KelabMama

SIKAP ANAK ANDA DIWARISI ATAU DIBENTUK?

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dari awal kelahiran hingga mampu berdikari sendiri. Namun culas dalam mendidik dan membangunkan minda anak-anak, akan memberi kesan negatif kepada sikap dan perilaku. Persoalan kini, adakah sikap anak itu diwarisi atau dibentuk? Memahami personaliti anak ialah menggabungkan sifat yang membentuk karakter tersendiri seseorang individu. Adakah ianya diwarisi secara natural atau dibentuk?

 

SEMULA JADI DAN GENETIK

Persoalaan natural/nature ini ada kaintan dengan genetik. Ia melibatkan faktor kelahiran seseorang bayi itu. Nature pula menyebabkan individu berpersonaliti sedemikian disebabkan pengalaman hidup dan persekitaran. Sikap dan perilaku anak-anak boleh terbentuk sama ada secara semulajadi atau melalui persekitaran. Ya kedua-duanya sekali.

 

TIPS MEMBENTUK PERILAKU POSITIF PADA ANAK

Kalau bapa adalah seorang yang garang & panas baran, tidak mustahil anak yang dibesarkan itu juga akan jadi seorang yang pemarah dan baran. Genetik yang diturunkan pada si anak akan membentuk sifat tersebut. Ia akan ditambah pula dengan persekitaran dan pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Jadi, bagi membentuk sifat positif serta anak yang baik, ibu bapa harus tunjukkan teladan yang elok dan sikap yang positif terlebih dahulu.

Bahasa mudahnya, sesekali luangkan masa anda untuk berbual dan bertanya pada anak tentang perihal mereka. Ketika berdialog atau berbual, ikutlah kesesuaian pemikiran anak tersebut. Rendahkan suara dan pandai menarik perhatian mereka untuk ada two way communication. Usah borak dan tanya dengan panjang lebar. Lebih teruk lagi kalau ia perkara yang membosankan. Jika ada kata-kata nasihat, make sure nasihat yang diberikan haruslah secara direct. Straight to the point dan ikut kemampuan akal anak kita.

Rasulullah ada menjelaskan ada tiga waktu yang sesuai untuk tegur dan nasihatkan anak. Ketika dalam perjalanan ke suatu tempat, Semasa makan, Semasa anak sakit. Dalam waktu-waktu tersebut, anak-anak ini mudah untuk terima kata-kata dari ibu bapa mereka. Segala teguran dan nasihat akan mudah untuk mereka fokus dan ambil inti patinya.

Ibu bapa, tolong spend sedikit masa yang terluang untuk anak. Anak ini kalau dibiarkan tak tentu arah jadinya. Kita yang dewasa ini juga perlukan perhatian bukan? Sebenarnya, aktiviti yang disertai oleh kita dapat melatih pancaindera si anak. Ia juga dapat membantu mereka meniru sesuatu perkara yang diajarkan oleh anda ibu bapa. Sekiranya anak minat melukis dan mewarna, turunlah padang sekali sekala dan tunjukkan skill anda. Cara ini akan buat anak kagum dan memerhatikan gaya anda. Malah mereka akan belajar menirunya.

Dengan beraktiviti bersama-sama, ia akan melahirkan sifat ingin tahu kepada si anak. Contohnya seperti membuat kapal terbang kertas. Mereka, (anak-anak) akan teruja ingin tahu bagaimanan ibubapanya mencipta kapal terbang kertas tersebut.

 

 

 

 

 

 

Sumber:  info.gerobokanim.com