KelabMama

Si Manja Pun Boleh Asah Skil Memasak Dengan Dapur Mini Ini!

Si Manja Pun Boleh Asah Skil Memasak Dengan Dapur Mini Ini!

Ha, cuti sekolah ni mesti mama pening dengan keletah anak-anak betul tak? Time mama memasak di dapur ada saja yang datang ‘membantu’. Yalah, kalau dulu, boleh hantar saja kat rumah pengasuh, dia yang handle anak-anak kita. Tapi bila dah masuk cuti sekolah ni, kita lah pula yang kena uruskan anak kita kan?

Tapi itulah, nak bagi mainan, mereka pun naik bosan dengan barang mainan yang lama. Nak beli mainan baru, macam membazir pula. Dah sebakul koleksi mainan dan nak suruh tambah lagi?! Kalau macam tu apa kata mama cuba buat dapur mainan untuk anak mama.

Senang saja. Bajet pun murah. Jom baca cara Dila Dell hias rumah dia untuk buat dapur mainan anaknya.

DIY Dapur Untuk Anak

“Aktiviti cuti sekolah projek DIY kotak-kotak terpakai bersama anak-anak. Jimat pun jimat modal RM20++ di ECO. Walaupun ibu tak kreatif sangat, tapi bolehla buat suka anak-anak.”

Hanya Gunakan Kotak Terpakai

Susun kotak-kotak tersebut di satu ruang kosong dan lapang. Balut kotak-kotak tersebut dengan wallpaper ataupun pembalut hadiah yang mama suka. Gunting sedikit kotak untuk buat oven dan mesin basuh anak. Dua benda ni kan perlu dibuka dan ditutup.

Letakkan Pinggan Mangkuk & Peralatan Memasak

Kalau mama nak buat lagi ‘fancy’ atau mama takut nak guna pinggan mangkuk mama, letak dan susun mainan masak-masak lengkap bagi menghias dapur mini ni. Confirm anak-anak akan tertarik dan mereka jadi lebih seronok bermain.

Hasilnya begini. Amacam, tak susah pun kan?

*Lepasni, mama boleh la main masak-masak dengan anak mama. Mana tahu, kut la anak mama cuba resepi terbaru. Boleh juga merasa air tangan si manja mama kan?

Sumber: Dila Dell

BACA JUGA IDEA AKTIVITI CUTI SEKOLAH YANG MENARIK SEKITAR LEMBAH KLANG HUJUNG TAHUN INI

Pesan Mama Siti:

Si manja kadang-kadang minta nak tolong mama dekat dapur. Setakat kacau kuah atas dapur pun kita dah risau kut la terpercik ke apa ke. Kalau macam tu investla duit mama untuk mainan dia ni. Mana tahu satu hari nanti anak mama jadi chef, kita mana tahu kan?