KelabMama

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Mencatat Jumlah Pembedahan Tulang Belakang Robotik Ke-100 dengan Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang AiBLE™

Pembedahan Robotik Tulang Belakang AiBLE™

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, mencatat pembedahan tulang belakang robotik Suite Pembedahan Robotik Tulang Belakang AiBLE™ yang ke-100.

Teknologi ini, yang dilancarkan di SMC pada Februari 2025, merupakan generasi baharu sokongan berpandukan robotik untuk pembedahan tulang belakang, yang memberikan ketepatan, konsistensi, dan kecekapan.

Pencapaian ini membuktikan minat klinikal yang tinggi, dan mengukuhkan kedudukan SMC sebagai pengguna awal AiBLE™ di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dr Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, berkata bahawa pembedahan tulang belakang robotik ke-100 ini adalah bukti kebolehan, kolaborasi dan kemajuan teknologi yang dicapai oleh pasukan pelbagai disiplin di Pusat Pembedahan Robotik dan Pembedahan Invasif Minimum hospital ini.

Kredit Gambar: Sunway Medical Centre

“AiBLE™ yang diintegrasikan dengan sistem pengimejan MRI dan CT terbaru membantu kami meningkatkan lagi kelengkapan yang tersedia untuk pakar klinikal kami dalam merawat kes tulang belakang yang kompleks. Pencapaian ini merupakan cerminan komitmen pasukan SMC, dan kami akan memperkukuh asas tersebut demi meneruskan kemajuan inovasi, kecemerlangan klinikal, serta kepuasan pesakit yang positif,” tambah beliau.

Suite ini digunakan untuk menyokong perancangan pembedahan serta navigasi semasa prosedur tulang belakang.

Dengan penyelesaian tulang belakang bersepadu ini, pakar bedah dilengkapi dengan perancangan tiga dimensi yang terperinci sebelum pembedahan, dan panduan masa nyata semasa prosedur.

AiBLE™ juga direka untuk meningkatkan ketepatan penempatan implan1, invasif minima, mengurangkan komplikasi intraoperatif dan selepas pembedahan2, serta mengurangkan pendedahan radiasi3.

AiBLE™ adalah sebahagian daripada inisiatif SMC untuk terus meningkatkan akses kepada penjagaan tulang belakang berkualiti bagi semua rakyat Malaysia.

Selaras dengan pencapaian ini, SMC baru-baru ini diiktiraf dalam ranking Hospital Pintar Terbaik Dunia 2026 oleh Newsweek, di mana ia disenaraikan di peringkat antarabangsa dan menduduki kedudukan teratas di Malaysia.

Senarai ini mengiktiraf hospital-hospital yang menerajui penggunaan teknologi, seperti kecerdasan buatan (AI), pengimejan digital, dan robotik, bagi meningkatkan penjagaan pesakit.

SMC baru-baru ini meraikan pencapaian tersebut dan mengetengahkan peranan teknologi dalam meningkatkan penjagaan pesakit. SMC juga merupakan hospital swasta yang pertama di Malaysia yang mencapai tiga akreditasi utama di peringkat hospital.

Ini termasuk The Gold Seal of Approval, Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) dari Amerika Syarikat, Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Australia (ACHSI), dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).

Rujukan

  1. i Hyun SJ, Kim KJ, Jahng TA, Kim HJ. Minimally invasive robotic versus open fluoroscopic-guided spinal instrumented fusions. Spine (Phila Pa 1976) 2017;42(6):353–8.
  2. Fan Y, Du J, Zhang J, Liu S, Xue X, Huang Y, Zhang J, Hao D. Comparison of Accuracy of Pedicle Screw Insertion Among 4 Guided Technologies in Spine Surgery. Med Sci Monit. 2017 Dec 16;23:5960-5968.
  3. Lieberman IH, Hardenbrook MA, Wang JC, Guyer RD. Assessment of pedicle screw placement accuracy, procedure time, and radiation exposure using a miniature robotic guidance system. J Spinal Disord Tech 2012;25(5):241–8.

Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa DI SINI!