KelabMama

10 Perkara yang Boleh Mengeratkan Hubungan Silaturahim dalam Keluarga

silaturahim dalam keluarga

Penting menjaga hubungan silaturahim dalam kekeluargaan. Bukan sahaja hubungan antara anak-anak malah, kepada mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan dan jiran tetangga.

Mama Papa perlu mendidik anak-anak, supaya dapat mengecapi keluarga yang bahagia dan harmoni. Hubungan kekeluargaan yang erat dan utuh akan dapat membangun keluarga yang bahagia.

“Tidak masuk syurga orang yang memutus keluarga”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hubungan Silaturahim Sesama Ahli Keluarga Pasti Lebih Erat Dengan 10 Cara Ini

1. Solat Berjemaah

Kredit Gambar: Harian Metro

Melakukan solat secara berjemaah ialah satu cara yang terbaik untuk mengeratkan silaturahim. Mama Papa sama-sama mengajak unuk solat berjemaah dengan anak-anak dan juga apabila berkumpul bersama dengan family besar.

Lagi-lagi bila selesai solat kita sama-sama berdoa dan bersalaman antara satu sama. Dengan melakukan cara ini hubungan kekeluargaan akan lebih diberkati oleh Allah SWT.

2. Makan Bersama Keluarga

Kredit Gambar: SAYS

Time malam Mama Siti rasa waktu yang sesuai untuk sama-sama berkumpul kan. Kalau siang hari masing-masing dengan urusan sendiri, jadi bila malam ni semua orang dah free kan.

Jadi waktu ni boleh lah sama-sama menikmati makan malam. Time ni juga lah nak bercerita atau berbual tentang kehidupan masing-masing.

Selain tu, menghadiri majlis keraian, kenduri supaya hubungan tidak terputus dan hormoni. Anak-anak juga dapat mengenali keluarga yang lain.

3. Peranan Mama Papa

Peranan Mama Papa dalam mengeratkan hubungan dalam keluarga ni sangat penting.

Mama Papa jangan mengabaikan anak-anak dan yang paling penting sekali perlu elakkan dari sikap berat sebelah. Layan semua anak-anak dengan sama rata supaya mereka tak rada dipinggirkan.

Selain tu, Mama Papa tunjukkan contoh hubungan yang baik sesama sendiri dan banyak meluangkan masa dengan mereka juga.

Ajak anak-anak untuk ikut serta dalam apa-apa majlis keluarga, sama ada keluarga yang jauh atau dekat. Apa bila anak-anak diterapkan ajaran ini pasti sehingga dewasa mereka akan terbiasa untuk berkumpul dengan keluarga dan seronok.

Dengan cara ni barulah kasih sayang serta hubungan silaturahim yang erat akan terjalin.

4. Melakukan Aktiviti Bersama-sama

Lakukan aktiviti bersama-sama tak kira lah dengan family kecik Mama Papa atau dengan family besar. Tips ini dapat mengajar anak-anak untuk bergaul dengan family dan sekali gus hubungan silaturahim dengan yang lain akan lebih erat.

Seperti join family day, selalunya dalam family day akan ada aktiviti yang akan dilakukan bersama. Jadi, inilah peluang untuk bertegur sapa dengan keluarga yang lain.

Selain tu, pada waktu lapang atau time musim cuti sekolah, Mama Papa Mama Papa ajaklah anak-anak pergi bercuti. Ni juga dapat eratkan hubungan Mama Papa dengan anak-anak juga.

5. Meraikan Hari Penting

Seterusnya, meraikan hari penting ahli keluarga bersama. Situasi ini boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk tunjukkan penghargaan dan pentingnya kehadiran mereka dalam kehidupan kita.

Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai dan disayangi. Seperti happy birthday adik-beradik atau family yang lain atau meraikan hari konvekesyen mereka bersama.

6. Memberi Hadiah atau Buah Tangan

Dalam Islam pun sangat menggalakkan kita untuk sentiasa memberi. Ia nya dalam bentuk buah tangan ataupun hadiah. Jenama atau harga tak perlu dijadikan sebagai ukuran yang penting pemberian tersebut adalah secara ikhlas.

Seperti Mama Papa pergi bercuti di Langkawi then bawa balik coklat atau keychain dari sana untuk keluarga sebagai buah tangan dari sana. Time birthday pula berikan hadiah atau tunaikan apa-apa permintaan daripada mereka.

“Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.”

(Hadis Riwayat Thabrani)

7. Sentiasa Berkomunikasi dengan Keluarga

Walaupun kita berada di tempat yang jauh dengan keluarga ia bukan lah satu alasan untuk tidak berhubung. Lagipun teknologi sekarang sudah canggih kan?

Ada waktu lapang boleh buat video call dengan mereka. Nak hubungi dimana-mana pun boleh. Jadi bila berjumpa nanti tidak rasa kekok untuk berbual.

Ada WhatsApp, Facebook dan Instagram yang memudahkan kita untuk menghubungi mereka. Berbeza dengan zaman dahulu yang berhubung melalui surat saje.

8. Saling Menghormati antara Satu Sama Lain

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam hubungan ialah saling menghormati antara satu sama lain. Tidak semestinya perlu hormat pada yang tua saje malah, yang muda pun perlu dihormati juga.

Bukan hormat dari segi saje tapi hormat juga dari cara percakapan dan perbuatan. Supaya tidak ada yang tersinggung.

9. Menghargai Mereka

Mama Papa perlu didik anak-anak untuk bersyukur kerana mereka diberi adik-beradik. Ajarlah mereka mensyukuri apa yang ada dan membandingkan diri dengan mereka yang tidak mempunyai adik-beradik.

Jangan mengangap bilangan adik beradik yang ramai sebagai bebanan sebaliknya anggaplah kehadiran adik-beradik sangat memeriahkan dan tidak sunyi.

10. Memafaatkan Kesalahan yang Dilakukan

Perselisihan faham dalam kalangan adik-beradik merupakan satu situasi yang biasa berlaku. Hal sebegini, kalau boleh jangan dipanjangkan dan cepat-cepat selesaikan masalah tersebut sebelum berlarutan.

Cepat-cepat minta maaf dengan mereka dan memafaatkan kesalahan mereka. Terapkan dalam diriselalu bersangka baik dan bertolak ansur.

Kalau ada perkara yang dilakukan itu salah, tegurlah dengan baik dan lemah lembut.

Hubungan keluarga yang erat akan mengharmonikan suasana dalam keluargaan. Kita akan terasa keindahan dan kebahagiaan hidup jika hubungan silaturahim ini dipelihara.


Mama Papa dapatkan lebih banyak tips kekeluargaan yang berguna di SINI.