KelabMama

Ceriakan Sambutan Krismas Bersama Yang Tersayang di Sunway Velocity Mall!

Tahun 2020 merupakan tahun yang banyak mengajar kita erti kesabaran dan kesyukuran yang tinggi. Melihat dari sudut positif, atau ‘at the other side of the coin’, kita harus bersyukur kerana kita masih mempunyai ahli keluarga dan rakan-rakan yang masih bersama kita untuk menempuhi dugaan sepanjang pandemik ini. 

Untuk mengembalikan keceriaan anak-anak dan seisi keluarga sebelum berakhirnya tahun ini, Mama Siti mencadangkan anda membawa mereka ke kempen Blessed Christmas di Sunway Velocity Mall. Musim Krismas sangat sinonim dengan aktiviti memberi atau menukar hadiah. Jadi gunakan peluang ini untuk menghadiahkan barangan yang sesuai untuk yang tersayang sebagai simbol penghargaan. 

Kempen Blessed Christmas di ruang Main Atrium Sunway Velocity Mall telah berlangsung bermula 20 November 2020 yang lalu sehingga 3 Januari 2021. Bolehlah anda masukkan dalam senarai aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Anak-anak juga pasti lebih seronok dan ‘excited’! 

Saat para pengunjung mula melangkah masuk ke pusat membeli-belah ini, anda bakal disambut dengan dekorasi lampu-lampu, hiasan Santa dan pokok Krismas yang cantik.

Anda boleh mengunjungi pelbagai kedai menarik seperti POPULAR, MILANO, Little Pleasures, Veesee, Skin10, Krispy Kreme, dan banyak lagi untuk mencari hadiah yang sesuai buat yang tersayang. 

Satu tip khas untuk isteri, beritahu encik suami untuk banyakkan bersabar apabila berkunjung ke kempen Blessed Christmas di Sunway Velocity Mall ini kerana anda pasti akan mengambil masa agak lama untuk ‘window shopping’ (dan ‘shopping’!) pelbagai aksesori, cermin mata, produk penjagaan kulit, permainan untuk anak-anak, snek dan sebagainya. 

Selesai membeli-belah, cuit hati encik suami dengan bergambar di dekorasi Krismas yang berwarna-warni di ruang Main Atrium tersebut. Inilah peluang untuk bergambar bersama ahli keluarga berlatarbelakangkan hiasan yang cantik, setelah beberapa bulan terperap di rumah. 

Dalam anda bergembira mengunjungi Blessed Christmas ini, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang disediakan. Pastikan anda dan anak-anak memakai pelitup muka, skan kod MySejahtera atau isi maklumat anda, kerap mencuci tangan dan menggunakan ‘hand sanitiser’. 

Sunway Velocity sendiri juga memastikan kempen ini dijalankan dengan mengikut SOP yang ketat untuk keselamatan para pengunjung dan pekerja termasuk penjarakan sosial, menyediakan ‘hand sanitiser’ dan had kapasiti di dalam kedai. Oleh itu, anda boleh membeli-belah tanpa risau. 

Hadiah Eksklusif & Tawaran Menarik di Blessed Christmas Sunway Velocity Mall 

Yang lebih menarik, bagi setiap jumlah pembelian RM200 dan ke atas, anda berpeluang untuk mendapatkan beberapa hadiah dan tawaran menarik yang lain:

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar Sebagai Ahli Sunway Pals & Dapatkan LEBIH BANYAK Freebies!

Untuk mendapatkan lebih banyak hadiah dan tawaran menarik yang lain sepanjang kempen ini berlangsung, anda boleh mendaftar sebagai Ahli Sunway Pals dengan memuat turun aplikasi Pals for Life. Malah, anda juga akan diberikan sebuah katalog mengenai promosi dan diskaun-diskaun yang berlangsung di Sunway Velocity Mall.  

Gunakan peluang ini untuk mengembalikan keceriaan di wajah anak-anak (walaupun kita masih harus berjaga-jaga) dengan berkunjung ke Sunway Velocity Mall. Dengan hiasan Krismas yang berkilauan dan berwarna-warni, tidak ragu lagi bahawa pusat membeli-belah ini menjadi salah satu tempat untuk anda kunjungi sebelum tibanya tahun baru.

Untuk maklumat lanjut dan pelbagai promosi terkini, layari laman rasmi Sunway Velocity Mall dan jangan lupa untuk ‘follow’ Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok Sunway Velocity Mall hari ini.