KelabMama

Sunway Pyramid Mall | Pusat Membeli Belah Yang Menyediakan Pelbagai Kemudahan untuk Ibu Bapa

Artikel ini diolah daripada Motherhood.com.my Family Mall Guide – Sunway Pyramid Mall, Petaling Jaya. 

Anda tahu tak sudah lebih 2 dekad Sunway Pyramid bertapak di Malaysia? Lebih tepat, sudah 21 tahun Sunway Pyramid gah berdiri sebagai salah satu pusat membeli-belah terbesar dan tertua di Malaysia.

Sunway Pyramid merupakan pusat membeli-belah yang mempunyai tema dan pelbagai aktiviti hiburan pertama di Malaysia. Dengan keluasan lebih 4 juta kaki persegi sebagai pusat beli-belah terkenal, setiap sudut pelan seni binanya sangat menakjubkan! Diinspirasikan daripada seni bina Piramid di Mesir, siapa yang tak kenal dengan kubahnya yang menarik dan ‘pengawal Singa’ yang  berdiri megah di pintu masuknya?

Baru-baru ini, Sunway Pyramid telah dinaik taraf dan diberi nafas baru untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjungnya yang terdiri daripada semua peringkat umur. Di samping itu, pihak Sunway Pyramid juga telah meningkatkan pelbagai kemudahan dan memperkenalkan beberapa servis baru demi keselamatan dan keselesaan para pengunjung.

Dengan lebih 900 jenama kedai terkenal dan pelbagai jenis aktiviti, hiburan, F&B, fesyen, hiasan rumah, kesihatan serta pusat IT sehenti, Sunway Pyramid kekal sebagai pusat beli-belah yang pasti menjadi pilihan seisi keluarga.

KENAPA SUNWAY PYRAMID SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA?

1. Pintu Masuk Utama yang Lebih Menarik dan Mudah

Saat anda melangkah masuk, anda pasti terpegun dengan nafas baru yang diberikan pada binaan dan hiasan pintu utama yang sangat cantik. Ditambah pula dengan kemudahan untuk mereka yang berkerusi roda dan stroller, serta sistem air-lock yang telah dinaiktaraf untuk mengurangkan haba panas dari luar. Anda juga boleh menempah perkhidmatan Grab di lounge Grab pertama di Asia, bertentangan dengan pintu masuk utama. Ruang menunggu yang selesa serta ruang khusus untuk ‘pick-up’ dan ‘drop-offs’ juga disediakan untuk kemudahan pengguna.

Terletak di aras G.

2. Parking Khas Pilihan & Parking untuk Keluarga

Keluarga dengan stroller dan anak kecil kini boleh menggunakan ruang letak kereta khusus untuk keluarga. Tempat letak kereta baru ini lebih besar daripada biasa, dengan pencahayaan yang lebih terang, serta berada hampir dengan pintu masuk dan lif untuk ke mall. Jadi, lebih mudah dan selamat untuk ibu bapa dengan anak kecil untuk masuk ke mall. Kawasan parking khas pilihan yang baru juga kini disediakan.
Parking untuk Keluarga terletak di B1.Parking Khas Pilihan terletak di B1 & CP2.

3. Stesen Pengecasan Kuasa Mercedes-Benz EQ

Untuk pemilik kenderaan elektrik, Sunway Pyramid juga menyediakan ruang pengecasan kuasa khas untuk mengecas kenderaan anda dengan mudah.

Lokasi: Tempat letak kereta aras B1.

4. Oasis Garden

Anda bakal disambut dan dihiburkan dengan ‘sensorial treat’ apabila anda menaiki eskalator dari CP2 hingga CP7. Setiap aras bakal memberikan pengalaman baru dengan bunyi-bunyi menarik daripada 17 spesies burung, 3 spesies monyet, 2 spesies katak dan dilengkapi dengan tumbuhan hijau dan pancutan air di sekitarnya.

Lokasi: CP2 hingga CP7.

5. Paradise Garden

Direka khas dengan ciri-ciri alam semula jadi, anda kini boleh berehat sebentar dari membeli-belah, dengan menikmati bunga-bunga segar, pokok yang menghijau dan pelbagai tanaman yang cantik, berhadapan dengan Sunway Lagoon!

Terletak di aras LG1, bersebelahan dengan Starbucks.

6. Bilik Bayi yang Baru

Untuk para ibu, anda pasti akan lebih gembira dan tenang dengan bilik bayi di Sunway Pyramid yang telah dinaik taraf. Dibina khusus untuk keperluan dan kemudahan ibu dan bayi, bilik-bilik bayi telah diperluaskan dan dihiasi dengan mainan di dinding sesuai untuk pembelajaran anak-anak dan bangku yang mesra kanak-kanak. Bilik-bilik bayi juga telah dilengkapi dengan tandas saiz kanak-kanak, jadi ibu bapa tidak perlu keluar ke tandas biasa jika anak anda ingin ke tandas.

Bilik-bilik bayi juga kini dilengkapi dengan pembersih udara, sabun dan pembersih tangan Kimberly-Clark, losyen bayi berjenama Pigeon, pembersih cecair bayi, dan dispender air panas dan sejuk Cuckoo sebagai kemudahan tambahan. Mama pasti kagum dengan segala kemudahan yang diperbaharui di Sunway Pyramid!

Bilik-bilik bayi terletak dari aras G hingga LG2:

7. Strollers

Mama jangan risau, semua ibu bapa pernah menghadapi situasi yang sama iaitu banyak barang nak kena bawa bersama ketika berada diluar. Kini, perjalanan ke pusat membeli-belah lebih mudah kerana anda tidak lagi perlu membawa semuanya dari rumah. Keluar membeli-belah dengan mudah di Sunway Pyramid  kerana mereka telah menyediakan semua keperluan yang diinginkan untuk ibu bapa bersama anak kecil. Anda boleh pinjam strollers, ‘wheelie’ untuk kanak-kanak atau ‘double strollers’ untuk kemudahan anda semasa membeli-belah. 

Terletak di Concierges di aras G / LG2.

8. Wristlinks kanak-kanak & ‘Tatu’ Kecemasan

Anda mesti risau jika anak anda hilang dalam khalayak ramai bukan? Dapatkan tali pergelangan tangan atau ‘wristband’ untuk kanak-kanak, atau ‘wristlink’ di kaunter Concierge dan pakaikan ditangan anak dan tangan anda! Anda juga boleh sertakan nama dan nombor telefon anda di Wristband tersebut, jika berlaku sebarang kecemasan atau kehilangan.

Selain itu, anda boleh mengenakan ‘tatu’ kecemasan dengan maklumat peribadi, di lengan anak anda. Maklumat peribadi yang telah di-’tatu’ sebenarnya akan menghubungkan anak anda (jika ada kehilangan) dengan staf di Concierge atau Polis Bantuan yang berada di Sunway Pyramid. Selepas anda sekeluarga selesai shopping, anda boleh buang tatu tersebut dengan minyak bayi, hand sanitizer atau tisu basah.

Terletak di Concierges di aras G/LG2.

9. Kemudahan Keluarga 

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil kini boleh menyewa selendang untuk menyusu, botol susu panas atau meminta lampin kecemasan di kaunter Concierge. Selain itu, kit kecemasan untuk keperluan dan kebersihan wanita, serta kit menjahit juga boleh didapati di kaunter Concierge jika berlaku kerosakan kecil pada pakaian.

Terletak di Concierges on G / LG2.

10. Khusus Untuk Warga Emas

Hari bersama keluarga pasti tidak lengkap tanpa atuk dan nenek! Untuk masa yang terhad, warga emas boleh menebus ‘Senior Privilege Wristband’ dengan maklumat keluarga jika berlaku kecemasan atau sekiranya mereka bersiar-siar terlalu jauh. Warga emas juga boleh menggunakan ‘wristband’ mereka di kedai-kedai terpilih untuk menikmati promosi istimewa*. Bangku-bangku juga telah disediakan disekitar Sunway Pyramid untuk kemudahan mereka dan anda sekeluarga.

*Lawati laman web Sunway Pyramid untuk maklumat lanjut.

Di samping itu, Sunway Pyramid juga menyediakan ‘mobile walkers’, ‘power strollers’ dan kerusi roda yang boleh disewa untuk memudahkan perjalanan membeli-belah anda. Tandas mesra kerusi roda juga boleh didapati di semua aras, manakala lif untuk mereka yang memerlukan juga telah disediakan di semua kawasan utama.

11. Wifi & Ruang Mengecas Gadjet PERCUMA

Kita semua tahu bagaimana pentingnya untuk kekal berhubung di talian sementara anak-anak kita sedang berseronok. Gunakan servis internet percuma yang disediakan, dan kongsikan pengalaman dan momen indah anda bersama keluarga mahupun rakan sepanjang membeli-belah di Sunway Pyramid!

Jika anda perlukan tempat untuk mengecas telefon atau alat elektronik anda, ruang untuk belajar atau berehat sambil menggunakan internet percuma, anda boleh ke ruang ‘Surf, chill & Charge’ yang dihias cantik dengan pelbagai tumbuhan hijau.

Terletak di aras F.

RESTORAN KHAS UNTUK KELUARGA!

Kalau anda masih memikirkan untuk makan di mana, dibawah kami senaraikan restoran yang sesuai untuk seisi keluarga:

1. Slappy Cakes

Restoran yang popular dari Portland kini dibuka di Malaysia! Sekali anda cuba, pasti nak lagi! Selain itu, anda juga boleh bergembira bersama anak-anak anda kerana di Slappy Cakes, anda boleh menghasilkan penkek sendiri! Anak-anak anda pasti terhibur dengan pelbagai ‘syrup’ dan ‘topping’ yang sesuai mengikut cita rasa anda. Tak ada cara yang lebik baik untuk menghargai seni selain dengan perut kenyang dan bergembira! 

Terletak di SPWF001.

2. T.G.I. Fridays

Kalau anda mencari restoran yang menghidangkan stik dan koktel, T.G.I. Fridays lah tempatnya! Tambahan pula, di T.G.I Fridays, kanak-kanak boleh makan secara percuma! Tak kisah lah anda datang bersama kawan atau keluarga, pengalaman makan di T.G.I Fridays pasti lebih bermakna dan menyeronokkan!

Terletak di OB3.F.1, OB3.F.2 & F1.92.

3. Kung Fu Panda Kitchen

Siapa tak kenal watak panda, ‘Po’ dalam filem Kung Fu Panda! Watak ‘Po’ daripada filem terbitan DreamWorks itu merupakan watak utama yang akan ‘bersama’ anda ketika anda menjamu makanan di restoran steamboat ini. Pemilihan daging dan makanan laut yang terdapat di Kung Fu Panda Kitchen pasti akan menambah selera makan anda seisi keluarga. Apa yang lagi best, Kung Fu Panda Kitchen juga menyediakan hidangan yang diilhamkan dari filem Kung Fu Panda itu sendiri! Oh, makanan disini juga halal ya 😉

Terletak di SP3.LG1.

4. Restoran Mr. Roti Canai

Nikmati makanan tempatan Malaysia yang original dan enak pada bila-bila masa di Restoran Mr. Roti Canai. Dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam, restoran ini menawarkan pelbagai makanan yang sangat sesuai dengan citarasa rakyat tempatan. Apa yang lebih istimewa ialah, mereka menyediakan roti canai yang berukuran kecil – sesuai untuk kanak-kanak!

Anda boleh menikmati roti canai istimewa di Mr Roti Canai melalui pintu West Sunway Pyramid atau melalui H&M. Restoran ini juga boleh diakses melalui Padini Concept Store.

Terletak di OB3.G.9, berhampiran Healthland.

Restoran lain yang sesuai untuk seisi keluarga yang patut dicuba adalah An Viet, Sakae Sushi, Restoran Tony Life, Restoran Simple Life, Kim Gary, Wong Kok Char Chan Teng dan banyak lagi!

BERMAIN & BERSERONOK!

1. Sunway Pyramid Ice

Lakonkan semula adegan “Frozen” bersama anak-anak anda di gelanggang ice-skating yang baru dinaik taraf! Dengan dinding yang diperbaharui, lantai baru dan lebih selamat, serta tiang yang direka khas di sekeliling ice skating ini, anda boleh meluncur ais bersama anak-anak dibawah pencahayaan yang lebih cerah dan menarik! Berseronok, bersukan dan eratkan hubungan sambil melangkah anggun di gelanggang ais bersama mereka yang anda sayang.

Terletak di Sunway Pyramid Ice.

2. Happy Fish Swim School

“Melontar buluh biarlah dari rebungnya.” Pernah dengar peribahasa ini? Selain membeli-belah, Sunway Pyramid juga mempunyai pusat untuk kanak-kanak belajar berenang. Anak-anak jika diasuh sejak mereka kecil, akan mudah belajar dan lebih menyeronokkan! Di Happy Fish Swim School, anda boleh menghantar anak anda untuk belajar berenang seawal usia mereka 4 bulan lagi! Mereka menyediakan program renang yang menyeronokkan dan berkesan untuk kanak-kanak seawal usia 4 bulan hingga 4 tahun.

Anak-anak anda boleh memilih untuk belajar secara perseorangan bersama jurulatih, atau dalam kumpulan bersama pelajar yang lain. Happy Fish Swim School menyediakan program renang mereka dalam keadaan persekitaran akuatik yang selamat dan menyeronokkan, bersama jurulatih renang yang bertauliah.

Terletak di OB.G. (MS).

3. TGV Cinemas (Mesra keluarga)

Cuba sesuatu yang baru bersama anak kecil anda. Kini, pengalaman menonton wayang bersama keluarga akan lebih menyeronokkan di panggung wayang TGV yang mesra keluarga! Tidak seperti dewan panggung wayang biasa, dewan khas ntuk keluarga kini lebih cerah, skrin yang lebih besar serta audio yang lebih lembut dan sesuai untuk kanak-kanak. Dewan panggung wayang khas untuk keluarga ini juga menyediakan ruang ganti lampin untuk kemudahan ibu bapa ketika menonton wayang. Rasa macam di rumah bukan 😉

Terletak di F1.MZN.1.

Selain itu, terdapat banyak lagi yang boleh anda lakukan ketika berada di Sunway Pyramid. Bawa anak-anak anda bermain di permainan arked di Fun Scape oleh Cobay, rasai pengalaman bermain laser tag di Galactic Laser, cabar diri dan kepintaran anda di Mission Q, dan banyak lagi! 

SHOPPING, SHOPPING & SHOPPING!

1. Toys ‘R’ Us

Siapa yang tak kenal dengan Toys ‘R’ Us? ‘Syurga’ permainan untuk kanak-kanak yang sudah bergenerasi lamanya bertapak diseantero dunia. Walaupun zaman dah maju, tak ada apa yang dapat mengalahkan permainan yang menggunakan deria fizikal kita berbanding dengan permainan video atau di skrin digital. Tawan hati anak anda dengan permainan yang sangat menarik di Toys ‘R’ Us dan biarkan mereka berimaginasi untuk meningkatkan kreativiti mereka.

Ibu bapa pula bagaimana? Jangan risau, anda juga pasti tertarik dengan semua jenis permainan yang ada disini, hingga mengingatkan anda pada zaman kanak-kanak.

Terletak di LG1.20.

2. Popular

Kembalikan minat membaca buku di kalangan anak-anak anda dengan mengunjungi kedai buku yang popular diseluruh Malaysia, iaitu Popular! Baca dan ikuti ‘kisah’ imaginasi bersama Roald Dahl, Enid Blyton dan Lewis Carroll, dan banyak lagi!

Membaca buku juga merupakan aktiviti yang sangat baik dan sihat untuk menambah pengetahuan anak-anak anda. Diilhamkan untuk mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan, anak-anak anda pasti berasa seperti dirumah dengan bahan-bahan dan aktiviti yang ada di Popular!

Terletak di LG1.123.

3. Smiggle

Berwarna-warni, funky dan menarik, mestilah SMIGGLE! Tambah stok alat tulis anak anda dengan koleksi berwarna-warni daripada Smiggle. Pasti anak-anak rasa lebih bersemangat nak belajar dan siapkan kerja sekolah mereka nanti!

Terletak di LG1.69. 

4. AEON & PARKSON

Bakal siap sepenuhnya tak lama lagi, cawangan AEON & Parkson di Sunway Pyramid telah diperbaharui agar kelihatan lebih luas , cerah dan menyeronokkan untuk para pengunjung membeli-belah! Anda pasti akan rambang mata dengan pelbagai seleksi pakaian dan kelengkapan rumah yang dijual di dua kedai utama ini! 

AEON terletak di F2-80.Parkson terletak di G1. Parkson, LG1.Parkson, & LG2.Parkson.

Untuk fesyen bayi, ibu-ibu juga boleh membeli-belah untuk anak-anak anda di Poney, The Baby & Kiko, Up to Eight, Mango, Padini, H&M, Cotton On Kids, Bata Kids (pembukaan tidak lama lagi), Bata, Terranova Kids dan banyak lagi!

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN UNTUK KELUARGA

1. APT Professional Salon

Sebagai salah satu salon rambut terkemuka di Malaysia, salon APT Professional merupakan salon sehenti untuk anda seisi keluarga. APT Professional Salon menyediakan kerusi berbentuk kereta yang mesra kanak-kanak untuk menghiburkan hati anak kecil semasa rambut mereka didandan. Anak-anak anda pasti lebih leka dan tenang semasa rambut mereka digayakan oleh penggaya rambut yang bertauliah.
Terletak di F1.AV.03.

2. A Cut Above Salon

Kanak-kanak lelaki mahupun perempuan pasti akan bergegas ke salon A Cut Above kerana mereka bakal ‘disambut’ dengan watak-watak kartun yang comel! Selain itu, anak-anak kecil juga bakal dihiburkan dengan pelbagai cerita kartun menarik semasa stylist menggayakan rambut mereka! 

Terletak di G1.110.

Sebenarnya, terdapat lebih banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan di pusat membeli-belah Sunway Pyramid yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Apa kata ajak suami dan anak-anak ke Sunway Pyramid, dan nikmati segala aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga tersayang hari ini! 

SUNWAY PYRAMID SHOPPING MALL

3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,

47500 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03 – 7494 3100

Website: www.sunwaypyramid.com