kehendak tubuh fizikal dan mentalnya. Sudah pasti susu formula terbaik adalah jawapannya.

Ada pelbagai jenis susu formula untuk bayi dan kanak-kanak yang berada di pasaran. Pasti ramai mama di luar sana yang keliru dan rambang mata nak memilih yang mana satu susu formula terbaik dan sesuai untuk si manja tercinta.

Walau apapun pilihan mama, pastikan susu yang dipilih mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh si manja. Sebagai contoh, kebanyakan susu formula mengandungi DHA (docosahexaenoic acid) dan ARA (arachidonic acid), omega-3 dan omega-6. Nutrisi-nutrisi tersebut dapat membantu perkembangan mental dan visual serta memainkan peranan penting dalam tumbesaran seorang bayi dan kanak-kanak.

Jadi buatlah pilihan yang bijak. Sebagai panduan, Mama Siti kongsikan 10 jenama susu formula yang terbaik untuk memudahkan mama untuk memilih. 

10 Susu Formula Terbaik Untuk Si Manja

#1 Susu Formula Bellamy’s Organic

Susu formula organik selamat untuk bayi kerana ia terpelihara secara semulajadi dan tak menggunakan pestisid pada sumber kandungannya.

Bagi mama yang mencari susu organik untuk bayi yang berumur di bawah 12 bulan, Susu Formula Bellamy’s Organic adalah susu yang sesuai untuk dicuba. Ia mengandungi nutrisi suplemen untuk menambah diet harian bayi dan diperbuat dari  susu lembu yang sah. Zat besi dan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi terkandung di dalamnya untuk menyokong tumbesaran. Ia juga mempunyai fiber prebiotik semulajadi yang membantu melancarkan sistem penghadaman bayi. 

#2 Susu Formula Wyeth S-26 Gold

 

Susu keluaran Wyeth ini dilengkapi dengan Omega 3 yang kaya dengan DHA dan AA serta OF (Oligofructose), iaitu sejenis prebiotik yang menyokong kesihatan gastronomi anak-anak. OF membantu melembutkan najis buangan dan melegakan masalah sembelit yang sering anak-anak hadapi. 

S-26 GOLD mengandungi kombinasi unik yang diperlukan oleh anak mengikut peringkat umur mereka. Bila mama ingin membeli, pastikan mama baca label susunya terlebih dahulu, ya. Contohnya S-26 SMA khusus untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan, manakala S-26 Promil adalah untuk yang berumur 6 hingga 12 bulan. Untuk kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun, susu S-26 Progress sesuai untuk mereka, dan S-26 Promise adalah untuk yang berumur 4 tahun ke atas. 

#3 Susu Appeton AppeKidz 

Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas, mama mungkin ingin mencuba susu formula dari Appeton ini. Susu Appeton AppeKids diformulasikan dengan bahan-bahan yang memberi sokongan optimum untuk tumbesaran kanak-kanak. 

Appeton AppKids adalah hasil daripada penyelidikan pakar dietari kanak-kanak yang berpengalaman sehingga tercetus Sistem IMMU iaitu kombinasi unik untuk kesihatan seimbang bagi kanak-kanak. Nucleotides adalah antara kandungan dalam Sistem IMMU yang membantu mengukuhkan sistem imunisasi dengan memudahkan penghasilan antibodi badan dengan kadar segera. Selain itu, DHA, Choline dan Taurine yang terkandungan dalam ramuan susu formula Appeton AppeKidz ini pula membantu memberi otak yang cergas dan kesihatan mata yang terbaik untuk si manja. 

#4 Susu Kambing Wildan

Walaupun susu formula dari lembu banyak di pasaran, ada juga sebilangan mama papa yang lebih gemar memilih susu dari sumber kambing. Secara semulajdi susu kambing mengandungi lebih banyak protein dan lemak berbanding susu lembu. Ia juga mengandungi lebih kalsium, potasium, vitamin A dan zat-zat lain yang baik untuk kanak-kanak. 

Susu kambing Wildan antara susu kambing yang mengekalkan keasliannya dan sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Ia sangat digalakkan untuk kanak-kanak yang mudah mendapat alahan dengan susu lembu disamping membantu meningkat tahap imunisasi badan si kecil yang sedang membesar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak. 

#5 Susu Formula Novalac

Kredibiliti Novamil yang sudah bertapak dan menghasilkan susu formula Novalac selama melebihi 20 tahun menjadikan ia antara susu formula yang boleh dipercayai keberhasilannya. 

Berasal daripada France, ramai pakar kanak-kanak mengesyorkan susu ini untuk bayi dan kanak-kanak. 

Ia mengandungi lemak asid yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak iaitu asid α-linolenik dan asid linolik. Susu Novalac ini dilengkapi dengan 13 jenis vitamin termasuklah vitamin A,D,E,K,C dan B kompleks untuk menyokong sistem imunisasi badan. Ia juga mengandungi 12 jenis garam mineral seperti Sodium, Potasium, Klorida, Kalsium, Fosforus, Magnesium, Zat Besi, Zink, Iodin dan banyak lagi. 

#6 Susu Formula Nan Ha

Susu Nestle Nan Ha Follow Up Infant ini sesuai untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga 36 bulan. Ia diformulasi dengan protein susu yang melalui proses hydrolasi separa yang mengekalkan zat-zat susu lembu asli. 

Susu Nan Ha ini memberi nutrien yang bermanfaat untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang menghadapi diarrhorea, agen probiotik di dalam susu ini membantu memudahkan penghadaman dan menjaga kesihatan usus. Susu ini juga mengandungi DHA and ARA.

#7 Susu Formula Pre-Nan Preterm

Mama Siti tak nafikan yang susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. Tapi Mama Siti juga pernah bertemu dengan mama-mama yang kurang bernasib baik dan tak mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi atau pun memang ada kekangan kesihatan yang menghalang mereka daripada menyusukan bayi. 

Bagi mama yang memang tak dapat menyusu anak pramatang yang lahir lebih awal dari yang dijangkakan, penjagaan yang lebih rapi dan khusus diperlukan sepenuhnya. Susu formula PreNAN untuk bayi Pramatang ini antara susu yang terbaik untuk diberikan kepada bayi. Ia mengandungi DHA & ARA serta protein yang membantu perkembangan otak dan badan bayi membesar dengan sihat. Ia juga dapat menambahkan berat badan bayi. 

#8 Susu Kambing BB S-1

Kebanyakan susu formula berasaskan susu kambing sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Tapi susu daripada Australia ini, BB S-1, adalah antara susu kambing yang ada di pasaran Malaysia yang boleh diambil oleh bayi baru lahir.

Susu formula berasaskan susu kambing adalah alternatif yang baik kerana ia mempunyai lebih banyak vitamin, mineral dan zat-zat lain dan lebih berkualiti berbanding susu formula berasaskan susu lembu. Ia juga mengandungi lemak yang kurang menyebabkan alahan dan baik untuk perut bayi yang sensitif

#9 Susu Tepung Suffy Annis Nutricious 

Masalah sembelit, sakit perut yang kerap dan diarrhea bukanlah masalah yang asing untuk kanak-kanak di usia 1 hingga 3 tahun. Ini adalah kerana diet pemakanan mereka yang masih belum teratur dan organ badan yang masih sensitif dalam proses tumbesaran. 

Susu Suffy Annis Nutricious ini membantu menyelesaikan masalah mama yang mempunyai anak yang sering menghadapi masalah dengan perut dan ususnya. Yang Mama Siti suka tentang susu ini adalah rasanya yang sedap. Jadi tak kan ada drama paksa memaksa si anak untuk menghabiskan sebotol susu lagi dah. 

#10 Susu Formula Miwako  

Susu Miwako ini adalah susu yang diformulasikan tanpa laktosa bagi kanak-kanak yang sensitif dengan kandungan laktosa di dalam susu lembu atau susu kambing. Ia juga membantu meningkatkan perkembangan dan kesihatan otak serta sistem saraf. Ia boleh diberi untuk kanak-kanak yang berumur 12 bulan ke atas. 

Susu ini adalah susu asli tanpa gluten dan kaya dengan vitamin, mineral dan protein kecuali protein casein yang sering memberi masalah kepada anak yang alah pada laktosa susu. Ia juga hypo-allergenic iaitu membantu mengurangkan radang kulit yang sering dihadapi oleh kanak-kanak.

Selain dari jenis-jenis susu di atas terdapat banyak lagi pilihan susu dipasaran yang mama boleh pilih untuk si manja. Sudah tentu setiap susu mempunyai khasiatnya tersendiri. Sebagai mama papa, kita kena berani mencuba untuk pastikan susu itu sesuai dengan anak kita. Sehebat mana pun susu formula itu tak bermakna ia sesuai dengan anak kita. Kena rajin cuba sehingga kita jumpa yang sesuai serta memberi nutrisi yang secukupnya kepada si manja.

Semoga membantu!

BACA JUGA Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan

Pesan Mama Siti

Susu ibu adalah sentiasa susu yang terbaik untuk bayi. Tapi jika mama terpaksa memberi susu formula kepada bayi, pastikan yang susu yang disediakan adalah suam, tak terlalu sejuk atau terlalu panas. Paling ideal adalah menyediakan susu itu ketika bayi minta atau pada waktu makan. Jangan biarkan susu itu lebih daripada satu jam kerana dikhuatiri kebersihan kawasan persekitaran yang boleh membuatkan susu tercemar.