KelabMama

Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak Yang Terbaik

Kredit Foto: Adobe Stock

Tahukah Mama, ada banyak klinik pakar kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Tapi macam mana kita nak tahu jika klinik itu yang terbaik? Jangan risau, Mama! Mama Siti akan kongsikan dengan Mama semua.

Semalam elok saja si manja bermain secara aktif, tiba-tiba hari ini terus jatuh sakit. Jadi, Mama mesti nak rawatan yang terbaik untuk si manja kan? Rawatan yang terbaik bagi si manja ialah dengan membawanya kepada klinik pakar khas untuk kanak-kanak yang bagus dan dipercayai.

Apa Itu Pakar Pediatrik Atau Doktor Klinik Kanak-Kanak?

Kredit Foto: Adobe Stock

Sebenarnya, bidang pediatrik ini adalah satu bidang khusus yang fokus spesifik kepada kanak-kanak. Kalau Mama nak tahu, pakar dalam bidang ini akan merawat pesakit kanak-kanak yang berusia antara lingkungan usia bayi sehinggalah individu remaja berusia 18 tahun.

Rawatan apa yang diberikan? Jadi, rawatan yang diberikan adalah melibatkan masalah kesihatan biasa dan juga isu kesihatan yang jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan usia bayi sehingga 18 tahun. 

Tambahan pula, tugasan doktor kanak-kanak ini bertanggungjawab untuk menilai tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak untuk tempoh tertentu! 

Tetapi bagi sesetengah individu kanak-kanak yang mempunyai isu kesihatan kronik sejak kecil seperti masalah asma atau jantung, mereka akan diberikan rawatan di bawah jabatan pediatrik sehingga mereka berusia 18 tahun.

Kes Atau Penyakit Yang Membabitkan Pakar Pediatrik

Sakit yang macam mana yang memerlukan Mama membawa anak berjumpa pakar? Sebenarnya, ada beberapa kes dan penyakit yang memerlukan rawatan daripada pakar pediatrik, seperti:

Perbezaan Klinik Pakar Kanak-Kanak Dengan Klinik Biasa

Kredit Foto: Adobe Stock

“Tak boleh ke Mama bawa berjumpa doktor di klinik biasa?” Haa, soalan ini pasti sering ditanyakan oleh Mama Papa kan? Bukannya tak boleh, memang boleh cumanya kita kena faham beberapa perbezaan yang penting di antara klinik kanak-kanak dengan klinik biasa. 

Klinik kanak-kanak mempunyai doktor yang khas dan sesuai bagi merawat kanak-kanak. Pakar atau doktor ini mahir dan tertumpu dalam bidang pediatrik, jadi mereka ini lebih handal dalam merawat kanak-kanak secara terperinci.

Klinik biasa atau umum pula fokus terhadap sakit-sakit biasa atau ‘general’ yang sering dialami oleh individu tak kira had umur, seperti demam biasa, selsema, batuk dan lain-lain.

Senarai Klinik Pakar Kanak-kanak Yang Terbaik Di Sekitar Area Kuala Lumpur Dan Selangor!

Selangor:

No 34, Jalan Mamanda 7 Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang

41, Jalan USJ 10/1F, USJ 10, 47620 Subang Jaya

Unit G02, Block A, Perdana Condominium No 15, Jalan PJU8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 PJ

No. 5G, Jalan Anggerik Vanilla X31/X, Kota Kemuning, Shah Alam, 40460 Shah Alam

No. 5, Jalan Usj 9/3F, 47620 Subang Jaya

25-1 Jalan Elektron J, U16/J Seksyen U16 Denai Alam 40160 Shah Alam

3-G, 06, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

13, Jalan Setia Prima A U13/A, Batu 5 1/2, 40170 Shah Alam, Selangor

41A, Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra, 47000 Shah Alam, Selangor

No 21 Jalan Raja Haroun, Kajang, 43000 Selangor

No. 119, Jalan SS20/10, 47400, Petaling Jaya, Selangor

129, Persiaran Pegaga, Taman Bayu Perdana, Klang, 41200, Klang, Selangor

No. 2, Ground Floor, Jalan Kenari 1, Puchong Jaya, Batu 8, Jalan Puchong, 47100, Puchong, Selangor

A01, Ground Floor, Block A, Pusat Perdagangan, Taman Dagang, Ampang, 68000, Ampang, Selangor

No. 53 Ground Floor, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah Taman Sri Andalas, 41200, Klang, Selangor

No 21, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor

No 46, Jalan Serindit 14, 41050 Klang, Selangor

No. 6, Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas, Banting, 42700, Banting, Selangor

No. 91, Jalan Meru, Nbc Business Center, 41050, Klang, Selangor

9, Jalan USJ 9/5M, UEP, Subang Jaya, 47620, Subang Jaya, Selangor

9-1, Ground Floor, Jalan USJ 6/3b, Taman Seafield Jaya, 47620 Petaling Jaya, Selangor

11A-1, Jalan Pju 7/7A, Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya, Selangor

No. 29, Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya, Puchong, 47100, Puchong, Selangor

21, Jalan Kenari 2, Bandar Puchong Jaya, Puchong, 47100, Puchong, Selangor

No. 19-G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Pusat Dagangan Seri Utama, PJU 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, 47810, Petaling Jaya, Selangor

No. 5, Jalan SL 1/11, Bandar Sungai Long, 43200, Kajang, Selangor

71-1, Jalan Usj 21/10, Taman Seafield Jaya, 47630 Petaling Jaya, Selangor71-1, Jalan Usj 21/10, Taman Seafield Jaya, 47630, Petaling Jaya, Selangor

No. 14, Jalan SS19/6, 47500, Subang Jaya, Selangor

Kuala Lumpur:

42 Jalan Hujan Rahmat 2, Overseas Union Garden, 58200 KL

3-18, Jln Desa 2/2, Desa Aman Puri, 52100 Kepong

3F-5, Level 3, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 KL

No. 39, Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama, 58200, Kuala Lumpur

Pusat Bandar Wangsa Maju, No. 70, Jalan Wangsa Delima 6, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

70, Jalan 1/27F, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300, Setapak, WP Kuala Lumpur

Lot 9155, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Lot 9131, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No 12A, Jalan Radin Anum 1, Taman Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Ground Floor, Blok A, Plaza Sinar, Jalan 8/38a, Taman Sri Sinar, 51200 Kuala Lumpur

No 21, Jalan 1/149J, Taman Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

3-18A, Jalan Desa 2/2, Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Ground Floor, Blok 126 Sri Pelangi Apartment, Jln Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

No. 9, Jalan Pandan Indah 1/23e, Taman Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

18-1, Jalan Damar SD 15/1, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, 52200, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No.34, Ground Floor, Wista Marna Prima, Metro Prima, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No. 21, Jalan 2, Taman Len Sen, 56000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak Di Luar Selangor dan Kuala Lumpur:

Semoga senarai klinik ini dapat membantu Mama dan Papa dalam mendapatkan rawatan yang terbaik bagi si manja. Ingat, anak itu ialah tanggungjawab yang kita harus sentiasa utamakan. 

Jadi, kita kena pastikan anak kita mendapat rawatan yang sempurna dan bagus ketika mereka sakit. Semoga bermanfaat!

Rujukan dan Sumber: The Rohani

BACA JUGA HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK KUALA LUMPUR

Pesan Mama Siti

Sebagai ibu bapa kita mesti nak rawatan yang terbaik untuk si manja. Bukan bermakna klinik biasa tak bagus tapi sekiranya berkaitan dengan si manja seeloknya pergi ke klinik yang memang khusus untuk kanak-kanak.