KelabMama

Sibuk Sepanjang Hari? Ini Masa Untuk Mama ‘Switch Off’

tanamera massage oil

Ada satu perkara pelik yang selalu berlaku selepas kita melalui hari yang sangat sibuk.

Sampai sahaja di rumah, kebanyakan perkara yang perlu dibuat pun sudah selesai. Dah tukar baju, dah bersihkan diri dan secara teorinya, tiada apa lagi yang menghalang kita daripada berehat.

Tapi entah kenapa… kita masih tak betul-betul berehat.

Ada mesej yang perlu dibalas. Nak scroll Instagram sekejap lagi. Tiba-tiba teringat ada satu perkara yang perlu diselesaikan untuk esok.

Tahu-tahu, masa yang sepatutnya digunakan untuk berehat dan menenangkan diri pun dah berlalu begitu sahaja.

Mungkin sebab kita sudah terlalu biasa berada dalam keadaan sentiasa ‘on’, sampai-sampai nak ‘switch off’ pun perlukan sedikit usaha.

Dan kadang-kadang, satu rutin kecil pun boleh membantu.

Daripada Sibuk Sepanjang Hari, Akhirnya Boleh Rehatkan Diri

Bagi Qaasrinaa (@qaasrinaa), ada hari-hari tertentu yang memang memerlukan sedikit masa untuk diri sendiri. Cara dia untuk meluangkan masa dan menenangkan diri? TANAMERA Massage Oil.

Percayalah, beberapa minit untuk diri sendiri pun boleh buat kita rasa jauh lebih lega.

Kadang-kadang, beberapa minit yang diperuntukkan untuk diri sendiri pun sudah cukup membuatkan perbezaan.

Peralihannya juga cukup sederhana daripada seharian berada di luar dan sibuk dengan pelbagai urusan, akhirnya memberi peluang kepada tubuh untuk berhenti seketika dan berehat.

Dan untuk menjadikan minyak urut sebagai sebahagian daripada rutin sebelum tidur, kita tak semestinya perlukan orang lain untuk membantu. Tak perlu buat janji temu, tak perlu keluar ke spa.

Cukup luangkan sedikit masa untuk diri sendiri.

Cari Ketenangan dalam Rutin Harian

Ziyupang (@ziyupang) pula memilih cara yang lebih ringkas untuk memperlahankan rentak selepas seharian sibuk.

Bagi melengkapkan rutin hariannya, dia menggunakan TANAMERA Clarifying Hibiscus Body Soap bersama Sniffles Essential Oil Roll-On, yang menjadi ‘saat-saat kecil untuk menenangkan diri’.

Rutin kecil ini mengingatkan kita bahawa untuk ‘switch off’, kita tak semestinya memerlukan sesuatu yang rumit.

Kadang-kadang, perkara kecil dalam rutin harian pun boleh menjadi ruang untuk kita menarik nafas dan menikmati sedikit masa yang tenang.

Mama Tak Perlu Tunggu Semuanya Selesai untuk Berehat

Kita sering menganggap rehat sebagai sesuatu yang hanya boleh dinikmati selepas semua urusan selesai.

Masalahnya, akan sentiasa ada satu lagi e-mel untuk dibalas, kerja rumah yang perlu dibuat atau perkara lain yang menunggu perhatian kita.

Rutin Qaasrinaa dan Ziyupang mungkin berbeza, tetapi kedua-duanya membawa satu perkara yang cukup sederhana: kadang-kadang, kita sendiri perlu membuat keputusan bahawa hari kita sudah selesai.

Sama ada mengurut kaki yang terasa penat selepas seharian sibuk, meluangkan sedikit masa ketika bersiap untuk tidur atau sekadar menikmati beberapa minit tanpa perlu memikirkan apa-apa lagi, memperlahankan rentak tak semestinya memerlukan rutin yang panjang dan rumit.

Kadang-kadang, beberapa minit untuk diri sendiri pun sudah memadai.

Nak jadikan rutin sebelum tidur Mama lebih menyenangkan? Terokai rangkaian TANAMERA yang merangkumi sabun badan, minyak urut, minyak pati dan pelbagai keperluan wellness untuk membantu melengkapkan rutin harian Mama.

Rangkaian TANAMERA boleh didapati di laman web rasmi mereka, serta TikTok Shop, dan Official Store di Shopee dan Lazada.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.

Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!