KelabMama

Jom Sediakan Diri ke Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke-66 di Putrajaya

Setiap tahun, seluruh negara Malaysia di setiap negeri akan mengadakan acara sambutan hari kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos bagi menghargai dan berbangga dengan keamanan serta kemerdekaan yang kita nikmati hari ini, hasil jasa daripada perjuangan orang terdahulu.

Namun sambutan terbesar akan diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke- 66 tahun 2023 akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Walaupun kebiasaannya acara sambutan hari kemerdekaan diadakan di dataran merdeka Putrajaya juga pernah menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Mama Papa yang dapat cuti tu, mari ramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-66! Mama Siti nak kongsikan pelbagai acara dan aktiviti menarik di sana.

Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-66 Putrajaya

Tarikh : 31 Ogos 2023
Waktu : 7:00 pagi
Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 3

Tema

Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan ialah tema yang dipilih bagi mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah bangsa yang memiliki semanagt perpaduan yang tinggi, bersatu padu seta kehidupan yang aman dan sejahtera.

Maksud

Malaysia Madani bermaksud sebuah konsep panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran negara yang lebih manusiavi. la bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Logo

Kredit gambar: permohonan.my

Lagu Tema

Tajuk: Malaysia Madani
Ciptaan : Bunkface
Lirik : Sam & Pidaus
Penyanyi : Bunkface

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malavsia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hat jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani
Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Dava cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
Malaysia! Madanil
Bersatu
Untuk
Negara
Kita

Acara Menarik

Kredit gambar: azhafizah.com

Perarakan

Tidak dilupakan sama sekali 37 kumpulan pancaragam yang mengiringi kontinjen semasa acara perbarisan dan perarakan!

Kredit gambar: Instagram- Merdeka360

Persembahan Lain-Lain

Pelan Tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya dibahagikan kepada lima zon iaitu :

Kredit gambar: azhafizah.com

Lokasi Pick & Waktu Operasi Shuttle Bus Sambutan Hari Kemerdekaan 2023

Laluan pertama

Pick Up Point : Terminal Putrajaya Sentral, Presint 7
Drop Off Point : di Jalan Tun Abdul Razak, Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya, Presint 3

Laluan kedua

Pick Up Point : di Putrajaya International Convention centre (PICC)
Drop Off Point : di Jalan Tun Hussein (Belakang Istana Kehakiman), Presint 3

Masa operasi bermula dari pukul 4:00 pagi hingga 2:00 petang. Perkhidmatan shuttle bus akan beroperasi setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit bukan pada waktu puncak.

Untuk maklumat lanjut, layari http://merdeka360.my/web/


Mama Siti akan kongsikan banyak lagi maklumat acara terkini di SINI.