KelabMama

Apa Ibu Bapa Harus Tahu Mengenai Semakan SAPS?

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) pada tahun 2011. Semakan SAPS Ibu Bapa memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak – ujian, pertengahan tahun, peperiksaan percubaan dan peperiksaan akhir tahun. Keputusan UPSR, PT3 dan SPM tak boleh ye Mama.

Jika zaman kita sekolah dulu, hari perjumpaan Ibu Bapa & Guru atau Hari Mengambil ‘Report Card’ merupakan hari yang paling kita risau. Yelah, masa ini lah ibu bapa kita akan diberitahu segala keputusan peperiksaan terkini, masalah, perangai dan komen daripada cikgu kelas. Kini, kita pula sebagai ibu bapa, lebih mudah untuk sentiasa up-to-date dengan keputusan peperiksaan anak-anak kita.

Hari yang paling gementar untuk murid-murid: perjumpaan ibu bapa dan guru.
Gambar sekadar hiasan.
Berikut adalah langkah-langkah UTAMA untuk semakan SAPS ibu bapa:

Untuk masuk ke dalam sistem semakan SAPS;

  1. Klik link SAPS NKRA untuk terus ke portal semakan. Sekiranya terpapar ‘The site’s security certificate’ Mama klik sahaja ‘proceed’ dan tunggu sebentar. Kemudian portal rasmi akan terpapar.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir anak anda (tanpa tanda – atau jarak).
  3. Pilih Negeri, Daerah, & Nama Sekolah anak.
  4. Klik Semak.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Setelah berjaya masuk ke dalam sistem SAPS;

  1. Pilih tahun peperiksaan yang ingin disemak.
  2. Pilih jenis peperiksaan yang Mama ingin semak – ujian 1, ujian 2, peperiksaan pertengahan tahun dan sebagainya.
  3. SELESAI – Akan terpapar markah peperiksaan!

Untuk pengetahuan ibu bapa, gred permarkahan terkini sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti di bawah:

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1-6) 

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1-3)   

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH MENENGAH TINGGI (TINGKATAN 4-5)

Mudah bukan? Sebelum Mama semak keputusan peperiksaan anak Mama, anda hanya perlu tahu tarikh semakan keputusan peperiksaan daripada pihak sekolah. Boleh tanya pihak sekolah, guru atau anak Mama sendiri. Cuma kalau tanya anak tu, mungkin susah sikit la anak-anak nak beritahu keputusan peperiksaan dah keluarkan 😉