KelabMama

Ini 6 Perkara Yang Mama Harus Take Note Jika Dikurniakan Bayi Sindrom Down

Anak semestinya rezeki dan amanah pada Mama dan Papa, tidak kira sempurna atau tidak. Sesetengah ibu bapa mempunyai risiko untuk mendapat bayi Sindrom Down. Terdapat banyak faktor mengapa ada antara bayi yang dilahirkan dalam keadaan ini.

Menurut MyHealth KKM, Sindrom Down adalah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21, yang terdapat pada seorang kanak-kanak.

Untuk pengetahuan Mama, nisbah kejadiannya ialah satu dalam setiap 800 kelahiran. Jika ibu hamil berumur, risiko untuk mendapat anak Sindrom Down akan menjadi lebih tinggi.

Sempena Bulan Kesedaran Sindrom Down, ini adalah senarai tips-tips ringkas tentang apa yang perlu Mama tahu untuk membesarkan kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down ini.

6 Tips Berguna Untuk Menjaga Anak Sindrom Down

#1 Sediakan Makanan Yang Berkhasiat

Bayi Sindrom Down memerlukan banyak pertolongan. Kalau Mama nak tahu, otak bayi merangkumi 60% lemak.

Menurut Pakar Pediatrik, adalah bagus untuk memberi avokado untuk si manja bermula 6 bulan ke atas dan ikan salmon pada umur 7 bulan.

Yang paling penting, Mama harus memastikan anak sindrom down Mama mengamalkan diet bebas daripada perisa tiruan kerana mereka mempunyai sistem saraf yang sensitif.

#2 Pastikan Anak Sihat Bertenaga

Selalu diingatkan bahawa masalah obesiti adalah sangat popular dalam kalangan kanak-kanak Sindrom Down.

Obesiti ini akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit lain, seperti arthritis serta kencing manis. Betul, kebanyakan kanak-kanak tidak berupaya untuk kawal selera mereka.

Untuk mengimbangkan ini, Mama perlu mendedahkan anak Mama kepada aktiviti sukan secepat mungkin. Cuba cari aktiviti yang sesuai untuk mereka cuba.

Atau yang paling mudah, Mama dan Papa sendiri perlu aktif membawa mereka berjoging, beriadah di taman rekreasi dan sebagainya.

#3 Menyusu Badan Selagi Boleh

Bayi Sindrom Down kadang-kadang mempunyai masalah semasa menyusu dan akan menjadi agak lemah, sebab itulah mereka perlukan pertolongan ekstra.

Disebabkan susu ibu mempunyai banyak khasiat, susu ibu memainkan peranan yang besar dalam membantu tumbesaran minda mereka. So, Mama teruskan penyusuan selagi boleh!

#4 Cari Sekolah Yang Paling Sesuai Dengan Anak-anak

Ini sangat penting Mama untuk take note! Memang betul ada sekolah khas untuk kanak-kanak Sindrom Down dan mereka memerlukan layanan yang baik.

Walau bagaimana pun, guru-guru atau tenaga pengajar di sana tidak semestinya mempunyai belas kasihan yang sama.

Oleh sebab itu, Mama harus pilih dengan sekolah, tadika atau institusi pendidikan yang sesuai dengan anak Mama berdasarkan tahap keupayaan mereka.

#5 Cari Keistimewaan Mereka

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Mama boleh pin-point potensi mereka yang terbaik untuk serlahkan bakat mereka.

Siapa cakap kanak-kanak sindorm down tak boleh menyerlah seperti orang biasa? Lihat sahaja atlet paralimpik Malaysia yang berbakat dan dihormati ramai. Mana tau anak Mama juga boleh menjadi pelapis seterusnya?

Jangan risau Mama, anak-anak syurga sering mempunyai bakat yang unik dan terpendam. Biasakan memuji mereka apabila mereka menunjukan bakat mereka. Mesti mereka gembira dan teruja~!

#6 Sertai Support Group

Untuk menambah lebih banyak ilmu tentang menjaga anak-anak syurga, Mama dan Papa harus sertai kumpulan sokongan yang sering berkongsi tentang pengalaman, tips serta nasihat yang boleh membantu Mama dan Papa menjaga anak-anak mereka.

Ramai ibu kepada anak sindrom down, berpesan supaya jangan malu untuk dedahkan anak istimewa kita kepada keluarga, rakan-rakan serta jiran-jiran.

Mereka juga perlu berpengetahuan tentang penjagaan anak-anak kelainan upaya supaya di masa kelak jika ada kecemasan boleh la mereka tolong serba sedikit.

Kadang orang jakun sebab tak pernah tengok anak-anak macam ni, sebab tulah kita perlu bawak mereka berjalan dan tunjuk kepada dunia!


Untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang kesihatan anak-anak, boleh klik SINI.