KelabMama

‘Suami Yang Baik’- Tiktok Syed Saddiq Jadi Perhatian

Tak dinafikan, impian setiap wanita untuk mendapatkan suami yang sempurna – yang lembut lagi manja, yang setia dan bertanggungjawab, yang baik budi pekertinya. Bukan tu je, “suami sempurna” juga seorang yang sentiasa membantu buat kerja rumah, terutama dari segi membersihkan rumah, menjaga anak-anak, melakukan kerja-kerja berat dan juga boleh memasak untuk keluarga. Tu adalah ekstra bonus! Betul tak?

Baru-baru ni, tiga ahli politik Malaysia yang terkenal – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh – berbincang mengenai topik menjadi suami yang baik dan sempurna di media sosial dan ia segera mencetuskan minat ramai netizen. Kreatif juga mereka ni ye!

Pengasas Muda itu mula ‘demam’ TikTok bermula bulan Jun yang lalu dan melalui post itu seolah-olah dia dah tahu cara yang boleh membuatkan bakal isterinya gembira. Wah, bagusnya dah study awal-awal dengan bantuan 2 rakan seperjuangannya. Siapalah wanita yang bakal menjadi suri dihatinya kan? Beruntung badan.

Parliament season back on and this is me listening to most important advice from 2 superwomen of Malaysia. Ok I’m all ready now!

Kata Syed Saddiq di caption laman instagramnya.

Antara petua yang diberikan oleh kedua-dua rakan seperjuangannya untuk menjadi suami yang baik adalah:

Sebagai seorang lelaki yang suka bersukan seperti dia, Syed Saddiq mengambil maklum tips ini dan melakonkannya bersama kucing kesayangannya.

Video TikTok ni telah meraih lebih 90k likes di akaun rasminya dan ramai peminatnya puji sikapnya yang sentiasa mengikuti trend untuk berkomunikasi lebih dekat dengan golongan belia.

Kalau Mama Papa nak tahu, aplikasi TikTok ni mempunyai lebih daripada 175 juta muat turun sehingga Ogos 2020, menjadikannya salah satu aplikasi yang paling bergaya di abad ni.

Di awal kewujudannya bermula sebagai video tarian je tapi sekarang, ia menampilkan pelbagai kategori lain seperti dekorasi rumah, resipi, pendidikan, keibubapaan, kesihatan, dan banyak lagi!

Tak dinafikan ramai Mama Papa yang risau dengan peningkatan aplikasi media sosial ni tapi kita boleh menggunakannya ke arah kebaikan dan menggunakannya dengan betul. Paling utama sekali kita sebagai Mama Papa haruslah memantau anak-anak di media sosial.

Akhir sekali, Mama Siti nak kongsikan doa meminta pasangan yang baik. Semoga membantu!

BACA JUGA PANDUAN BELI SAYUR BUAT SUAMI MASA PKP

Pesan Mama Siti

Semua mencari yang sempurna walaupun hakikatnya tak ada manusia yang sempurna. Tapi kita boleh cuba menjadi yang terbaik dan menyempurnakan ketidaksempurnaan itu. Haa kemain ye ayat Mama Siti hehe. Tapi betul ke tak apa Mama Siti cakap tu? Mama Siti doakan mereka yang belum bertemu jodoh tu semoga ditemukan dengan jodoh yang baik-baik. Semoga doa yang Mama Siti kongsikan ni membantu ye 🙂