KelabMama

Senarai Sekolah Pendidikan Khas Di Lembah Klang Part 1: Sekolah Kerajaan

Kredit gambar: KPM & UTM Engineering

Anak-anak kelainan upaya semestinya mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Mereka juga mahu bergaul, menimba ilmu seperti anak-anak lain. Ilmu pengetahuan juga amat penting untuk mereka untuk terus menjadi seperti anak yang normal. Sebab itulah, sekolah pendidikan khas diwujudkan untuk membantu meningkatkan kemahiran istimewa mereka.

Ia juga memberi peluang untuk mereka dapatkan pendidikan berkualiti selaras dengan keperluan unik mereka. Pendidikan khas boleh pastikan setiap pelajar mencapai potensi penuh mereka dalam sesuatu bidang yang mereka minati.

Sempena Bulan Kesedaran Sindrom Down dan Bulan Kesedaran Disleksia, sekolah kebangsaan harian biasa memang ada program untuk pendidikan khas tapi Mama Siti nak share senarai sekolah-sekolah yang istimewa untuk mereka yang memerlukan pendidikan khas di Lembah Klang.

Baca sampai habis tau!

Jom kita lihat sama-sama~

Senarai Sekolah Pendidikan Khas di Lembah Klang

Kredit gambar: BebasNews

#1 Sekolah Pendidikan Khas Selangor

Alamat: Jalan Pinang Raja 18/2 Seksyen 18, 40200 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

No Tel: 03-55420620

#2 Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak

Alamat: Jalan Genting Kelang, Setapak 53300 Kuala Lumpur

No Tel: 03-41493701

#3 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kg. Baharu

Alamat: Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur

No Tel: 03-26927141

#4 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu

Alamat: Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur

No Tel: 03-26921261

#5 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel

Alamat: Jalan Peel 55100 Kuala Lumpur

No Tel: 03-92851320

#6 Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam

Alamat: Jalan Senangin 17/2 Seksyen 17 40200 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

No Tel: 03-55109719

Sekolah Jauh? Boleh Cari Dekat Sini!

Jika sekolah-sekolah ini jauh dengan rumah Mama, boleh cuba cari dekat laman web rasmi MyGOV. Semua sekolah di setiap negeri Mama boleh cari di situ.

Selain itu, MyGOV juga menyediakan senarai kursus yang ditawarkan mengikut sekolah di SINI. Untuk semak SKPK di negeri-negeri lain boleh klik di SINI.

Semoga bermanfaat untuk Mama dan sekeluarga! Mama Siti doakan yang terbaik untuk semua~


Untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang OKU dan lain-lain, boleh klik SINI.