KelabMama

‘Social Distancing’ Di Taska Dapat Perhatian

Taska Amalkan Social Distancing

Image from Nurrulakhira Azman

Ha, bukan kita je kena jaga ‘social distancing’ ini tapi semua rakyat Malaysia kena patuh juga termasuklah ‘social distancing’ di taska yang viral baru-baru ini. Terbaiklah! Mama Siti bersyukur sangat sebab semua orang makin sedar dengan kepentingan amalkan ‘social distancing’ ini.

Menurut Nurrulakhira Azman dari satu posting di akaun Facebook miliknya, dia kongsikan beberapa gambar di taska Ejazz yang mengamalkan penjarakan sosial ini. Yang lagi Mama Siti bangga, semua si manja di sana juga tertib dan dengar cakap teacher mereka!

‘SOCIAL DISTANCING’ DI TASKA

Kalau semua taska macam ini, memang lega lah hati mama papa semua kan. Nak pergi kerja pun tak lah nak risau sangat tinggal anak. Yelah, macam kita tahu, kanak-kanak sangat aktif, bukannya mereka faham lagi bahaya virus Covid-19 ini. Tapi bila dah tertib macam ini, fuhh… lega hati.

Mama Siti salute lah dengan alternatif yang diambil oleh teachers dan pihak pengurusan taska ini. Ha, benda macam inilah patut kita viral dan jadikan ikutan dan teladan, betul tak?

KUDOS‘ TASKA EJAZZ

Tengoklah macam mana teachers susun tempat duduk dan ruang bermain anak-anak kecil ini. Teratur dan mengikut SOP jarak 1 meter tau! Siap letak mainan di tempat masing-masing lagi. Mereka tak perlu bergerak ke sana, ke sini untuk mengambil mainan. Teacher dah sediakan siap-siap semuanya.

Pujian juga perlu diberikan kepada semua anak-anak ini. Berdisiplin je semuanya. Senang lah cikgu nak pantau dan kekalkan ‘social distancing’ mereka kan kalau macam ini.

Mama Siti harap benda baik yang macam ini makin menjadi ikutan orang ramai diluar sana. KKM pun dah keluarkan graf anggaran kes Covid-19 kalau kita semua tak patuh dengan SOP yang kerajaan keluarkan. Bukan nak takutkan mana-mana pihak, kita kena berjaga-jaga, kalau tak hm… kenalah hadap gelombang yang lebih dahsyat nanti.

Sumber: Nurrulakhira Azman

BACA LAGI CEGAH KLUSTER TASKA – INI LANGKAH WAJIB DIAMBIL SEPANJANG PKPB

Pesan Mama Siti

Jaga kebersihan, jaga jarak sosial, selalu basuh tangan dengan air dan sabun. Mama Papa semua perlu didik si manja untuk amalkan perkara-perkara ini supaya mereka biasa dan jadikan rutin kerana mereka adalah golongan berisiko; sistem imunisasi mereka belum kuat seperti kita semua.