KelabMama

10 TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA CARA DATUK USTAZAH SITI NOR BAHYAH

Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara. Tambah ikon pendakwah terkenal, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, seorang penyair Arab bernama Ahmad Syauqi juga pernah berkata, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah. Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan satu bangsa yang berakar umbi baik. Nama figura VIP ini cukup sinonim dengan program televisyen Semanis Kurma yang bersiaran melalui saluran TV9 bersama suaminya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Keakraban dan kemesraan beliau bersama keluarga sewajarnya menjadi contoh kepada semua. Ustazah Bahyah turut berkongsi beberapa tip ini untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Semak tip berikut dan cuba amalkan sama-sama ya!

 

TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA

 

8 P RESEPI KEBAHAGIAN

1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan

5) P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6) P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

 

 

 

 

Sumber:.islamituindah.us