KelabMama

Bukan Buah Je! Ini Senarai Snek Berkhasiat Untuk Kanak-kanak 3 Tahun ke Atas

snek berkhasiat untuk kanak-kanak di malaysia

Snek yang berkhasiat kanak-kanak bertujuan untuk menampung keperluan zat tubuh badan mereka bagi mencapai proses pertumbuhan yang optimum. Nutrien seperti protein, kalsium, vitamin D dan vitamin K2 diperlukan untuk menyokong pembentukan tulang dan mendapatkan tulang yang lebih sihat dan kuat.

Sejujurnya, artikel ini didorong oleh data yang dikongsikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mencatatkan masalah kanak-kanak terbantut di Malaysia adalah sebanyak 21.8 peratus pada tahun 2019.

Justeru, sebagai Mama dan Papa, kita hendaklah memastikan anak-anak memperoleh jumlah nutrisi yang sepatutnya agar tidak tergolong dari golongan bantut. Mama Siti ada kongsikan 10 snek berkhasiat yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak Malaysia.

10 Snek Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak 

#1 Bertih Jagung (Popcorn)

Kredit gambar: Freepik

Pada asasnya bertih jagung ialah jagung yang digoreng. Oleh itu, tidak hairanlah ia mengandungi khasiat yang sama seperti jagung. 

Selagi Mama tidak meletakkan perasa yang berlebihan, tiada masalah untuk menghidangkannya kepada kanak-kanak.

Apa yang penting, Mama perlu memastikan mereka sudah pandai menggigit dan menelan. Ini kerana, kebarangkalian tercekik mungkin boleh berlaku. 

#2 Kekacang

Kredit gambar: scientificamerican.com

Kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun digalakkan makan kekacang untuk menyokong pertumbuhan aktif mereka. 

Tambahan pula, kacang mengandungi kandungan serat yang tinggi dan dicadangkan sebagai alternatif bagi kanak-kanak yang belum berminat dengan sayur-sayuran. 

Nota: Suhu panggangan kacang hendaklah tidak melebihi 175°C untuk memelihara khasiat yang terkandung di dalamnya.   

#3 Keledek Bakar

Kredit gambar: cookieandkate.com

Keledek ialah salah satu sayuran yang kaya dengan beta-karotena. Beta-karotena ialah nutrien yang boleh ditukar kepada vitamin A oleh badan. Hasilnya, kulit dan mata menjadi lebih sihat. 

Cara-caranya adalah dengan memotong keledek seperti jejari. Kemudian, tuangkan minyak zaitun, dan garam. Bakar dalam ketuhar atau air fryer dengan suhu 220℃ selama 20 minit. 

#4 Energy Ball

Kredit gambar: modernhoney.com

Diperbuat hanya daripada nutrisi penting untuk perkembangan kesihatan kanak-kanak. Energy ball ialah snek yang dilengkapi dengan kandungan serat, protein dan antioksidan. 

Cara menyediakan energy ball di rumah adalah dengan campurkan bahan-bahan berikut: 

#5 Popsikel Buah-Buahan

Kredit gambar: thespruceeats.com

Snek ini ialah alternatif kepada popsikel di pasaran yang kebanyakannya mempunyai kadar sirap jagung fruktosa yang tinggi. 

Kisar buah-buahan dengan sedikit air. Kemudian, tuang adunan ke dalam acuan popsikel. Jangan lupa untuk masukkan batang popsikel sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan semalaman. 

#6 Saderi dan Mentega Kacang

Kredit gambar: healthyhappylife.com

Pada kebiasaaanya, kanak-kanak kurang berminat apabila dihidangkan dengan sayur-sayuran. Mungkin ini ialah peluang kita menarik perhatian mereka dengan mencecah saderi dengan mentega kacang. 

Kombinasi snek ini memberikan kebaikan serat, lemak dan protein yang bukan sahaja menyihatkan tetapi juga mengenyangkan. 

#7 Dadih

Kredit gambar: dearnestle.com.my

Dadih juga boleh dijadikan snek berkhasiat untuk kanak-kanak. Di samping itu, tekstur dadih yang kenyal boleh dimanfaatkan sebagai sesi pendedahan rangsangan montessori (montessori stimulation). 

Dadih ialah sejenis snek yang mengandungi protein, vitamin, kalsium dan rendah kandungan lemak. Tambahan pula, dadih lebih mudah dihadam berbanding susu dan menyihatkan usus serta mampu mencegah jangkitan kuman. 

#8 Biskut Oat Pisang

Kredit gambar: kitchensanctuary.com

Snek biskut daripada oat dan pisang? Wah, sepertinya menarik idea ini. 

Rasa manis daripada pisang dapat menggantikan fungsi gula buatan. Umum diketahui, pengambilan gula buatan berlebihan mendorong kepada penyakit kardiovaskular (jantung), obesiti dan diabetes (kencing manis).

Jika Mama ingin mencuba menyediakan biskut oat pisang bersama-sama anak Mama, ikut sahaja resepi dibawah ini. 

Bahan-bahannya:

Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kemudaian, letakkan satu sudu adunan biskut ke dalam loyang yang telah diminyakkan dan bakar selama 15–20 minit pada suhu 350°F (175°C).

#9 Rumpai Laut

Kredit gambar: yummly.com

Mama Siti pertama mengenali produk berkaitan rumpai laut semasa di sekolah menengah. Walaupun secara peribadi Mama Siti agak kurang menggemarinya tetapi tidak dinafikan snek rumpai laut yang rangup ini mempunyai rasa semulajadi yang unik. 

Malahan ianya juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral utama yang menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanak sihat dan kuat.

#10 Biskut dan Keju

Kredit gambar: nytimes.com

Pertama sekali, Mama dapatkan biskut yang diperbuat dari bijian penuh atau dari sumber kekacang. Kemudian, letakkan keju di atas biskut. 

Hidangan snek ini menyediakan sumber serat dan nutrisi untuk kanak-kanak. Tambahan pula, ianya sangat mudah disediakan. 

Pengambilan snek yang berkhasiat untuk kanak-kanak mestilah mengandungi banyak kebaikan untuk tumbesaran mereka, berbanding sebagai makanan tambahan sahaja. Elakkan anak-anak Mama dari menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang tergolong dalam kumpulan bantut.

Peratusan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat membimbangkan dan disebabkan itulah, Mama Siti kongsikan 10 idea snek berkhasiat terbaik dan sesuai untuk kanak-kanak di Malaysia.

Marilah kita sama-sama memastikan kanak-kanak di Malaysia mencapai tahap tumbesaran yang optimum dengan menyediakan snek berkhasiat untuk mereka.


Dapatkan info mengenai kesihatan kanak-kanak di SINI.