KelabMama

Sticker Senjata Rahsia Perkembangan Anak

Sticker Senjata Rahsia Perkembangan Anak

Tiap kali ke DIY atau mana-mana kedai buku, pasti cepat saja tangan si kecil mencapai sticker diatas rak.Kalau nak diikutkan penuh dah peti ais, dinding rumah Mama Siti dengan sticker. Kadang tu sampai laptop dan beg tangan pun dilekatnya. Nak marah, terus tak jadi sebab dah banyak sangat…

Tapi menurut seorang bapa kepada dua orang anak, Najmi Nawawi, beliau menegaskan yang sticker ni ada banyak manfaatnya terhadap perkembangan anak-anak. Apa manfaatnya? Ha jom la kita skrol lagi ke bawah.

Kenapa Anak Suka Main Sticker?

Anak suka main STICKER? Ianya satu benda yang tersangat bagus. Lagipun sticker bukanlah mahal. Aku biasa beli dekat DIY memang harganya tersangat murah, seringgit pun ada dan boleh dapat banyak terus.

Aku masih ingat kata salah seorang Occupational Therapist kami, katanya sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.

Ramai ibu bapa yang masih belum mengetahui kelebihan stiker terhadap perkembangan kanak-kanak.

1. Bagus Untuk Motor Halus

Bukan senang untuk cabut stiker yang melekat dekat plastik itu. Hujung jari yang halus itu diperlukan untuk memastikan stiker berjaya dicabut dengan sempurna. Bahkan untuk sesetengah anak, ianya sangat sukar walaupun nak pegang hujung kertas yang nipis.

Itu belum lagi kita bercerita tentang saiz-saiz sticker yang kadang-kadang itu tersangat kecil, sampaikan orang dewasa pun belum tentu boleh cabut.

2. Koordinasi Tangan

Semestinya, sebab anak akan gunakan kedua-dua tangan mereka untuk membuka sticker. Satu tangan untuk pegang buku stiker dan satu lagi untuk cabut stiker. Ini ialah satu latihan yang sangat baik untuk koordinasi tangan kiri dan kanan. Tangan dominan dan tangan kedua mereka agar dapat berkoordinasi dengan sempurna.

3. Kemahiran Visual Meningkat

Kemahiran visual diperlukan untuk kemahiran seperti membaca, menulis, dan melihat keadaan sekeliling.

Bukan semua stiker yang dibeli akan diminati anak kita. Katakan kita beli buku stiker yang ada dekat DIY tadi, pastinya anak akan scan satu per satu terlebih dahulu sebelum membuat pilihan stiker mana yang mahu dimain. Kalau ada stiker, jenis yang kena padankan seperti pilihan warna dan bentuk pastinya lebih membantu mempertingkatkan daya visual anak-anak.

4. Eksplorasi Daya Sensori

Stiker datang dengan kepelbagaian jenis dan tekstur. Ada yang jenis kembung dan licin, ada yang jenis rata dan kasar, ada juga yang jenis manik-manik dan macam-macam lagi. Setiap daripada semua jenis ini dapat membantu anak-anak belajar mengenal semua tekstur yang ada dan seterusnya membantu perkembangan daya sensori dengan baik.

5. Kiri dan kanan

Bermain stiker mengajar kanak-kanak mengenal bahagian kiri dan kanan anggota badan.

Anak-anak biasanya perlu ambil masa untuk belajar kenal yang mana kiri dan yang mana kanan. Itu yang sampai kasut pun boleh tertukar kasut kiri dan kasut kanan. Dengan sticker, kita dapat bantu mereka kenal dan bezakan kiri dan kanan. Contoh, tampal satu sticker di pipi kiri, dan satu lagi di pipi kanan. Tampal juga satu stiker di tangan kiri dan lagi satu sticker di tangan kanan. Begitulah mereka akan belajar mengenal kiri dan kanan.

Selain daripada lima yang aku huraikan ini, sebenarnya ada banyak sangat lagi kelebihan kalau bagi anak main sticker. Seperti dapat membantu anak dengan kemahiran membaca, menyusun, berbahasa, kreatif, inovatif, keyakinan diri, sosial, dan macam-macam lagi.

p/s : Jangan pandang rendah terhadap kelebihan bermain sticker! Ala kita yang dewasa ini pun suka main sticker dekat fb komen tu apa.

Sumber: Najmi Nawawi

BACA JUGA SI KECIL SUKA MELUKIS & CONTENG MEMPUNYAI EMOSI YANG LEBIH TENANG

Pesan Mama Siti:

Hmm… Ingatkan anak main sticker, lekat sana, lekat sini, kononnya nak jadi interior designer tak bertauliah. Rupanya ada manfaat di sebalik stiker seringgit dua ni rupanya. Ha, buat ibu bapa di luar sana, kalau anak minta dibelikan stiker, beli sajalah. Ni dah ada bukti otak anak mama berkembang time main stiker. Jadi apa salahnya kita ikut kehendak si kecil kan?