KelabMama

Sawan Demam | Ibu Bapa Tolong Jangan Panik!

Tidak dinafikan, melihat anak terkena sawan demam adalah diantara pengalaman hidup yang memeranjatkan bagi kebanyakan ibu bapa. Mata terbeliak dan mulut kelihatan biru, kaki mengeras dan menjadi kejang. Ini adalah diantara tanda-tanda yang mungkin dapat dilihat ketika anak terkena sawan demam.

Apakah Sawan Demam?

Sawan demam sebenarnya bukanlah suatu penyakit yang khusus. Ia adalah satu keadaan apabila seseorang kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikkan suhu badan atau demam yang bukan disebabkan oleh penyakit/jangkitan di dalam otak atau ketidakseimbangan metabolik. Jadi, sawan demam tidak sama dengan penyakit sawan atau epilepsy. Istilah ‘Sawan Demam’ juga digunakan oleh sebahagian doktor.

Siapa Yang Boleh Mengalaminya?

Kanak-kanak berusia 3 bulan sehingga 6 tahun secara teorinya boleh mengalami sawan demam. Tetapi lazimnya ia lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun.

Apakah Yang Patut Dilakukan?

Bolehkah Ia Berulang dan Akan Melarat Menjadi Penyakit Epilepsy?

Ya, penyakit ini boleh berulang lagi. Antara faktor risiko termasuklah sejarah sawan demam dalam ahli keluarga yang lain dan umur kurang daripada 1 tahun sewaktu sawan demam yang pertama. Hampir separuh daripada kes ini berulang akan berlaku dalam tempoh 6 bulan pertama selepas kejadian yang awal. Ia tidak menyebabkan epilepsy. Namun, data menunjukkan yang 2% hingga 7% daripada kanak–kanak ini kemudiannya disahkan mengalami epilepsy. Dalam kes tersebut, kebanyakkannya telah pun mempunyai masalah lain seperti perkembangan yang lambat, masalah sistem saraf otak atau ahli keluarga yang menghidap epilepsy.

Bolehkah Ianya Dielakkan?

Tiada data yang menunjukkan penggunaan ubat demam atau ubat sawan boleh mengelakkan kejadian sawan demam. Namun ubat demam itu boleh membuat anak yang mengalami demam yang tinggi untuk merasa lebih selesa. Apa yang penting untuk diketahui oleh ibu bapa adalah sawan demam itu suatu keadaan yang tidak serius dan mempunyai prognosis yang sangat baik terutama kepada kanak – kanak yang tidak mempunyai sebarang masalah perkembangan yang lewat atau penyakit sistem saraf otak.

Sumber: Dr Alya Hamzah