KelabMama

Adakah Sanitiser Yang Mama Guna Betul-betul Berkesan? Cuba Periksa Semula!

Selalunya kita tak fikir panjang pun dengan sanitiser ni, picit sikit pada tangan dan kemudian gosok hingga kering. Macam tu sahaja kuman akan hilang begitu sahaja. Bye bye bakteria jahat!

Tapi apa kata Mama jika Mama Siti beritahu, yang sebenarnya ia lebih dari itu? Contohnya, semua sanitiser dan pembasmi kuman memerlukan masa untuk berfungsi dengan baik. Makin lama ia kekal basah pada tangan Mama, lebih berkesanlah ia untuk mematikan kuman dan bakteria. Tetapi, banyak dalam kalangan kita tidak mempertimbangkan hal ini. Hakikatnya, Mama gunakan pembasmi kuman dengan salah dan Mama tak perasan pun. Sebab itulah, kita sebagai pengguna perlu belajar macam mana cari sanitiser yang betul dan bagaimana cara untuk menggunakan sanitiser dengan betul.

Bagaimana Sanitiser dan Pembasmi Kuman Digunakan

Kebanyakan sanitiser dan pembasmi kuman komersial mengandungi bahan kimia istimewa yang akan membasmi bakteria, virus, kulat dan mikroorganisma lain yang menyebabkan penyakit berleluasa. Bahan-bahan ini akan mencegah penyebaran dan penularan jangkitan berbahaya yang mudah berjangkit melalui sentuhan manusia. Caranya adalah melalui proses yang dikenali sebagai denaturasi dimana bahan kimia tertentu memecahkan protein dalam sel bakteria dan virus. Ini menyebabkan patogen tersebut kehilangan strukturnya, dan menghalangnya daripada berfungsi dengan baik.

Sekarang Mama mesti tertanya-tanya apa perbezaan sanitiser dan juga pembasmi kuman ni bukan? Kalau Mama nak tahu, kedua-dua istilah itu hanyalah istilah rasmi yang digunakan untuk membezakan antara dua jenis agen antimikrob. Sanitiser adalah produk antimikrob yang selamat untuk kulit, yang boleh digunakan pada tangan. Pembasmi kuman pula adalah produk yang hanya boleh digunakan pada permukaan. Dalam beberapa keadaan, mungkin terdapat beberapa pertindihan yang boleh mengelirukan Mama. Sesetengah sanitiser boleh digunakan untuk membasmi kuman permukaan dan sesetengah pembasmi kuman juga selamat untuk digunakan pada tangan.

Tetapi tak semua produk antimikrob adalah sama. Lambat-laun, keberkesanan pada sesetengah sanitiser atau pembasmi kuman juga bergantung pada prestasi dalam ujian makmal. Walau bagaimanapun, tanpa mengira peratusan patogen yang disasarkan, aspek paling penting yang menjadikan produk sanitasi dan pembasmian kuman berkesan adalah contact time.

Kepentingan Contact Time Apabila Sanitiser Digunakan

Masa sentuhan (atau masa basah), ialah tempoh masa yang diperlukan untuk pembasmi kuman atau sanitiser bagi membasmi atau menyahaktifkan virus atau bakteria dengan betul. Ini biasanya diterjemahkan kepada berapa lama bahan itu perlu kekal ‘basah’ pada permukaan untuk melakukan kerjanya. Sebaik sahaja ia kering, ia tidak lagi berkesan. Jika produk kering sebelum ia mempunyai peluang untuk membunuh semua patogen, maka patogen tersebut akan bertahan dan terus merebak.

Sesetengah sanitiser dan pembasmi kuman mempunyai contact time yang berbeza. Mereka yang mempunyai masa sentuhan yang lebih lama, mungkin kurang berkesan sebab Mama perlu memastikan permukaan basah dengan produk lebih lama. Berbanding pula produk dengan masa sentuhan yang singkat, dimana produk tersebut hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk berfungsi dengan berkesan. Ini juga biasanya bermakna Mama perlu sentiasa menggunakan jumlah produk yang betul. Ini untuk pastikan ia tidak terlalu cepat kering apabila Mama sapukan pada mana-mana permukaan.

Mestilah masa sentuhan berubah bergantung pada apa yang digunakan dan berapa banyak bahan yang terdapat dalam produk tersebut. Sebagai contoh, kebanyakan sanitiser berasaskan alkohol komersial mengandungi sekitar 75% etanol. Kajian menunjukkan bahawa untuk pembersih tangan dengan peratusan alkohol yang tepat, Mama perlu membiarkannya basah di tangan selama 15 saat supaya semua kuman mati. Semakin tinggi peratusan alkohol, semakin singkat masa sentuhan. Untuk sanitiser bebas alkohol yang mengandungi 0.2% benzalkonium klorida, contohnya, masa sentuhan adalah antara 1 hingga 2 minit.

Malangnya, ramai orang yang menggunakan sanitiser tangan tidak tahu tentang masa sentuhan atau contact time ini. Ada yang tidak membasahi tangan dengan sanitiser dengan betul dan memastikannya basah untuk jangka masa yang sewajarnya. Atau kadangkala, produk tersebut kering terlalu cepat sebelum ia berpeluang untuk berfungsi dengan baik. Ini bermakna, Mama hanya membazir dan tidak mendapat kebaikan yang dijanjikan.

Sekarang, bagaimana jika Mama Siti beritahu Mama ada pembersih tangan di luar sana yang boleh menyelesaikan masalah ini? Satu yang membasmi kuman dengan begitu pantas—hampir dalam sekelip mata sahaja! Jadi Mama tidak perlu risau tentang masa sentuhan lagi!

Memperkenalkan Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant

Mama mencari pembasmi kuman yang boleh membunuh 99.999% kuman dalam 1 saat? Haa, tak perlu risau lagi kerana Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant kan ada! Terbukti secara klinikal dengan masa sentuhan 1 saat yang mengagumkan, ia menyahaktifkan semua patogen pada permukaan dengan serta-merta. Ia juga tidak toksik, tidak melekit, bebas bilas dan tidak mempunyai bau yang kuat. Ini bermakna ia juga berfungsi sebagai sanitiser supaya Mama mendapat the best of the best!

Dirumus dengan HONa, formula revolusioner yang diperoleh daripada asid hipoklorus, pembersih bebas alkohol ini memberikan perlindungan sepanjang hari terhadap virus dan patogen tanpa menjejaskan kesihatan kulit atau kesejahteraan jangka panjang Mama. Ia juga boleh digunakan dalam pelbagai cara, selamat digunakan pada tangan dan permukaan.

Mama juga boleh menggunakannya pada pinggan mangkuk dan alatan dapur, kerana ia juga selamat gred makanan! Jadi, walaupun Mama kebetulan ter-spray sedikit pada makanan, Mama tak perlu risau—dan ini menjadikannya 100% selamat untuk kanak-kanak dan juga wanita hamil.

Cuba Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant Sekarang!

Sudah tiba masanya untuk Mama mencuba sanitiser Asylea yang bebas alkohol, mesra kulit, tidak toksik, dan gred makanan, yang akan berfungsi 15 kali lebih berkesan untuk membasmi kuman dan virus. Hanya satu saat selepas penggunaan Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant dan poof! Semua virus dan bakteria jahat yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit itu hilang. Jadi, Mama tunggu apa lagi?

Beli Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant di Shopee sekarang sebelum kehabisan stok. Mama takkan menyesal punyalah!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.