KelabMama

Senarai Barang ‘Hospital Bag’ Untuk Mak-Mak Dari Hanis Zalikha

Bagi mama yang ‘due date’nya tak lama lagi tu dah packing ‘hospital bag’ ke belum? Bagi yang pertama kali nak menimang cahaya mata tu pasti teruja nak siapkan ‘hospital bag’ sampai rasa nak bawa semua je. Tak pasti mana yang perlu dan tak perlu. Baju mama, barang mama, baju baby, barang baby, makanan, minuman lagi. Adudu nak bawa yang mana ni?

Relaks. Baru-baru ini Hanis Zalikha ada berkongsi senarai barang ‘hospital bag’ untuk mak mak di Instagram milik puterinya, thealisaaisyah . Semoga perkongsian Hanis Zalikha ini dapat bantu kurangkan kalut mama-to-be semua okay!F

FOR MOMMY (satu bag)

1. Toiletries, sabun mandian (soapless/ mild/ gentle), tuala gebu kepunyaan sendiri. 2. Adult diapers (no need panties, no need pad) 3. Lingerie (+comfortable nursing bra) (biasakan terus pakai nursing bra lepas beranak tu). 4. Disposable nursing pad (waktu badan takleh baca demand susu lagi, kita boleh overflow and leak). 5. Pakaian sendiri ( yang selesa, cantik & senang breastfeeding) + socks + selipar jamban. Bersiap elok, bagus untuk kegembiraan diri. 6. Skincare & make up (sekadar lipstick je pun bawa je) 7. Toujours Advanced (and Toujours Kids for me, for the fruit & vege goodness) 8. Your favourite mug

FOR BREASTFEEDING (satu bag)

1. Breastpump + ebm storage bags + botol susu newborn
2. Organic nipple butter (sebelum menyusukan) + Bepanthen ointment (selepas menyusukan dan terluka di dada ?)
3. Nursing cover (terutamanya kalau kita jenis terima pelawat)
4. Silicone milk collector (untuk collect susu kat sebelah lagi waktu baby nyusu)
5. Satu tin biskut + susu kurma

FOR BABY (satu bag)

1. Baju & sarung tangan kaki & topi baby (hospital selalu provide tapi risau nipis material dia, baby tejukkk) 2. Newborn diapers + wet wipes 3. Selimut baby (yang cuteee) 4. Kain bedung baby (muslin cloth) (pastu boleh practice dengan nurse cara bedung yang kemas guna kain sendiri) 5. Minyak perut baby + balm kulit baby (balm / organic lotion baby ni bagus sebab time awal2 ni kulit baby mengelupas, sayu tengok)

ETC

1. Extension plug + phone charger 2. Gift for the doc & nurses

Setiap category buat satu bag supaya suami tak kalut nak kena capai2 & carikkan barang. Kenapa kena be extra prepared, sebab taktau keadaan kita beranak, normal ke tak, anak sihat ke macam mana, duk hospital berapa lama. Macam kitorang memang bawak semua benda sebab check in seminggu lol. Dari Yusuf dulu memang suka stay hospital untuk belajar uruskan anak dan tarik nafas jap sebelum menghadapi realiti kehidupan ? Semoga bermanfaat! (Nanti share lagi journey and tips yang dapat waktu dengan Alisa dekat akaun ni).

Sumber : thealisaaisyah

BACA JUGA DILEMA MEMILIH HOSPITAL BERSALIN?

Pesan Mama Siti

Biasanya anak pertama ni memang akan kalut sikit bab packing ni. Bila dah masuk anak kedua, ketiga dan seterusnya pasti dah tahu apa yang perlu dan tak perlu dibawa. Mama Siti harap perkongsian dari Hanis ni dapat bantu mama untuk packing ‘hospital bag’.