KelabMama

RUAM LAMPIN MASALAH DILEMA BAYI

Bayi mengalami ruam lampin? Itu masalah biasa bagi kebanyakan bayi. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia bukan satu penyakit bahaya dan lama kelamaan akan hilang jika disapu krim lampin yang disyorkan. Itulah tanggapan sesetengah para ibu mengenai masalah ruam lampin atau anda sendiri sebagai ibu mungkin pernah berperasaan sama seperti mereka. Kemungkinan ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida jika tidak dirawat dengan segera.

 

GEJALA RUAM LAMPIN

Antara gejala-gejala ruam lampin termasuklah tompokan kasar, gatal dan merah pada bahagian punggung, kemaluan dan paha. Ini diikuti dengan kulit melepuh dan luka kemerahan. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian yang dijangkiti.

 

PUNCA-PUNCA

 

RUTIN PENUKARAN LAMPIN

Sebaiknya, tukar lampin bayi dengan lebih kerap dan punggung bayi perlu dibersihkan untuk menghilangkan sisa air kencing. Berikan rawatan yang bersesuaian contohnya, krim antifungal jika ada tanda jangkitan kulat kerana masalah ini boleh berulang-ulang. Jika ruam berterusan dan tidak sembuh berjumpalah doktor dengan segera.

  • Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi.
 
  • Pastikan anda basuh punggung bayi tiba waktu menukar lampin, walaupun ketika anak tidur. Jaga kebersihan bebaskan si kecil anda dari najis atau air kencing yang melekat
 
  • Tepuk kering dan biarkan terdedah sehingga kering.
 
  • Guna krim penghadang ataupun krim perlindungan.
 
  • Bilas pakaian yang kotor terkena air kencing sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam baju atau basuh serta-merta.
 
  • Jika menggunakan lampin kain, jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.
 
  • Ambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya ruam lampin dari merawatnya.

 

 

 

Sumber: Internet