KelabMama

SI KECIL TERTEKAN. APA ORANG DEWASA PERLU TAHU?

Merujuk persoalan mengenai sejauh mana masalah tekanan boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak, ia wujud apabila berlakunya perselisihan antara kehendak anak dengan persekitaran sekelilingnya. Tekanan adalah perkara biasa bagi kanak-anak. Ia adalah sebahagian daripada proses pembesaran, melalui fasa baru dan pengalaman dalam kehidupan. Dalam kebanyakan situasi, tekanan wujud apabila berlakunya percanggahan kehendak kanak-kanak itu sendiri dengan persekitaran, yang merangkumi ibu bapa, rakan sebaya serta guru.

Semua pihak harus maklum bahawa dunia kanak-kanak lebih kepada bermain, sedangkan persekitaran sekolah dan rumah menuntut mereka melakukan perkara lain. Mungkin dalam sehari atau dua, ia menjadi perkara baru, tetapi lama-kelamaan, situasi yang menuntut kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti dan akhirnya menjadi satu beban yang tiada jalan penyelesaian. Ketika inilah berlakunya tekanan.

 

PUNCA DAN PENYEBAB TEKANAN

 

SANDARAN IBU BAPA CETUS TEKANAn

 

BERI PERHATIAN

 

TIP MENANGANI TEKANAN DALAM KALANGAN AHLI KELUARGA

  1. Belajar melepaskan tekanan dalam kalangan ahli keluarga dengan perbincangan secara telus dan santai.
  2. Melakukan aktiviti senaman bersama pada waktu lapang dalam satu keluarga sama ada ketika bercuti atau santai bersama.
  3. Wujudkan kumpulan sosial untuk anak di sekitar kawasan kejiranan atau di tempat kerja.
  4. Fitrah kanak-kanak adalah bermain, untuk itu tambahkan aktiviti anak yang menyeronokkan selepas seharian penat menelaah di sekolah.
  5. Lakukan aktiviti bersama anak untuk wujudkan komunikasi dua hala yang sihat.
  6. Manjakan diri sendiri sebagai ibu, bapa dan anak dalam sesebuah keluarga itu.
  7. Cari jalan penyelesaian secara telus bersama dan terbuka dengan pendapat yang diluahkan dalam keluarga.
  8. Wujudkan sifat pemaaf dan mensyukuri dalam kalangan ahli keluarga supaya masing-masing mempunyai perasaan dihargai disayangi dan diperlukan antara satu sama lain.

 

 

 

 

Sumber: Pakar Psikologi Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Mariani Md Nor & Harian Metro