KelabMama

INI SEBAB KENAPA KENA PANTAU ANAK BILA TENGOK KARTUN DI YOUTUBE

Macam yang mama Siti pernah cakap sebelum ni, ada ibu bapa yang menggunakan jalan pintas untuk bagi anak diam dan berhenti merengek dengan memberi gajet dan sebagainya. Inilah salah satu sebabnya kenapa mama Siti tak setuju dengan tindakan segelintir ibu bapa ni. Bukan hanya masalah kesihatan tapi isi kandungan rancangan itu sendiri yang menakutkan.

Contohnya macam isu kartun popular ni mengandungi kandungan bahaya dan tak sepatutnya untuk ditonton oleh kanak-kanak. Kita yang tengok ni pun rasa seram inikan pula kanak-kanak.

PLEASE ALERT YE MAMA PAPA!

Bahaya betul kartun macam ni. Menggunakan watak kartun sebagai medium untuk menyebarkan perbuatan negatif pada anak-anak? Allahu..tak dapat mama Siti imagine sekiranya ada anak-anak yang terpengaruh dengan kartun sebegini sehingga terikut-ikut. Mereka sangkakan itu hanya bahan lawak sedangkan ia adalah sesuatu yang menakutkan!

WATAK MENAKUTKAN DAN AKSI GANAS

Untuk pengetahuan mama, channel itu gunakan kaedah ‘autoplay’ bagi memancing minat anak-anak dan ia adalah fake video dengan karakter kanak-kanak. Tapi yang mama Siti pelik macam mana video sebegini boleh terlepas di Youtube Kids?

PANTAU ISI KANDUNGAN RANCANGAN

Mama Siti rasa sebelum bagi anak tengok, lebih baik mama papa sendiri yang tengok dulu untuk pastikan rancangan kartun itu selamat ditonton anak-anak atau tak. Yelah kalau bukan mama papa yang kena pantau anak-anak siapa lagi kan.

REPORT JIKA KANDUNGAN MENCURIGAKAN

Ya report je! Solusi terakhir adalah dengan report sekiranya rancangan itu mencurigakan. Sebelum lagi berleluasa perkara-perkara macam ni, lebih baik mama papa ambil tindakan lebih awal. Lagi sekali, sentiasalah pantau anak-anak ye mama papa!

Sumber : Linda Nguyen