KelabMama

Sambut Hari Jadi Anak Tersayang Yang Penuh dengan Pelbagai Aktiviti Cool, Best & Meriah!

Bulan depan adalah bulan istimewa untuk anak manja Mama Siti. Sejak dari awal tahun lagi Mama Siti sudah merancang jamuan hari jadi yang istimewa bersama rakan-rakan tadikanya kerana tahun depan dia akan masuk darjah satu. Si bongsu tak henti bertanya, “apa plan Mama untuk birthday saya?”

Di musim pandemik ini, tidak selamat untuk mengadakan majlis hari jadi. Tambahan pula, ia melibatkan masa merancang dan belanja yang banyak. Mama Siti yakin pasti ada mama di luar sana yang berada dalam keadaan bersalah sama ada hendak meraikannya atau tidak. 

Nasihat Mama Siti, raikanlah dengan penuh istimewa. Jika si kecil sudah mampu memberi pendapat, cuba tanyakan apa yang hendak dilakukannya.

Jika dia masih belum mampu membuat keputusan atau mungkin ketandusan idea, Mama Siti ada satu cadangan menarik untuk mama-mama sekalian. Hadiahkan si anak dengan sambutan hari jadi seharian di Sunway Velocity Mall dengan pelbagai aktiviti menarik sempena hari istimewanya.  Ada banyak benda yang boleh dilakukan di Sunway Velocity Mall yang membuatkan anak gembira dan mama berpuas hati. 

8 Perkara Cool Sambut Hari Jadi di Sunway Velocity Mall 

#1 Jadi Ahli Elit VeloKiddie

Jika anak anda belum lagi mendaftar, mulakan hari jadinya dengan menjadi ahli VeloKiddie. Banyak aktiviti dan tawaran menarik sepanjang tahun disediakan untuk ahli VeloKiddie. 

Mama cuma perlu sign up online di sini! Kini, Mama juga boleh sign up melalui Sunway Velocity Mobile App.

Selepas pendaftaran, pastikan mama singgah ke kaunter informasi di Sunway Velocity Mall untuk mendapatkan hadiah misteri.

Selepas menjadi ahli, mama juga boleh mendapatkan tawaran-tawaran menarik yang ada. Pasti si anak gembira mendapat pelbagai hadiah, dan mama juga senang hati dengan tawaran yang diberi. 

 #2  Luangkan Masa di Taman Tema Kanak-kanak di T&T Kidzpark Theme Park

Mulakan sambutan hari jadi si anak di T&T Kidzpark Theme Park, iaitu taman tema kanak-kanak yang selesa dan berhawa dingin. Anak mama pasti gembira dan rambang mata hendak mencuba semua permainan yang ada di sini.

Ada pelbagai permainan untuk dicuba termasuk kereta langgar bumper cars yang mengujakan, carousel kuda pusing yang mengasyikkan, keretapi mini yang yang ceria dan banyak lagi. Si anak pasti berpuas hati bermain di taman tema ini tanpa jemu. 

#3 Cungkil Bakat Seni Anak di 7th Tone Creative

Setelah puas bermain, rehatkan anak dengan aktiviti santai dan tenang di 7th Tone Creative, pusat seni & kraf yang unik di tingkat 5 Sunway Velocity Mall. Setiap kanak-kanak pasti ada bakat seni yang tersembunyi di dalam diri masing-masing.

Sumber: sunwayvelocitymall.com

Bermain dengan warna dan mengolah bahan-bahan terbuang menjadi hiasan indah pasti mengasyikkan. Si anak pasti gembira apabila dapat menunjukkan bakatnya itu.   

#4 Kanak-kanak Makan Percuma di Restoran Mewah 

Selepas puas bermain dan mengasah bakat seni, mesti perut sudah mula berkeroncong. Pilih sahaja mana-mana restoran yang ada di Sunway Velocity Mall mengikut selera masing-masing. Penuhilah permintaan si anak supaya dia rasa istimewa dan diraikan. Ada banyak restoran yang menawarkan makanan percuma untuk kanak-kanak.

Sumber: sunwayvelocitymall.com

Mama boleh bertanya pada pihak restoran untuk kepastian. Antara restoran yang ada untuk anak pilih termasuklah Chili’s, Seoul Garden Hot Pot, Pizza Hut, dan banyak lagi. Jangan lupa belikan kek hari jadi untuk si anak tercinta. 

Anak-anak pasti teruja jika dibawa menikmati makanan kegemaran mereka seperti waffle yang sedap dan aiskrim yang menyelerakan di A&W dan Shabu-Yo. Tambah menarik lagi, kanak-kanak diberi harga istimewa apabila makan di hidangan pelbagai pilihan bufet Sukishi!

Sumber: sunwayvelocitymall.com

#5 Bergaya dengan Baju Terkini Mengikut Citarasa Anak

Sesudah kenyang mengisi perut, apa kata mama bawa anak mencuba pelbagai pakaian yang trendy dan terkini di Cotton On Kids di Tingkat 1 Sunway Velocity Mall. Mama juga boleh ke Poney dan Mothercare, untuk mendapatkan pelbagai pakaian untuk bayi dan kanak-kanak serta kasut dan mittens untuk si manja Mama.

Corak pakaian yang ceria, warna yang menarik serta gaya terkini pasti membuatkan anak seronok mencuba satu-persatu pakaian yang ada di rak. Serlahkan gaya si anak dengan mempamerkan cara dandanannya sendiri. Bolehlah mama buat challenge OOTD untuk melihat citarasa kreatif si anak. Kalau ada yang berkenan, bolehlah tambah koleksi yang bersesuaian dengan gaya dan umur barunya.     

#6 Main dan Main Lagi

Kanak-kanak takkan pernah puas bermain. Jadikan hari istimewanya bukan sahaja di satu taman tema permainan, tapi, singgah juga di Taman Permainan Indoor yang ada di Sunway Velocity Mall, KidzB di Tingkat 2.

Sumber: sunwayvelocitymall.com

Mesti anak tak percaya yang dia boleh bermain dan main lagi dan lagi tanpa jemu. Mama pun bolehlah berehat sebentar sambil anak leka bermain di taman permainan KidzB itu. 

#7 Hadiah-hadiah Menarik untuk Anak-anak!

Mama boleh mendapatkan hadiah untuk anak-anak di beberapa ‘outlet’ menarik seperti Bath & Kids, menjadikan masa mandi anak-anak lebih menyeronokkan dan juga di Smiggle dengan mendapatkan alat tulis yang cantik dan berwarna-warni. Sesuai untuk sesi persekolahan secara fizikal yang baru bermula.

#8 Hadiah Bermakna Dari Toys “R” Us

Seharian meluangkan masa di Sunway Velocity Mall, pasti tak lengkap kalau tak singgah di kedai mainan ternama Toys “R” Us. Akhiri hari istimewa si anak dengan memberi dia pilihan memiliki mainan istimewa untuk kenangannya pada hari jadi ini. Pasti dia akan gembira dan berterima kasih. Yang penting sekali, mama pasti berasa puas apabila dapat meraikan hari jadi anak tercinta walaupun di musim pandemik ini. 

Sumber: sunwayvelocitymall.com

Mama Siti yakin, meraikan hari jadi dengan meluangkan masa seharian di Sunway Velocity Mall pasti akan meninggalkan kenangan yang terindah buat anak dan mama. Mungkin nampak simple dan ‘sempoi’ tapi kegembiraan yang dirasai dan waktu yang diluangkan seharian dengannya adalah sesuatu yang tidak boleh diganti dengan perkara lain. 

Untuk makluman mama, Sunway Velocity Mall juga mengambil berat aspek-aspek kebersihan dan keselamatan supaya semua pengunjung tenang berada di sini. Kalau mama perlukan maklumat lanjut, mama boleh lawati pautan berikut:

Kalau Mama perlukan maklumat lanjut, mama boleh layari laman rasmi Sunway Velocity Mall atau ikuti Sunway Velocity Mall di media sosial Facebook dan Instagram.

Jadi, mama tunggu apa lagi? Jom raikan hari istimewa si manja di Sunway Velocity Mall!