KelabMama

Sambut Raya ‘PKP Style’ Bersama Keluarga

Sambut raya dalam PKP? Kekoknya rasa. Tapi nak buat macam mana kan. Keselamatan kita semua harus diutamakan dan kita perlu patuh dengan saranan kerajaan. Abah kita iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan larangan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Larangan ni dibuat supaya kita semua kekal duduk dekat rumah dan kita semua selamat dari dijangkiti virus COVID-19.

Jangan lah sedih ya kalau tak dapat balik kampung. Mama Siti pun sedih tak dapat balik kampung juga. Nak buat macam mana, ni semua demi kebaikan kita semua.

Disebabkan tak boleh balik kampung, tak bermakna raya tahun ni cancel. Kita still boleh sambut raya tapi dengan cara online lah. Zaman sekarang ni semua pakai online je. Kasih sayang antara keluarga tu tetap erat walaupun berjauhan.

Jadi, Mama Siti akan bagitahu tips-tips yang boleh kita buat supaya kita feel mood hari raya yang sama macam kita sambut dekat kampung.

#1 Deko rumah sendiri dengan elemen Hari Raya

Bila tak boleh balik kampung, apa kata kita cipta sendiri mood dan vibes hari raya.

Korang kan kreatif. Apa kata, kita hias seluruh rumah dengan elemen raya. Macam, pasang pelita dekat luar rumah, pasang lampu ‘liplap’, gantung kad raya, gantung ketupat sebagai hiasan, bersihkan rumah dan macam-macam lagi lah.

#2 Masak masakan tradisi nenek moyang kita

Setiap keluarga mesti ada signature dish dia bila hari raya ni. Apa kata, korang call ibu bapa yang berada di kampung tu minta resepi. Malam raya nanti, korang try lah buat sendiri. Tak sedap tak apa, asalkan tradisi tu dapat dikekalkan. Bila, habis PKPB nanti korang balik kampung belajar masak dengan ibu bapa.

#3 Beli baju raya online je. Sepasang dua dah cukup.

Sebabkan raya tahun ni adalah secara bersederhana, tak bermakna kita tak boleh beli baju raya. Belilah satu atau dua helai ke. Yang penting, elakkan keluar rumah. Korang, boleh beli baju tu secara online. Mama Siti tengok banyak baju-baju raya yang cantik yang jual secara online tu. Harga pun ok juga. Bila dah ada baju raya, baru boleh ber-ootd nanti.

#4 Tak payah angpao. Transfer online je duit raya!

Sumber : Amanz

Zaman sekarang kan dah canggih. Walaupun, tak dapat beraya dengan family korang boleh bagi raya secara e-Duit Raya je. Boleh terus buat transaksi atas talian je masa nak bagi dekat ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Buat awal- awal supaya bajet korang tak lari dari apa yang korang plan nak bagi.

#5 Pagi raya kenalah bangun awal dan bersiap cantik-cantik

Bila tak dapat balik raya, jangan ingat korang boleh tidur sampai tengahari pula. Bangun awal, persiapkan diri cantik-cantik dengan baju raya dan makan pagi dengan family walaupun berjauhan,

Kalau korang tak boleh video call, korang still boleh telefon diaorang untuk tanya khabar.

#6 Wajib buat walaupun berjauhan : Bermaaf-maafan

Biasa, kan kalau pagi raya mestilah ada sesi bermaaf-maafan dengan ahli keluarga. Masa tulah nak minta maaf dan cium ibu bapa masing-masing. Tapi, tahun ni lain sikit ya.

Korang still boleh mohon maaf dengan ibu bapa korang dengan cara online. Buat video call dengan diaorang. Walaupun berjauhan, hubungan kekeluargaan tu masih dapat dieratkan.

#7 Nikmati hidangan Hari Raya dengan keluarga dalam video call

Mama Siti tahu moment ni lah paling terkesan sekali sebab tak dapat makan sekali dengan keluarga. Mana taknya, dah sebulan kita puasa hidangan pagi raya tu lah yang paling bermakna dan lagi ‘feel’ dengan keluarga.

Jangan risau, masih lagi boleh makan sama-sama dengan keluarga. Caranya, ialah buat videocall beramai-ramai. Korang boleh guna Google Hangouts, FaceTime, Whatsapp dan macam-macam lagilah.

#8 Perut dah kenyang, masa untuk Family Photo!

Sumber : Rev Asia

Akhir sekali, inilah sesi yang kita tunggu iaitu bergambar bersama ahli keluarga. Dah cantik-cantik pakai baju raya. Kita amiklah gambar dengan ahli keluarga. Walaupun tinggal berjauhan, family portrait tak boleh dilupakan ya.

Walaupun buat videocall dengan keluarga, korang still boleh ambil gambar beramai-ramai. Lepastu, simpan buat kenangan sebagai “Memori Raya PKPB 2020 Bersama Keluarga”.

Korang jangan sedih-sedih ya tak dapat balik kampung. Bila keadaan dah reda, korang balik kampung lah ya. Lagi satu, jangan raya je call ibu bapa. Call lah diaorang selalu. Mesti diaorang happy bila kita call diaorang.

Sumber: Says.com

Baca Juga: Ramadan & Raya: Resepi Khas Daripada Mama

Pesan Mama Siti

Walaupun kita berjauhan dengan keluarga. Percayalah, ini dibuat demi kebaikan kita semua. Sabar ya. Sikit je lagi kita nak menang lawan virus COVID-19 ni. Ingat, stay safe and stay at home. Mama Siti ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.