KelabMama

Sebulan Meriah dan Menyeronokkan Dengan Sambutan Istimewa di LEGOLAND® Malaysia

Hari ini, LEGOLAND® Malaysia Resort memulakan sambutan ulang tahun mereka yang ke-10 penuh dengan aktiviti luar biasa serta tawaran yang hebat. Selama sebulan, para pengunjung boleh penuhkan hasrat mereka untuk meneroka dan mencipta lebih banyak kenangan yang menakjubkan bersama rakan dan keluarga sepanjang sambutan ini berlangsung. Untuk menandakan peristiwa istimewa ini, LEGOLAND® Malaysia Resort telah membina Kek Ulang Tahun LEGO® setinggi 12 kaki. Kek tersebut menggunakan 90,000 LEGO® DUPLO®, dan lebih 320 jam untuk dilengkapkan. Direka dengan sentuhan yang melambangkan negara Malaysia, Kek Ulang Tahun LEGO® menonjolkan tiga elemen utama iaitu Burung Enggang, Wau dan Bunga Raya dan akan dipamerkan sepanjang bulan ini.

“Sedekad adalah peristiwa yang istimewa bagi kami di LEGOLAND® Malaysia Resort memandangkan sejauh mana kami telah melangkah jauh dan membina kenangan sepanjang hayat bersama. Kami telah mencipta memori indah dan pengalaman unik bersama di LEGOLAND® sejak 10 tahun yang lalu dan berhasrat untuk terus menciptanya dengan lebih banyak lagi,” kata CS Lim, Pengarah Bahagian di LEGOLAND® Malaysia Resort. Tambah beliau, “Untuk mengungkapkan rasa terima kasih kami yang tulus atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pengunjung kami, kami telah merancang pelbagai aktiviti dan tawaran hebat disediakan khas untuk sambutan penting ini. Tambahan pula, 15 September merupakan tarikh ‘lahir’ rasmi kami dan kami telah menyediakan pelbagai sambutan istimewa sepanjang hujung minggu yang kami harap dapat menambah kenangan indah buat semua pengunjung LEGOLAND®.”

Bulan Penuh Keceriaan & Aktiviti Yang Menyeronokkan di LEGOLAND®

Kek Gergasi Ulang Tahun Ke-10

Sediakan kamera Mama, buat pose terbaik dan kekalkan saat-saat yang tidak dapat dilupakan ini dengan kek LEGO® Build gergasi setinggi 12 kaki, yang dibina khas untuk sambutan hari lahir.

Cabutan Bertuah Hari Lahir Ke-10

Berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000. Putar Roda Bertuah dan menangi LEGOLAND® Hotel Stay, Pas Sehari LEGOLAND®, Pas Tahunan LEGOLAND®, Set LEGO® dan barangan eksklusif LEGOLAND®. Para pegunjung akan layak untuk menyertai dengan perbelanjaan minimum RM99 di mana-mana kedai di LEGOLAND® Malaysia Resort. Cabutan bertuah ini akan diadakan setiap Jumaat hingga Ahad dan pada Cuti Umum. Terdapat juga cabutan istimewa sehari sahaja iaitu pada hari Khamis, 15 September 2022.

Bina Mozek LEGO® DOTS Anda Sendiri

Serlahkan bakat kreatif Mama dan cipta mozek yang berwarna-warni dan bold dengan menggunakan LEGO® DOTS. Karya agung Mama akan dipaparkan di booth LEGO® DOTS untuk dihayati oleh pengunjung lain.

Persembahan Hari Lahir Yang Terbaik

Bayangkan setiap persembahan yang pernah Mama inginkan pada majlis hari lahir Mama. Bubble Shows, Magician’s extravaganza, Professional Balloon Sculptors, dan juga persembahan tarian. LEGOLAND® Malaysia akan merealisasikan kesemuanya di resort ini jadi, jangan terlepas pula persembahan kegemaran Mama tau!

Meet & Greet

Berjumpa dan berpesta dengan beberapa watak LEGO® kegemaran anak-anak Mama! Emmet, Ollie The Dragon, Bricky, dan Watak LEGO® terbaharu kami semuanya akan berada di sana.

Sambutan Istimewa Tanpa Henti Hanya Pada 15 – 18 September

Sepanjang hujung minggu 15 – 18 September, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan hebat tanpa henti selama 1 jam termasuk meet and greet dengan Jack & Emily, pertunjukan silap mata & belon, tarian bersama, cabutan bertuah istimewa dengan hadiah menarik dan banyak lagi!

Aktiviti Bertemakan Hari Lahir

Untuk maklumat lanjut mengenai Sambutan Hebat Ulang Tahun ke-10 LEGOLAND® Malaysia Resort, layari laman web rasmi atau halaman media sosial LEGOLAND® di Facebook dan Instagram.

Tawaran Eksklusif LEGOLAND®

Kemasukan PERCUMA Bagi “Birthday Week”!

Kanak-kanak berumur 11 tahun dan ke bawah boleh memasuki LEGOLAND® Malaysia secara PERCUMA pada Minggu Hari Lahir mereka dengan pembelian tiket dewasa 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park. Pengunjung Hari Lahir di bawah umur 11 tahun juga akan menerima kejutan istimewa, lencana butang dan baucar runcit RM20*.

Triple Park Pass Bagi Kanak-kanak Yang Menyambut Hari Lahir Dalam Minggu Tersebut + Bawa Rakan Secara PERCUMA

Ini adalah layak untuk kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah dengan Pas Tahunan Triple Park yang sah. Mereka boleh membawa KAWAN/KELUARGA mereka secara percuma pada Minggu Hari Lahir mereka (terhad kepada SATU tiket Double atau Triple Park CHILD sahaja). Pengunjung di bawah umur 11 tahun yang menyambut hari lahir dalam minggu tersebut juga akan menerima kejutan, lencana butang dan baucar sebanyak RM20.

Diskaun 10% F&B Untuk Pemegang Pas Tahunan

Pemegang Pas Tahunan akan mendapat diskaun tambahan 10% untuk pembelian F&B dari 15 – 30 September 2022.

“Gift with Purchase” Eksklusif Dengan Pembelian LEGO® Playset

Dapatkan Gift with Purchase yang eksklusif iaitu 30582 LEGO® Birthday Bear secara PERCUMA* dengan pembelian mana-mana LEGO Playsets berharga RM199 dan ke atas di kedai LEGOLAND Malaysia.

Jumpa anda di sana!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.