KelabMama

SALAH FAHAM TENTANG ZIKA

Stima kepada individu serta keluarga yang di jangkiti virus Zika merupakan salah satu isu yang berlaku di sesetengah negara yang mengalami wabak Zika. Salah faham dan persepsi salah masyarakat berlaku akibat kesilapan dan pemahaman yang kurang tepat mengenai Zika.

Seseorang yang di jangkiti virus Zika hanya menjadi perumah (host) aktif virus zika pada tempoh masa yang singkat iaitu kira kira 3 hingga 5 hari sahaja. Selepas telah sembuh dan virus telah hilang dari dalam DARAH, individu tersebut bukan lagi perumah virus Zika yang boleh menjangkiti komuniti lain setempat.

Setelah sembuh dari jangkitan Zika,individu tersebut akan memiliki ANTIBODI terhadap virus tersebut selama lamanya. Ini bermakna sekiranya anda di jangkiti virus tersebut minggu lalu, dan anda telah sembuh sepenuhnya, nyamuk yang mengigit darah anda minggu ini TIDAK akan menyebarkan virus Zika lagi. Individu ini TIDAK akan menjadi pembawa virus dan menyebarkan kepada komuniti.

Namun virus Zika tinggal lebih lama di dalam cecair badan seperti air kencing dan Air mani (semen). Oleh sebab itu, lelaki yang di jangkiti virus Zika di sarankan untuk menggelakkan sex tanpa perlidungan dalam tempoh 6 bulan untuk mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan kandungan

Zika merupakan RNA virus dan ia mengalami proses replikasi dan perubahan kod genetic. Ia merebak melalui gigitan nyamuk dan hubungan sex, oleh itu untuk mengelakkan dari jangkitan Zika, lindungi tubuh dari gigitan nyamuk, serta sentiasa amalkan hubungan sex selamat.