KelabMama

Satu Untuk Masak, Satu Untuk Minum; Dua Alatan Dapur Yang Melengkapkan Hidup Mama

acerpure

Hidup mak-mak ni tak pernah berhenti dari celik mata sampai pejam balik, semua benda kita nak kena urus. Nak sediakan makanan, nak pastikan anak cukup minum air, nak pastikan dapur bersih, nak jaga kesihatan keluarga pendek kata, semuanya atas bahu kita.

Tapi Mama Siti percaya, bila kita ada alat yang betul dan bijak kat dapur, kerja harian boleh jadi jauh lebih mudah. Tak payah pening kepala, tak payah berpeluh lama-lama. Sebab tu Mama Siti memang tak boleh berpisah dengan dua sahabat setia kat dapur ni Acerpure Chef 2-in-1 Flip Air Fryer dan Acerpure Aqua Hot & Cold RO Water Purifier.

Yang satu tolong Mama masak, yang satu lagi pastikan air minuman sentiasa bersih dan tersedia. Lengkap hidup Mama, cukup untuk jaga satu rumah dengan tenang. Jom Mama Siti cerita kenapa dua ni memang berbaloi untuk ada dalam setiap dapur Mama!

Apa Dua Sahabat Baik yang Perlu Kat Dapur Mama?

1. Acerpure Chef 2-in-1 Flip Air Fryer

Dulu Mama Siti ingat semua air fryer ni lebih kurang je. Tapi lepas kenal Acerpure Chef, terus jatuh hati! Kenapa? Sebab dia bukan sekadar air fryer biasa, tapi boleh buat dua kerja terus; iaitu air frying dan juga cooking pot.

Dalam satu alat je, Mama boleh hasilkan macam-macam menu goreng ayam rangup, bakar ikan, masak sup, tumis sayur, buat nugget anak semua boleh!

Paling best, reka bentuk dia jenis flip-style. Kalau nak guna sebagai air fryer, masukkan je bekas macam biasa. Tapi bila Mama nak masak sup ke, nak menumis ke, tinggal flip penutup ke atas dan letak pot khas dia tu. Senang sangat!

Makanan pun Mama boleh nampak dengan jelas sebab bekas dia terbuka dan luas. Mudah nak pantau masakan tak perlu teka-teka. Bahagian dalam dia pula jenis anti-lekat dan bentuk terbuka, jadi senang sangat nak cuci.

Tak ada celah-celah sempit yang buat Mama kena korek dengan sudu. Mama Siti memang suka alat dapur yang senang nak bersihkan sebab bila dapur bersih, hati pun senang nak masak hari-hari!

Saiz dia pun besar elok, memang ngam untuk masak satu keluarga. Anak-anak tengah lapar? Masak terus satu batch besar, tak payah ulang-ulang. Kalau ada tetamu datang pun, Mama tak kalut dah.

2. Acerpure Aqua Hot & Cold RO Water Purifier

Lagi satu penyelamat Mama Siti, Acerpure Aqua Hot & Cold RO Water Purifier. Kalau dulu, Mama Siti asyik kena isi botol air satu-satu, simpan dalam peti, tunggu sejuk.

Sekarang tak payah dah. Tekan je air panas, air sejuk, air suam semua terus keluar ikut suhu yang kita nak. Jimat masa, jimat tenaga.

Yang Mama paling suka, botol air dia boleh cabut dan letak terus dalam fridge. Kadang-kadang Mama simpan siap-siap bila anak asyik minta air sejuk. Lepas main ke, lepas balik sekolah ke, tinggal ambil botol dan tuang je.

Air dari purifier ni pun rasa sedap dan tak ada rasa pelik-pelik macam paip rumah. Bau klorin pun tak ada. Jadi Mama tak risau nak bagi anak minum direct.

Nak bancuh susu anak pun senang tak payah panaskan air dalam periuk lagi. Kalau Mama jenis yang suka minum kopi pagi-pagi atau teh petang-petang, memang sesuai sangat.

Reka bentuk dia pun simple, moden, jimat ruang atas kabinet. Tak nampak semak pun. Bila tetamu datang pun, depa puji! “Eh Mama, lawa la penapis air ni!” Mesti Mama bangga kejap.

Kenapa Dua-dua Ni Mama Wajib Ada?

Sejak ada dua benda ni kat dapur, masa memasak jadi lebih singkat, anak-anak lebih cepat dapat makan, dan air minuman pun sentiasa tersedia bersih. Hidup kita ni dah cukup sibuk kalau ada alat yang boleh bantu mudahkan urusan harian, kenapa tidak kan?

Kedua-dua ni bukan je cantik, tapi betul-betul praktikal untuk mak-mak moden macam kita. Kalau Mama tengah fikir nak upgrade dapur, start dengan dua ni dulu, confirm Mama tak menyesal.

Layari laman acerpure.com untuk dapatkan maklumat tentang produk-produk dari Acerpure ini dan dapatkan Acerpure Chef pada tawaran menarik di SINI.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.