KelabMama

10+ Idea Rumah Kucing Indoor & Outdoor – Beli Siap dan DIY

Jangan main-main dengan ‘the power of cat’ tau! Bak kata orang dulu, tak kenal maka tak cinta. Mama Siti yang dulunya tidak suka dengan kucing, kini sanggup menghabiskan duit hanya untuk si bulu manja ni. Sampai ada sediakan rumah kucing khas untuknya lah!

Oleh itu, artikel kali ini khas untuk Mama yang nak cari idea rumah kucing yang boleh diletakkan di dalam rumah dan di luar rumah. 

11 Idea Rumah Kucing (Indoor & Outdoor)

#1 Rumah Playpen

Kredit gambar: dshop.com.au

Rumah kucing yang berkonsepkan playpen. Kandang kucing berbentuk seperti sebuah rangka besi yang besar. Tahukah Mama? Saiz dan bentuknya boleh diubah mengikut citarasa Mama. 

Jika Mama ada lebih dari satu kucing, boleh letakkan mereka di tingkat yang berasingan kalau bimbang mereka akan menyakiti antara satu sama lain. 

#2 Jenis Kayu Bertingkat

Kredit gambar: oyen.club

Reka bentuk yang satu ini mempunyai tiga lapisan tingkat berasingan. Di setiap tingkat terdapat alas tidur, tempat bermain dan tempat membuang najis.

Rumah kucing kayu bertingkat sesuai digunakan di bahagian dalam rumah atau indoor

Perkara menarik bagi Mama Siti ialah roda di setiap penjuru bahagian bawah rumah tersebut. Oleh itu, kandang kucing boleh dialihkan dengan mudah.

#3 Jenis Kayu Mini (Indoor & Outdoor)

Kredit gambar: tokopedia.com

Apa yang ditawarkan bagi design jenis kayu mini ini ialah tempat makan dan minum serta ruang tertutup untuk kucing rehat. 

Bahan kayu keras dan berkualiti membolehkan ia diletakkan di dalam rumah atau di luar rumah. Kandang kucing kayu mini telah siap pasang. Oleh itu, Mama dan Papa tidak perlu berfikir lagi cara untuk membinanya sendiri di rumah.

#4 Jenis Yang Boleh Dilipat

Kredit gambar: m.aliexpress.com

Rumah untuk si bulu Mama jenis ini boleh lipat, menjadikannya sesuai untuk Mama dan Papa yang selalu perlu bepergian disebabkan pekerjaan dan urusan lain. 

Ia hanya menggunakan bahan yang mudah dicuci dan boleh dimuatkan sebanyak dua ekor kucing dalam satu masa. 

Pasangkan rumah yang boleh dilipat ini jika ada tetamu datang ke rumah. Manalah tahu kalau-kalau tetamu Mama belum biasa dengan kucing.

#5 Rumah Mini (Indoor)

Kredit gambar: amazon.co.uk

Nampak macam rumah sebenar kan? Bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan ringan iaitu polyester dan kapas sutera.

Kelebihan:

#6 Rumah Haiwan Oktagon

Kredit gambar: Shopee

Rangka rumah kucing ini diperbuat daripada dawai tahan lasak. Oleh itu, jangka hayatnya pun panjang kerana kelebihan yang terdapat di rumah haiwan oktagon ini. 

Kelebihan: 

#7 Rumah Banglo Kucing

Kredit gambar: warongmall.net

Pertama sekali mari kita bincangkan tentang harga. Memandangkan rumah banglo kucing ini bersaiz besar dan dilengkapi dengan pelbagai hiasan dalaman, rasanya Mama boleh agak tak berapa harganya? 

Harga yang dipaparkan di Warongmall.net ialah RM 4800. Ia disertakan dengan roda untuk tujuan alih tempat. Selain itu, terdapat empat ruang laci untuk menyimpan mainan, ubat atau makanan kucing.

#8 Bilik Cermin

Kredit gambar: keluargaana.com

Bagi Mama yang berminat menyediakan bilik cermin untuk kucing kesayangan, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. 

Pertama, bajet. Ya, kos untuk membuat bilik cermin boleh mececah ribuan ringgit. Kedua, kebolehlaksanaan untuk membina bilik cermin kucing. 

Apa yang diperlukan ialah ruang yang luas, pengudaraan dan rekaan dalaman rumah kucing. Konsep rumah kucing ialah terbuka, jadi ia tidak memerlukan langsir atau kertas dinding pada cermin.

#9 Jenis Batu Bata

Kredit gambar: jengokseminit.blogspot.com

Rumah kucing jenis batu bata ialah binaan kekal dan diletakkan di bahagian luar rumah. Posisinya terpulang sama ada Mama ingin meletakkannya di bahagian depan, tepi mahupun belakang rumah. 

Rumah kucing batu bata sesuai untuk kediaman yang mempunyai laman luas. Ini kerana strukturnya juga memerlukan ruang yang agak besar demi keselesaan si bulus. 

#10 Jenis Berbumbung

Kredit gambar: oyen.club

Ciri-ciri penting yang ada pada rumah kucing ini ialah tingkap untuk pengudaraan, jaring tahan lasak dan alas laintai sebagai sofa kucing.

Rumah kucing yang ringkas dan kemas sesuai diletakkan di luar rumah. Paling penting saiz rumah ini cukup besar untuk kucing-kucing bermain dan berehat.

#11 Tree House (Indoor & Outdoor)

Kredit gambar: walmart.com

Rumah kucing yang satu ini kebiasaannya diletakkan di dalam rumah. Namun begitu, Mama boleh juga meletakkan treehouse ini di luar rumah, asalkan ianya berbumbung dan terlindung matahari.

Kelebihan:

DIY RUMAH KUCING

#1 Rumah Kotak

Pemilik kucing tak terlepas dari keadaan kucing yang lebih memilih kotak berbanding rumah kucing yang telah kita sediakan. 

Kajian dari jurnal PLOS One yang diterbitkan pada tahun 2019 mendapati kucing menjadi lebih bertenang ketika berada dalam di dalam kotak

Ini kerana kotak ialah tempat yang terbaik untuk bersembunyi dan memberikan kehangatan terhadap kucing. 

#2 Tudung Saji

Kredit gambar: Facebook

Mama yang suka DIY kandang kucing, mari kia buat rumah kucing dari tudung saji. Bahan dan cara membuatnya adalah seperti berikut;

Bahan-bahan 

Cara-cara

#3 Paip PVC

Kredit gambar: oyen.my

Cara membuat sangkar kucing PVC lebih sukar berbanding tudung saji. Oleh itu, Mama Siti cadangkan Mama untuk tonton video daripada Victor Makkoijo.

Kelebihan rumah kucing PVC ialah ia boleh memuatkan lebih banyak kucing dari yang kecil hingga dewasa. Selain itu, kita bebas membuat reka bentuk, lebih-lebih lagi untuk rekaan bahagian dalam.


Dapatkan rumah idaman Mama dengan pelbagai tips dan inspirasi dekorasi DI SINI.