KelabMama

Jom Berinfak di 4 Buah Rumah Anak Yatim di Bangi dan Berdekatan Ini

rumah anak yatim bangi

Kredit gambar: Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/miskin Rukaiyah

Infakkan harta dan tenaga anda semua di empat buah pilihan rumah anak yatim Bangi dan kawasan berdekatan dengannya untuk kumpul pahala berlipat kali ganda yang berpanjangan.

Semua rumah anak yatim ini sangat-sangat memerlukan keprihatinan dan budi baik anda untuk kelangsungan hidup dan pendidikan mereka.

Semoga dengan sedikit huluran yang kita bagi ini, meringankan beban dan menambah ceria di hati mereka. Jom lihat senarai rumah anak yatim terbabit!

Senarai Rumah Anak Yatim Bangi dan Kawasan Berdekatan

Kredit gambar: rumahbaktinurain.wixsite.com

#1. Rumah Bakti Nur Ain Bangi Selangor

Rumah Bakti Nur Ain merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Nur Ain di mana ia didaftarkan pada 25 Februari 2014.

Rumah anak yatim ini ini menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi anak-anak yatim dan setakat ini menempatkan 25 orang anak-anak yatim dari seluruh Malaysia, yang terdiri diri tiga perempuan dan selebihnya lelaki.

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

#2. Rumah Bakti Al Kausar Bangi

Kredit gambar: Rumah Bakti Al-Kausar

Rumah Bakti Al Kausar merupakan rumah anak yatim yang telah dicadangkan penubuhannya oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna untuk menempatkan anak-anak yatim dan miskin.

Ia telah didaftarkan dengan nombor sijil pendaftaran 4491-11-SEL pada 10 Oktober 2011. Sehingga ke hari ini lebih kurang 24 orang anak-anak yatim dan miskin telah menaungi di bawah pertubuhan ini.

Melalui kata sepakat yang telah dicapai, Jawatankuasa telah menamakan pertubuhan ini dengan nama yang digelar sebagai Pertubuhan Kebajikan Al Kausar Bangi Selangor dan nama Rumah Bakti Al Kausar pula dipilih untuk rumah anak yatim pada 17 September 2011.

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

#3. Rumah Anak Yatim Darul Izzah

Kredit gambar: Google review @Ahmad Somad

Rumah anak yatim yang berada berdekatan bangi ini merupakan sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan pada 1996 dengan tujuan untuk memberi perlindungan dan penginapan kepada anak anak yatim dan anak anak yang kurang bernasib baik.

Rumah anak yatim ini juga turut menawarkan pendidikan percuma yang diberikan kepada penghuni yang berumur 7 hingga 17 tahun.

Darul `Izzah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Idris Omar pada pertengahan 1996 di Kampung Teras Jernang dengan pengambilan pelajar pertama bermula pada sesi persekolahan 1997.

Melalui pertubuhan rumah anak yatim ini, seramai 9 orang pelajar lelaki ditempatkan di asrama Darul Izzah, Bangi manakala pada tahun 2012, bilangan pelajar di asrama Darul Izzah, Bangi ialah seramai 28 orang.

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

#4. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah

Alamat:

No. telefon:

Facebook/Website:

Semoga dengan perkongsian senarai rumah anak yatim Bangi ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi anda maklumat yang diperlukan dan semoga dengan asbab perkongsian ini juga kita sama-sama beroleh kebaikannya, InsyaAllah!

Bagi anda yang tinggal atau ingin mencari rumah anak yatim di kawasan lain, boleh dapatkan senarainya di SINI!