KelabMama

10 Senarai Rumah Anak Yatim di Kelantan Yang Berdaftar

rumah anak yatim di Kelantan

Di negeri serambi Mekah ini, terdapat banyak rumah anak yatim Kelantan yang boleh anda raikan atau beri sumbangan, tak kisahlah sama ada pakaian, makanan ataupun sumbangan dari segi kewangan.

Sebagai seorang Muslim, ayuh kita mengejar pahala dengan bersedekah atau meraikan anak-anak yatim yang istimewa kedudukannya ini seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W, iaitu:

مَنْ قَبَضَ يَتِيمًا مِنْ بَيْنِ الْمُسْلِمِينَ إِلَى طَعَامِهِ وَشَرَابِهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الجَنَّةَ الْبَتَّةَ إِلاَّ أَنْ يَعْمَلَ ذَنْبًا لاَ يُغْفَرُ لَهُ

Maksudnya:

“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.”

(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, no. 1917)

Jadi, untuk Mama dan Papa yang ingin mencari rumah anak yatim di negeri Kelantan, di bawah ini Mama Siti telah pun senaraikan beberapa pilihan untuk memudahkan urusan anda semua. Jom lihat!

Senarai Rumah Anak Yatim di Kelantan

#1. Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan

Kredit gambar: Google review @YAATIM Kelantan

Rumah anak yatim ini telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Pemegang Amanah 1952.

Ia juga turut berdaftar dengan Akta Pusat Jagaan 1993 (Seksyen 10) dengan No. Perakuan D/PJB KK 003/2021 serta Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (No Perakuan D/PJB KK 003/2021 – No. 1181) dengan Tempoh Perakuan adalah dari 22/03/2021 sehingga 21/03/2026.

Alamat:

No. Telefon:

Facebook/Website:

#2. Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa’ Lilbanat Siti Aminah

Kredit gambar: Google review @Nazry 9917

Rumah anak yatim di Kelantan ini ditubuhkan pada Mei 2014, di Pasir Pekan, Kota Bharu dengan tiga misi utama iaitu:

Alamat:

No. Telefon:

Facebook/Website:

#3. Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa’ Lilbanat Darul Huffaz

Kredit gambar: Facebook @Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa’ – Lilbanat Darul Huffaz

Rumah anak yatim ini pula ditubuhkan pada 26 Disember 2014, yang beroperasi di Bachok, Kelantan.

Alamat:

No. Telefon:

Facebook/Website:

#4. Home Orphans (Trustee) Of Madam Salimah

Kredit gambar: Google review @Rumah Anak-Anak Yatim Salimah (RAYS)

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

#5. Asrama Bakti Machang

Kredit gambar: Google review @mohamad fauzi

Alamat:

No. telefon

Facebook/Website:

#6. Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim

Kredit gambar: Google review @budu sedap

Dinaungi oleh Ustaz Mohd Nazry bin Mohamad Nor, rumah anak yatim di Kelantan ini menempatkan khususnya anak-anak yatim perempuan bagi membantu dalam memberikan pendedahan pendidikan meliputi kemahiran dan tahfiz yang berumur di antara 6 hingga 17 tahun dari seluruh semenanjung Malaysia.

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

#7. Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (PAYATIM Kelantan)

Pertubuhan yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 2017 ini merupakan pertubuhan kebajikan awam dengan slogan “Membela, Mendidik dan Memimpin ke Jalan Allah SWT”.

Tujuannya adalah untuk mencari dan mengumpul dana daripada pelbagai sumber yang dibenarkan untuk membantu golongan asnaf seperti anak-anak yatim miskin, anak-anak terbiar, mualaf, orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, pusat pengajian pondok (Tahfiz), mangsa bencana, pusat jagaan anak yatim, orang tua dan sebagainya.

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

#8. Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih

Kredit gambar: Facebook @Rumah Tunas Harapan

Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih merupakan pusat kebajikan yang dikendalikan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah beroperasi sejak 1998.

Pusat ini menempatkan kanak-kanak dan remaja terbiar tanpa pembelaan dari mana-mana pihak dan kes telah dirujuk JKM, yang berasal daripada keluarga miskin dan bermasalah seperti ibu bapa bercerai serta penderaan dengan mengamalkan konsep “Ibu Pelihara”.

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

#9. Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam

Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam merupakan pusat kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim di bawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Unit Darul Aitam berfungsi secara khusus untuk mengurus serta mengelola sebarang hal ehwal yang berkaitan dengan kebajikan anak-anak yatim dan penubuhan Darul Aitam di bawah Seksyen 7 (1)(C) Enakmen MAIK 1996.

Alamat:

No. telefon:

#10. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKA YATIM)

Kredit gambar: Facebook: @Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan

PEKAYATIM merupakan sebahagian daripada PEYATIM – Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Malaysian’s Orphans Welfare Organisation(1193/96 Kel)) yang ditubuhkan pada 10 Julai 1996. Ia menyediakan pendidikan dalam bentuk Tahfiz al-Quran, penjagaan anak-anak yatim, dan membantu mempersiapkan mereka untuk masa depan.

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

Semoga dengan perkongsian senarai rumah anak yatim Kelantan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi anda maklumat yang diperlukan dan semoga dengan asbab perkongsian ini juga kita sama-sama beroleh kebaikannya, InsyaAllah!

Untuk senarai rumah anak yatim di kawasan lain, boleh klik SINI!