KelabMama

BAHAYA JIKA SI MANJA KERAP TERHANTUK KEPALA

Apabila anak terjatuh dan mengalami hentakan di kepala, semua ibu bapa akan menjadi risau kerana takutkan pendarahan di dalam kepala tetapi tidak semua hentakan mesti disusuli dengan pendarahan. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau  otak.

                Kesan kepada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak serius tetapi secara visualnya ia boleh membimbangkan ibubapa. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius. Usaha perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.

                Selain dari luka ada juga kecederaan kepada kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol tersebut boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ini bermaknanya ianya pendarahan tersebut di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak. Walaupun begitu apabila ada benjol ianya tidak bermaksud pendarahan hanya berlaku di luar otak dan tiada pendarahan berlaku dalaman otak. Mangsa masih perlu diberi perhatian jika dia menunjukkan simptom-simptom yang menandakan pendarahan dalaman otak, mangsa perlu dibawa untuk rawatan segera. Benjol di kepala yg disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu untuk hilang sepenuhnya.

                Mangsa mungkin akan merasa sakit di tempat benjolan tersebut dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang. ‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.

Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecedaraan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit. Ini bermakna jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan ianya tidak bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak. Kesan hentakan kepada tengkorak yang serius adalah keretakan kepada tengkorak. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ianya bermaksud hentakan yang sangat kuat dan ada risiko kesan serius kepada saraf dan otak. Ianya juga akan menyebabkan otak terdedah kepada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.

Simptom-simptom

Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa mangsa ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas. Selain dari itu ibubapa juga dinasihatkan untuk memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit.

Jika mangsa tiada simptom-simptom seperti yang dinyatakan sebelum ini, keberangkalian pendarahan dalaman otak adalah tipis tetapi untuk mangsa pulih sepenuhnya daripada hentakan tersebut boleh mengambil masa berminggu malah ada yang hingga berbulan untuk pulih sepenuhnya. Bagaimanapun kebanyakan kes yang tiada tanda pendarahan dalaman otak, mereka akan pulih sepenuhnya tanpa ada apa-apa kesan jangka masa panjang walaupun tempoh untuk pulih mengambil masa yang lama.

Langkah Keselamatan