Bersempena dengan Hari Merdeka 2026, 888 Tea & Coffee dengan bangganya mempersembahkan “Bersama Kita Tertarik”, sebuah kolaborasi video muzik dan lagu yang meraikan identiti masyarakat majmuk Malaysia, warisan budaya dan semangat perpaduan yang terus menjadi inspirasi, melalui budaya teh tarik yang begitu dekat di hati rakyat.
Dengan sokongan Tourism Malaysia, inisiatif ini mengetengahkan teh tarik lebih daripada sekadar minuman. Ia merupakan sebahagian daripada pengalaman budaya yang mencerminkan kepelbagaian cara hidup rakyat Malaysia. Daripada gerai mamak dan kopitiam sehinggalah ke majlis serta pertemuan bersama keluarga, ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat tempatan untuk memulakan perbualan, menjalinkan persahabatan menerusi secawan teh dan merakam kenangan yang dikongsi bersama.
Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027, 888 Tea & Coffee turut berhasrat memperkenalkan tradisi ikonik Malaysia ini kepada pelancong antarabangsa, di samping mengetengahkan budaya dan keramahan yang terserlah menerusi setiap cawan teh tarik.
888 Tea & Coffee juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai Rakan Strategik dalam menjayakan inisiatif ini, sekaligus membawa cita rasa Malaysia ke mata dunia dan memberi inspirasi kepada para pelancong untuk mengenali kemesraan, kepelbagaian serta keunikan warisan budaya Malaysia.
Kajian mengenai pelancongan kulinari di Malaysia turut membuktikan bagaimana penyediaan dan pengalaman menikmati teh tarik, khususnya teknik “menarik” yang unik serta interaksi sosial yang mengiringinya mampu mewujudkan pengalaman bermakna antara masyarakat tempatan dan pelancong.
Lebih daripada sekadar minuman tradisional, teh tarik menawarkan peluang kepada para pelancong untuk mengenali keunikan, kemesraan, kreativiti dan warisan masyarakat majmuk Malaysia dengan lebih dekat.1
Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Tourism Malaysia berkata, “Teh tarik telah menjadi sebahagian daripada jiwa dan gaya hidup Malaysia. Daripada restoran kejiranan dan kopitiam hinggalah ke rumah, teh tarik menyatukan masyarakat merentasi komuniti dan generasi. Minuman ini telah melangkaui peranannya daripada sekadar minuman, malah menjadi cerminan warisan kulinari, kepelbagaian budaya, dan keramahan masyarakat Malaysia. Cita rasa unik serta nilai budaya yang begitu sinonim dengan teh tarik menjadikannya satu pengalaman istimewa di Malaysia yang boleh dikongsi bersama pelancong dari seluruh dunia, sekali gus memperkukuh daya tarikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan gastronomi terkemuka di peringkat global, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.”
Alvin Ang See Ming, Pengarah Eksekutif 888 Tea & Coffee berkata, “Sebagai sebuah jenama tempatan Malaysia yang bermula sebagai pengeluar dan pedagang teh yang diwarisi secara turun-temurun, kami sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan tradisi yang menyatukan masyarakat. Kami percaya bahawa minuman bukan sekadar untuk dinikmati, malah merupakan sebahagian daripada budaya, kenangan dan detik-detik yang kita boleh kongsikan bersama.”
Melalui lagu ‘Bersama Kita Tertarik’, kami ingin meraikan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dan mengetengahkan bagaimana satu tradisi ringkas seperti menikmati secawan teh tarik mampu mendekatkan kita tanpa mengira latar belakang.
Lebih daripada sekadar sebuah lagu, “Bersama Kita Tertarik” turut mengimbau kembali kenangan indah yang dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia, sambil meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi melalui muzik dan penceritaan. Video muzik ini menghimpunkan tiga artis tempatan terkemuka — Alif Satar & The Locos, Danny Koo dan Kidd Santhe yang membawa identiti, gaya muzik dan latar budaya tersendiri dalam satu kolaborasi yang melambangkan keharmonian masyarakat Malaysia.
Kolaborasi ini turut menunjukkan bahawa walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang, kita tetap berkongsi tradisi dan pengalaman yang menjadi asas dalam membentuk sebuah negara yang bersatu.
Dilancarkan menjelang Hari Merdeka pada 31 Ogos 2026, lagu “Bersama Kita Tertarik” menjadi satu peringatan bermakna untuk rakyat sama-sama meraikan semangat Hari Kebangsaan iaitu perpaduan, saling menghormati serta kepelbagaian masyarakat yang masing-masing mempunyai identiti dan keunikan tersendiri. Bersempena dengan tayangan perdana video muzik ini, 888 Tea & Coffee turut melancarkan 888 Teh Tarik Malaysia dengan cita rasa dan pengalaman teh tarik yang asli menerusi format yang lebih mudah dinikmati mengikut gaya hidup masa kini.
Dihasilkan dengan formulasi istimewa menggunakan ekstrak teh premium dan tiada pewarna tiruan, produk terbaru ini menawarkan tekstur yang lembut serta aroma yang sinonim dengan teh tarik tradisional. Ini membolehkan para pengguna menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1942, 888 Tea & Coffee telah berkembang daripada perniagaan teh kepada pengeluar dan pembekal pelbagai produk makanan dan minuman, termasuk teh segera, kopi, bijirin sarapan dan minuman coklat malt. Untuk makluman lanjut, sila layari https://888teacoffee.com.my/.
Rujukan
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!
