KelabMama

Senarai Barang Bayi Yang ‘Good Investment’ Untuk Si Manja Anda

barang bayi di Malaysia

Tak sabarnya tunggu kelahiran cahaya mata baru! Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum kehadiran ‘orang baru’ bagi menceriakan rumah tangga kita. Tapi, peningnya fikir barang bayi apa je yang diperlukan untuk si manja ni nanti. Untuk pasangan yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi, seorang doktor pakar dan juga ibu, Dr. Aen Saari telah cadangkan beberapa barang keperluan bayi yang penting serta ‘good investment’. Bukan sekadar baju, pakaian, dan lampin bayi je tau Mama Papa kena sediakan!

Menurut perkongsian Dr. Aen Saari dilaman Twitter beliau, beliau mencadangkan empat jenis barang bayi yang sebenarnya SANGAT PENTING untuk ada, tetapi sering dipandang ringan oleh ibu bapa.

Cadangan Barang Bayi Untuk Ibu Bapa

+1 Car seat Bayi

Car seat bayi atau kerusi bayi sebenarnya sangat penting, terutamanya jika Mama dan ahli keluarga sering berjalan-jalan. Tak kisahlah mahu ke pasaraya, menghantar anak ke rumah pengasuh, mahupun berjalan jauh untuk bercuti. Malah, negara kita juga telah mewajibkan penggunaan car seat bermula tahun 2020. Mungkin tidak semua keluarga mampu untuk membeli car seat untuk bayi anda, namun anda boleh pertimbangkannya demi keselamatan si manja. Dr. Aen yang sangat memahami keadaan ini turut berkongsi tips penjimatan yang sesuai ketika memilih kerusi bayi:

Tips jimat beli car seat oleh Dr. Aen Saari:

  1. Pergi baby expo.
  2. Cari stroller yang siap car seat.
  3. Survery jenama car seat yang cost effective – Murah vs mahal, tak tahan lama vs tahan lama.
Sumber: NST

+2 Baby Cot

Baby Cot atau dikenali sebagai katil bayi juga penting untuk dimiliki. Mungkin pada mulanya anda rasakan tak perlu, tapi demi keselematan si manja, adalah lebih baik untuk anda sediakan satu di rumah anda. Salah satu tips untuk jimat semasa membeli katil bayi ialah, beli katil bayi yang sesuai untuk digunakan sehingga bayi mencapai usia 2 tahun. Beli pertama kali je pun dah okay. Nanti boleh gunakan untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya.

+3 Playpen

Haa yang ini mungkin tak ramai ibu bapa setuju, tapi playpen atau kandang bermain antara barang bayi yang harus dimiliki setiap keluarga. Apabila bayi dah mula merangkak atau meniti (baru mula berjalan), agak sukar untuk Mama lakukan aktiviti lain seperti mengemas rumah, memasak, dan sebagainya. Sebab tu pentingnya playpen ini. Mama boleh letakkan anak bermain di dalam playpen sementara Mama selesaikan perkara lain.

Mama boleh letakkan permainan yang menjadi kegemaran si manja di dalam playpen untuk mereka bermain di dalamnya. Malah, keselamatan si manja juga lebih terjamin.

+4 Playmat

Playmat yang berwarna-warni, dan lembut dapat membantu perkembangan minda si manja. Terdapat pelbagai jenis playmat yang ada dipasaran. Mama boleh dapatkan playmat yang dihiasi abjad-abjad dan nombor, serta lakaran permainan yang menarik. Ia boleh menarik perhatian si manja di samping meningkatkan daya sensori dan perkembangan minda bayi kita.

Platmat juga mudah untuk disimpan dan ada juga yang mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Mama boleh biarkan bayi Mama bermain, berbaring mahupun menukar lampin si manja di atas playmat kegemarannya. Apa yang lagi best, playmat turut membantu mencantikkan bilik bayi anda!

Ujar Dr. Aen Saari,

Ini untuk keselamatan. Sangat penting untuk bayi. Kita dah hidup berpuluh tahun. Bayi baru je lihat dunia. Perlukan langkah keselamatan yang jitu.

Dr. Aen Saari

Selain itu, Dr. Aen juga kongsikan beberapa tips jimat ketika membeli susu dan lampin bayi;

Tips Jimat Membeli Susu Bayi

Sumber: Twitter @aensaari

Tips Jimat Beli Diapers Bayi

Sumber: Twitter @aensaari

Pesan Dr. Aen Saari lagi, pentingnya untuk ibu bapa melabur sedikit duit untuk empat barangan bayi di atas demi keselamatan si manja kita. Hal ini kerana, bayi kita lebih lemah dan sangat perlukan perhatian kita sebagai ibu bapa.

Pesan Mama Siti

Mama Siti setuju dengan cadangan dan tips-tips yang dikongsi Dr. Aen ini. Mungkin keempat-empat barang bayi tersebut agak mahal, tapi sangat sesuai untuk pembelian pertama kali dan untuk penggunaan jangka masa panjang. Tak salahkan kalau kita laburkan sedikit daripada simpanan kita untuk anak-anak kita sendiri? Mama dan Papa juga akan menjadi lebih gembira dan berasa tenang apabila anak-anak sihat dan selamat.