KelabMama

Simptom Positif Covid, Banyak Prosedur Perlu Dibuat

Banyak langkah yang perlu diambil untuk kenal pasti sama ada mama ada simptom positif atau tak. Kalau mama atau ahli keluarga mama ada simptom COVID-19, mama atau ahli keluarga mama kena cepat-cepat pergi ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan. Jangan tunggu-tunggu lagi dah. Tapi jangan pula mama bawa sekampung ke klinik macam rombongan cik Kiah. Bahaya ramai-ramai ni sebab kat sana banyak je penyakit yang berjangkit. Lebih baik pergi sendirian atau bawa seorang je.

Untuk pengetahuan mama, nak detect positif COVID-19 ni bukanlah mudah. Nak dapat keputusan ni pun bukan dalam masa 5 atau 10 minit. Makan masa berhari-hari dan banyak prosedur yang perlu dilakukan oleh doktor.

Melalui perkongsian seorang petugas kesihatan, beliau berkongsi apa yang doktor akan buat kalau seseorang tu ada simptom COVID-19. Ingat, langkah ni bukan semudah ABC tau!

Prosedur yang akan dilakukan untuk kenal pasti simptom positif COVID-19

Doktor akan tanya beberapa soalan dahulu untuk kenal pasti simptom

A- Ada simptom tak? (demam/batuk /sakit tekak/susah nafas)

B- Ada baru balik dari luar negara tak?

C- Ada jumpa/tinggal dengan sesiapa yang sakit atau disyaki covid tak?

Kalau ada A dan (B atau C), baru doktor akan masukkan dalam wad dan ambil sampel.

Kalau ada B atau C sahaja, kami akan aturkan untuk ambil sampel tekak dan hidung di Hospital tertentu tapi anda perlu kuarantin.

Kalau takde A, B, C, takyah risau.. Jangan datang klinik ye kalau takde urusan.

Sample yang diambil akan makan masa 2 -3 hari

Selagi taktahu keputusan, yang ada simptom kena stay dekat wad, yang tak ada simptom kena kuarantin dekat rumah.

Sample kena ambil 2 kali

Sekiranya kedua-dua keputusan negatif, barulah anda dikira negatif covid. Tak perlu kuarantin. Yang kat wad pun boleh balik kalau stabil.

Tolong jangan cakap sembarangan kalau tak pasti

Contoh “saya rasa semalam saya jumpa jiran saya baru balik Italy, saya rasa dia positif covid laa”
Jangan main rasa-rasa. Kena pasti, baru cakap dengan doktor. Sebab kalau anda cakap sembarangan, doktor ni kena cepat2 asingkan awak dari orang lain, kena pakai ‘baju angkasawan’ yang harganya mahal untuk periksa awak. Tutup klinik sementara untuk pembersihan.

Jadi, jangan cakap sembarangan dan susahkan orang lain.

Kesimpulannya, bukan semua orang akan diambil sampel. Anda semua kena faham. Duduk rumah 14 hari ni tolong tambahkan ilmu kesihatan, jangan main game dan movie marathon sahaja.

Tolong pesan dekat ahli keluarga, kawan2, geng2 motor, geng2 bawang jangan pergi hospital/klinik kalau tiada urusan. Hanya pesakit sahaja pergi, tak perlu bawak seisi keluarga. Nanti lagi mudah dapat penyakit.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nur Izyan Hanisah

BACA JUGA INI PENYAKIT KEBIASAAN MENYERANG SI KECIL YANG MERISAUKAN IBU BAPA

Pesan Mama Siti

Mama Siti harap dengan apa yang Mama Siti beritahu ni, buka mata korang semua. Tolong jangan ambil mudah pasal COVID-19. Sekarang ni, duduk rumah elok-elok ya. Jaga kebersihan dan cuci tangan selama 20 saat. Tidak dilupakan juga buat FRONTLINERS kita yang bertugas membasmi wabak ini.