KelabMama

Senarai Snek Bayi Yang Berkhasiat & Terbaik ( + Resepi Disediakan)

snek bayi yang berkhasiat, 6 bulan ke atas

Apabila bayi sudah memasuki usia 6 bulan dan ke atas, Mama sudah boleh berikan solid foods seperti puree, bubur, snek bayi, dan sebagainya.

Usia 6 bulan dianggap paling sesuai oleh pakar kesihatan kanak-kanak kerana perut dan buah pinggang mereka sudah cukup ‘matang’ untuk memproses makanan pejal (solid food).

Namun begitu kita tidak boleh memberi sembarangan makanan kepada anak-anak. Mama mesti memastikan makanan seperti snek bayi bebas dari bahan perasa tambahan termasuklah gula dan garam.

Mama Siti ingin berkongsi enam snek bayi paling dicadangkan untuk usia 6 bulan ke atas. Semestinya banyak khasiat dan pelbagai jenis snek bayi.

Snek Bayi Sesuai Dimakan Dari Umur 6 Bulan

#1 Korean Kemy Kids Bebe Grain Baby Snacks

Kredit gambar: motherhood.com.my

Didatangkan dengan variasi rasa pisang dan blueberry. Dicipta khas sebagai snek bijirin yang tinggi kalsium. Keperluan kalsium sangat penting dari bayi baru lahir lagi.

Tambahan pula, ianya ditanam dan dituai tanpa menggunakan sebarang racun perosak. Apabila bayi mula mencapai umur 6 bulan, Mama dah boleh berikan snek dari jenama Korean Kemy ini.

BELI DI SINI: Motherhood.com.my

#2 FARM TO BABY Organic Rice Puffs Rainbow Chips

Kredit gambar: Shopee

Keistimewaan snek bayi ini ialah ia tidak digoreng menggunakan minyak sebaliknya diproses menggunakan kaedah ‘prumping heat’ dan tekanan. Sesuai dimakan untuk bayi 6 bulan ke atas.

Tekstur snek ini persis seperti biskut beras. Bayi mama memperolehi khasiat dari buah-buahan sebenar melalui pisang dan blueberry.

BELI DI SINI: Motherhood.com.my

#3 Jejari Kentang

@little.e21

Resepi jejari kentabg sesuai untuk baby 7 bulan ke atas #mylittleE #babyfood #babyfoodrecipes #7months @nuyucuma

♬ Cooking – LightTown

Snek jejari kenting boleh disediakan sendiri oleh Mama tau. Resepinya cukup mudah hanya dengan tiga bahan sahaja. Tambahan pula, kentang baik untuk proses pencernaan bayi kerana memiliki kandungan serat yang tinggi.

Resepi Jejari Kentang (khas untuk bayi 8 bulan ke atas):

  1. Lenyekkan kentang dan lobak merah yang telah direbus bersama-sama.
  2. Seterusnya, tambahkan tepung jagung. Tepung jagung bertujuan untuk memudahkan kentang dibentuk.
  3. Sekarang jejari kentang telah sedia untuk digoreng.

#4 Jejari Roti

Resepi snek bayi paling mudah disediakan dan tak ambil masa lama pun. Elok lah kalau Mama nak jadikan snek jejari roti sebagai kudapan anak-anak di taska atau rumah pengasuh.

Khasiat dalam roti itu sendiri kaya dengan serat (fiber), vitamin A yang baik untuk mata, vitamin E, zat besi untuk tumbesaran bayi.

Resepi Jejari Roti

Bahan-bahan

Cara-cara

  1. Sediakan satu bekas bancuhan tepung cair dan satu bekas lagi untuk bancuhan tepung kering. Ini tips untuk dapatkan masakan bergoreng yang rangup.
  2. Kedua, celup jejari roti dalam tepung cair selepas itu lapiskan pula dengan tepung kering dan barulah dimasukkan ke dalam kuali panas.
  3. Apabila sudah agak kekuningan, angkat dan saringkan minyak. Lanjut jejari roti kita telah sedia untuk dihidangkan.

#5 BB King Kong Gerber Lil Crunchies Garden Tomato 

Kredit gambar: Shopee

Snek bayi yang diperbuat daripada jagung yang dibakar. Ternyata ianya sangat berkhasiat. Dikatakan dalam setiap hidangan terdapat 2g bijirin, zat besi dan vitamin E. Lebih baik lagi, snek bayi ini tidak ada sebarang perasa tiruan.

Jika bayi Mama berumur 8 bulan dan ke atas, tiada masalah untuk memberikan snek dari BB King Kong kepada mereka. Mereka pasti sangat menyukai rasa dan teksturnya.

BELI DI SINI: Motherhood.com.my

#6 Happy BABY Organic Snackers

Kredit gambar: camybabyland.com.my

Teringin nak bagi anak Mama rasa ‘savoury‘ tapi tak nak letak garam atau gula. Inilah snek yang Mama perlu cuba. Snek ini sesuai untuk bayi sejak usia mereka 6 bulan lagi.

Snek berkhasiat tanpa perasa tiruan, tambahan garam dan bebas gluten baik untuk perkembangan fizikal bayi seiring dengan keperluan nutrisi yang sangat penting ketika usia ini.

Selain berkhasiat ia juga menggalakkan anak belajar makan sendiri dengan bentuk snek yang unik seperti huruf X dan O.

BELI DI SINI: Motherhood.com.my

Kredit gambar: Freepik

Kita perlu selalu berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan kepada bayi. Jangan disebabkan terlalu teruja anak sudah mulai pandai makan makanan pejal, kita berikan sahaja kemahuannya.

Sebaliknya kita lah yang mengawal sumber khasiat dan nutrisi anak-anak. Makanan yang Mama Siti senaraikan ini telah diyakini tiada perasa tambahan. Tambahan pula ia dilengkapi dengan bahan kandungan yang menyumbang kepada perkembangan positif kesihatan anak-anak.


Untuk pelbagai pilihan biskut dan makanan si manja yang lain, klik SINI!