KelabMama

Sistem Pendidikan Baharu Buat Mama Papa Keliru dengan Penilaian Pembelajaran Anak-anak

sistem TP sekolah rendah

Result anak-anak cemerlang tapi kenapa tak tercalon untuk penerimaan anugerah? Ramai Mama Papa yang tertanya-tanya dan masih lagi keliru dengan sistem pendidikan sekolah yang baharu ni.

Maklumlah sekarang UPSR dah dimansuhkan jadi grading semua berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) yang dilakukan oleh cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak. Penilaian ni bukan berdasarkan markah je tau, semua penglibatan anak-anak akan di ambil kira sama ada dalam atau luar kelas tau.

Mama Papa Kurang Faham Sistem Pendidikan Baharu

Kredit Gambar: Facebook Kio Khairul

Mama Siti tengok posting Facebook Kio Khairul, bercerita tentang pencapaian anak perempuannya yang baru je masuk darjah satu di sebuah sekolah kebangsaan.

Pada mulanya, beranggapan bila tiada UPSR ni dapat memudahkan anak-anak untuk belajar dan penilaian mereka pula akan dilakukan berdasarkan sistem Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PTD).

Tapi apabila menerima WhatsApp dari cikgu kelas anaknya tentang senarai nama pelajar yang tercalon dalam anugerah pencapaian terbaik ia menjadi tanda tanya kenapa anaknya tak tercalon sedangkan anaknya mendapat TP yang tinggi.

Kredit Gambar: Kosmo Digital

Setelah berjumpa dengan cikgu kelas anaknya, terjawab lah persoalan Papa ini. Walaupun anaknya selalu mendapat TP yang tinggi tapi disebabkan anaknya kurang menyerlah dalam kelas dan tidak aktif dengan aktiviti luar menyebabkan anaknya tak tercalon.

Kredit Gambar: Facebook Kio Khairul

Mama Papa bukan setakat keliru dengan penilaian yang diberikan, malah nak tolong ajar anak-anak dekat rumah pun buntu sebab kurang faham dengan cara markah dan penilaian yang diberikan.

Rata-rata di komen ramai Mama Papa yang tak setuju dengan sistem baru ni, sebab kesian dekat anak-anak yang introvet ni. Mereka kurang pandai untuk berkomunikasi dengan cikgu dan kawan-kawan.

Ada jugak beberapa komen Mama Papa yang mahu UPSR diwujudkan semula supaya Mama Papa boleh lihat dengan jelas tahap pembelajaran anak-anak dengan mudah.

Anugerah Bukan untuk Menilai Akademik Sahaja

Kredit Gambar: mommy’s diary of life

Kalau zaman kita dulu exam dapat markah tinggi kira dah dapat nombor satu kan, tapi sistem sekarang sangat berbeza dengan dulu.

Tak cukup sekadar pandai dalam bidang akademik je, anak-anak perlu aktif dalam kelas tak boleh jadi pendiam, kena join sukan atau program sekolah.

Kredit Gambar: Facebook Kio Khairul

Kadang-kadang mereka ni cakap banyak je, cuma Mama Papa selalunya akan pesan untuk fokus dalam kelas dan larang anak-anak untuk bercakap banyak di sekolah supaya mereka behave depan cikgu-cikgu. Tapi sebenarnya, itu yang cikgu-cikgu akan menilai mereka.

Ada jugak Mama Papa yang kurang galakkan anak-anak join sukan risau pelajaran anak-anak terganggu, kalau dulu mungkin boleh, tapi sekarang Mama Papa perlu galakkan anak-anak supaya akademik dan kokurikulum mereka seimbang.

Sayanglah kalau anak Mama Papa bijak tapi kalau tak aktif kokurikulum akan buatkan anak-anak kurang dapat pencapaian. Lebih-lebih lagi sekarang dah tak ada UPSR hanya bergantung pada TP yang diberikan berdasarkan penilaian oleh cikgu-cikgu.

Cuma bila sistem pendidikan sekolah dah diubah Mama Papa perlu lebih pantau pelajaran dan faham dengan sistem yang baharu ni, supaya dapat membantu cikgu jugak untuk meningkatkan pencapaian anak-anak Mama Papa.

Good luck Mama Papa dalam era sistem pendidikan baharu yang semakin mencabar bukan hanya anak-anak tapi kepada Mama Papa jugak.


Dapatkan lebih banyak informasi terkini dari Kelab Mama di SINI.