KelabMama

Kesedaran Tentang Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)

Jangan terperanjat jika fakta mengatakan bayi berusia bawah 12 bulan turut mempunyai risiko tinggi untuk mendapat simptom kematian mengejut.

Kedengaran mustahil kerana biasa kita dengar insiden mati mengejut ini melibatkan orang berusia atau pun lebih berisiko kepada golongan warga emas.

Mati mengejut adalah suatu senario yang menyebabkan seseorang itu secara tiba-tiba kehilangan nyawa tanpa sebarang masalah kesihatan. Bagaimanapun, insiden ini turut tidak terkecuali kepada bayi dimana ia digelar Sudden Infant Death Syndrome atau SIDS.

Apa Itu SIDS?

Menurut laman web Hello Doktor, SIDS adalah kondisi kematian bayi yang tidak diketahui puncanya ketika bayi tersebut berumur kurang daripada setahun. Sindrom ini kerap dan banyak meragut nyawa bayi ketika mereka sedang tidur di tempat tidur mereka.

Walaupun masih tidak dapat dipastikan punca utama sindrom ini berlaku, para pengkaji telah menemui sindrom ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan kondisi otak bayi yang tidak normal. Ini kemudiannya akan menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas atau arousal ketika tidur.

Sementara itu, kajian dijalankan oleh Amerika Syarikat turut mengesahkan 95 peratus kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur enam bulan ke bawah dengan 60 peratus daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara dua hingga empat bulan. Walaubagaimanapun, pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian itu.

Ada diantara bayi yang dikenal pasti mengalami kerosakan pada bahagian otak kerana kekurangan bekalan oksigen, manakala kes berkaitan pula turut dikaitkan dengan masalah sistem imunisasi dan gangguan metabolisme.

Namun apa yang kita faham, normally bayi yang kekurangan oksigen semasa tidur akan terjaga dan menangis, akan tetapi, perkara ini tidak berlaku kepada bayi yang mengalami masalah kerosakan di bahagian otak.

Bayi ini kurang atau tiada langsung mekanisme perlindungan untuk bertindakbalas sekiranya lemas sehingga menyebabkan mereka tanpa sedar mendapat kematian ketika tidur.

Punca & Tabiat Yang Mengundang SIDS

Menurut perkongsian oleh doktor pediatrik, Dr Redza Zainol, antara penyebab seseorang bayi mendapat SIDS adalah kerana:

1. Posisi tidur bayi dalam keadaan meniarap

Posisi tidur sebegini adalah merbahaya kepada seorang bayi kecil lantaran dikhuatiri lemas apabila wajahnya ditekup atas tilam. Malah, posisi ini juga tidak selamat sekiranya si kecil muntah susu kerana cecair itu berisiko untuk masuk ke saluran pernafasan sekaligus menyerang paru-paru. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman dan meragut nyawa si manja.

Beliau dalam Twitternya memetik “Sejak American Academy of Paediatrics membuat saranan pada tahun 1992 dengan tidak membenarkan bayi tidur dalam posisi meniarap, kejadian SIDS menurun kepada lima kes dalam setiap 10,000 bayi.”

2. Soft toys di keliling bayi

Kewujudan pelbagai barangan bayi bagi tujuan perhiasan di tempat tidur mereka sebenarnya adalah suatu yang merbahaya dan meningkatkan lagi kejadian SIDS. Bayi berisiko lemas apabila tempat tidur mereka mempunyai pelbagai barangan kecil yang ringan kerana berisko menghempap wajah mereka ketika tidur hingga menyebabkan si kecil gagal bernafas.

3. Bayi mengalami selsema

Kebanyakan bayi yang meninggal akibat SIDS mungkin sebenarnya mengalami selesema ketika saat kematian. Masalah pernafasan mungkin didalangi oleh infeksi pernafasan seperti selesema. Bayi yang mengalami kondisi ini juga berisiko tinggi terhadap serangan sindrom berkenaan.

Tips Untuk Mencegah SIDS

1. Letakkan bayi dalam posisi mengiring.

Sekiranya bayi baring secara terlentang, sebaiknya alaskan dengan bantal sedikit tinggi di kepala. Jika bayi muntah, ia dapat mengelakkan cecair tadi masuk ke saluran pernafasan dan pergi ke paru-paru.

2. Gunakan tilam yang leper dan padat.

Tilam yang bagus akan buatkan bayi tak tenggelam ke dalam bila diletak atas tilam tu.

3. Soft toys (patung binatang dan bantal tebal) tidak digalakkan diletak berdekatan bayi yang tidur.

Ia boleh jatuh dan menutup hidung bayi.

4. Elakkan tidur bersama bayi.

Dicadangkan agar bayi tidur di tilamnya atau di kot (baby cot) sendiri. Terdapat kes ibu bapa tidur bersama bayi dan terhempap anak mereka semasa tidur.

5. Jangan merokok berdekatan bayi.

Bayi yang hidu asap rokok, lebih berisiko untuk dapat SIDS.

6. Teruskan menyusu dengan susu ibu.

Bayi yang menyusu badan, risiko SIDS adalah lebih rendah.


Untuk dapatkan pelbagai info dan tips keibubapaan, anda boleh klik di SINI!